1. Memakai face mask, baik di rumah, mahupun di tempat awam - ahli keluarga yang terkena jangkitan selesema dan batuk perlu memakai mask di rumah. Ia boleh mengurangkan penularan penyakit sebanyak 75% kepada ahli keluarga yang lain.
2. Mencuci tangan dengan kerap dengan menggunakan sabun atau menggunakan hand sanitizer - satu kajian yang dijalankan di sekolah menunjukkan, penggunaan hand sanitizer sebelum dan semasa waktu persekolahan, akan mengurangkan 20% ketidakhadiran pelajar ke sekolah.
3. Mengamalkan adab batuk dan bersin yang betul - gunakan sapu tangan mahupun tisu untuk menutup mulut apabila batuk mahupun bersin, langkah mudah ini dapat menyekat penularan penyakit.
Pemberian vaksin influenza akan diutamakan kepada:
a) kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah
b) ibu mengandung
c) warga tua
d) mereka yang mempunyai penyakit kronik dan kurang daya tahan badan.
Jadi, janganlah kita mengambil hak mereka yang lebih memerlukan. Sebaiknya, cegahlah dengan tiga langkah di atas, baik di rumah, mahupun di tempat awam. Impaknya adalah setara dengan pengambilan vaksin.
Jom, sama-sama prihatin.
Nora Karim
Juga diserang demam, batuk dan selesema...
Jemput Follow saya juga di Telegram, t.me/dialoguda
Marvel Maths: sesuai untuk anak-anak yang takut dengan subjek Matematik, terutamanya nombor besar. Klik t.me/celikmatematik untuk link pembelian.
Betul sangat, kita dahulukan pengambilan vaksin kepada golongan yg berisiko tinggi, so sis akan amalkan tips berkenaan..mask.pun baru ja belitu😊
ReplyDeleteummuhurairah78.blogspot.com
aiyan pun tengah selsema dan batuk, mmg bekal kan dia tisu dan tuala kecil tutup mulut bila batuk... moga masalah influenza ni cepat pulih
ReplyDeleterisau juga kes kt cni makin bertambah....
ReplyDeletemusim influenza ni kena berjaga-jaga laa kan
ReplyDelete