Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, January 09, 2013

Buah Tangan Baru Dari RAM

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sejak akhir bulan November 2012 lagi telah digembar-gemburkan tentang "buah tangan baru" dari Ramlee Awang Murshid (RAM). Memang tak sabar dibuatnya, menantikan novel terbaru RAM berjudul AKU BERCERITA umpama menantikan buah yang dah masak tapi belum boleh petik... Aduh.. terseksa... 

Tapi hari ni penantian telah berakhir... saya dah pun dapatkan novel AKU BERCERITA tu... Dalam sakit-sakit kepala... Gagah juga membawa anak-anak ke MPH, Mydin MITC... Nak juga dapatkan novel ni ketika "ia masih panas". 

Balik rumah terus balut... tapi tak dapat peluang lagi nak baca sebab anak-anak masih aktif dan belum menunjukkan tanda-tanda nak tidur... (cerita petang tadi...) makanya terpaksa simpan dulu... Mencari masa yang sesuai untuk membacanya... 

Jealous pula tengok gambar ni... RAM tandatangan buku yang di tempah oleh peminatnya melalui RAMFC... Saya pun nak juga dapatkan tandatangan RAM ni... tapi tak pe la... saya rasa saya tak boleh tunggu lama, so saya beli sendiri... Tapi oklah, saya dah pernah dapat tandatangan RAM dulu di sini... Face to face lagi... :p 

Gambar diambil dari RAMFC
Kalau difikir-fikir balik... memang dah lama saya ikut penulisan RAM ni... Memang ini adalah antara penulis novel yang saya sangat suka... Tak pernah jemu membacanya... malah setiap kali habis membaca satu novel, dah rasa rindu nak baca novel terbarunya... Serious... Tak tipu... ingat tak dulu saya cerita pasal Sunan Musafir... Habis je baca yang tu... bila tau RAM nak keluar novel AKU BERCERITA ni... saya dok baca novel-novel RAM yang lama... Kalau nak tahu apa yang bestnya novel tulisan RAM ni... Anda kena beli dan baca sendiri... 

* * *

* Sinopsis AKU BERCERITA *

Seorang pengarang novel cuba menulis naskah terbaharu. Malangnya gejala writer's block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat 'seseorang' menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar.

Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya.

Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

* * *

Ayuh dapatkan novel terbaru RAM - AKU BERCERITA dengan harga RM 25.00.

Limau Kasturi dan Pandan di Laman...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kalau masih ingat lagi dalam entri ini, bagaimana letihnya saya mencabut rumput di laman rumah... Ada juga terfikir kalau ada tanaman, tak la rasa penat sangat mencabut rumput... 

Dalam entri tu Dira ada meninggalkan komen dan mencadangkan saya membeli benih dari TanamSendiri. 

Sejak Dira cadangkan tu saya kerap juga berkunjung ke blog TanamSendiri... Tersangatlah excitednya saya melihat pokok-pokok yang di tanam Encik Iskandar... 

Sekarang ni pun saya sangat suka tengok laman rumah orang.. lebih-lebih lagi yang ada small garden sayur-sayuran... Rumah jiran-jiran saya di kawasan ni pun ada banyak tanaman sayuran...  Ah teruja!

Saya masih lagi dalam proses belajar nak menanam... buat masa ni saya tanam pokok pandan dan limau kasturi... orang kata pokok-pokok ni (termasuk pokok cili padi) senang nak hidup... so try tanam yang ni dulu la... Setiap hari saya akan check apa jadi dengan tanaman saya tu... hahaha... 

Sangat excited bila pokok limau tu berputik dan berbunga... Begitu juga bila daun pandan makin 'naik'... Memang seronok... Perasaannya lain sikit... So, sekarang ni tak la rasa letih sangat bila mencabut rumput tu... malah rasa happy je... (^_^)

Baru-baru ni kakak saya hantar SMS, memberitahu bahawa kangkung dan bendi yang di tanam di halaman rumahnya dah boleh dimasak... Wah, jealousnya saya... Lagi jealous bila dihantarnya gambar kangkung dan bendi yang dah dimasak... Adeh... terliur dibuatnya...!! Tak pe, insyaAllah tak lama lagi boleh la tanam sayur-sayuran pula... Eh, jom bercucuk tanam semua!! 



Monday, January 07, 2013

Punca Suami Merajuk

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sebelum ni saya ada post tentang Punca Isteri Merajuk dan Kaedah/Cara Memujuk Isteri. Hari ni saya nak sambung entri yang saya petik dari rancangan yang sama iaitu Selami Jiwa bersama Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah yang membincangkan tajuk "Pasangan Kuat Merajuk".

Saya senarikan punca-punca suami merajuk yang dikongsikan oleh Dato':

1. Suami kena kutuk hingga rasa rendah diri - Contohnya si isteri asyik membezakan taraf pendidikan, pangkat dan gaji suami dengan dirinya... Seolah-olah memperkecilkan kebolehan dan keupayaan suami.

2. Rasa cemburu pada isteri - Adakalanya suami akan merasa cemburu pada isteri yang berpendidikan, berpangkat dan bergaji besar. So isteri perlulah berpegang pada "suami adalah BOS di rumah..."

3. Ditempelak hingga ego terguris - Meninggikan suara dengan menggunakan perkataan yang kurang sesuai akan menyebabkan suami terasa hati... Bertindaklah secara rasional... Berikan masa dan ruang kepada diri masing-masing untuk meredakan kemarahan.

4. Larangannya di langgar dengan sengaja - Isteri sengaja menguji kesabaran suami dengan melakukan perkara yang dilarang suami...

5. Dibandingkan dengan lelaki lain - Jangan membandingkan suami dengan lelaki lain, kerana setiap orang mempunyai sifat yang berbeza... Sesungguhnya Allah telah menentukan jodoh yang terbaik untuk kita...

6. Isteri tidak meminta izin - Dalam apa jua keadaan jangan membelakangkan suami. Minta izin jika ingin keluar rumah, membeli barang, membawa rakan datang ke rumah dan lain-lain... Tujuannya adalah untuk mengelakkan salah faham dan pergaduhan...

7. Isteri ambil kesempatan atas kebaikan suami

8. Isteri bermasam muka dan abaikan ibu bapa suami - Tanggungjawab isteri kepada kedua ibu bapa suami adalah sama seperti mana ibu bapa kita... So sayangilah mereka seperti mana anda menyayangi kedua ibu bapa anda.

9. Isteri ingkar perintah Allah - Jika sayangkan suami, pastikan kita melaksanakan tanggungjawab kita kepada segala perintah Allah... kerana apa jua dosa yang kita lakukan akan ditanggung oleh suami kita...

10. Enggan melayan suami

Rumahtangga yang harmoni bermula dengan hubungan suami isteri itu sendiri. Bagaimana kita mengendalikan hubungan, komunikasi, tanggungjawab, kemarahan, kesusahan, kegembiraan dan lain-lain. So, rasanya tolak ansur itu penting dalam sesebuah perkahwinan. 

InsyaAllah nanti saya sambung dengan Cara Memujuk Suami yang merajuk... Tungguuu...  

Friday, January 04, 2013

Anak Nakal, Apa Nak Buat?

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kerenah anak-anak memang sukar dijangka... Adakalanya mereka sangat manja, berkelakuan baik dan mendengar kata... Namun adakalanya mereka akan bertindak sehingga di luar kawalan... 

Memarahi dan mengherdik adalah tindakan yang kurang wajar dilakukan oleh ibu bapa. Tindakan itu mungkin menjadi penyebab anak-anak memberontak dan tidak menghormati ibu bapanya... So, bagaimana untuk bertindak dengan lebih rasional? Saya huraikan tips yang dipetik dari Majalah Pa&Ma, Bil. 89, Feb 2008, muka surat: 63.

1. Denda - Denda atau hukuman boleh dikenakan kepada anak-anak yang melakukan kesalahan, baik dalam bentuk perbuatan mahupun percakapan. Denda bertujuan memberikan pengajaran kepada anak agar tidak mengulangi kesalahan tersebut lagi. Contoh denda yang biasa saya lakukan adalah mengambil semula salah satu mainan yang menjadi kesayangan anak tersebut dan saya katakan padanya bahawa saya akan memulangkan semula mainan itu jika dia berkelakuan baik. Atau yang paling mudah, saya akan cakap "Mama, tak nak kawan dia lah..." Biasanya tak sampai 5 minit Faris mahupun Alisya akan datang pada saya sambil cakap "Sowi (sorry), mama..."

2. Buat Peraturan - Buat peraturan ringkas dalam bentuk lukisan mahupun tulisan yang ditampal atau digantung di dinding. Antara contoh peraturan saya kepada AF: Susu hanya akan diberikan kepada mereka setelah mereka mengemas dan menyimpan mainan di tempatnya semula. Atau peraturan lain, meletakkan pinggan dan cawan (biasanya plastik) ke dalam sinki sebaik sahaja mereka selesai makan. Peraturan-peraturan mudah sebegini boleh difahami dengan baik oleh anak-anak yang berusia seawal 2 tahun. Peraturan ini juga akan membentuk jatidiri anak-anak supaya mereka lebih berdikari, berdisiplin, rajin dan menghormati orang sekeliling.

3. Teladan - Jangan sesekali memukul anak-anak anda... Jika anda merasakan kemarahan berada tahap yang kritikal, ambil tindakan untuk bersendiri (biasanya saya kurung diri dalam bilik... dalam 10-15 minit). Ini bagi mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata yang tidak baik... (maklumlah... kita dah jadi ibu ni... cakap kita tu doa... so, kena sangat berhati-hati...) Selain tu, ibu bapa juga perlu menggunakan perkataan yang baik pada anak-anak, elakkan perkataan-perkataan negatif, kerana anak-anak sangat cepat belajar meniru perbuatan dan percakapan kita...

4. Masa - Anak-anak akan mengambil masa untuk berubah, jangan mengharapkan mereka akan berubah menjadi anak yang baik sekelip mata... Berikan mereka ruang dan masa untuk perbaiki diri dengan pantauan anda. Sentiasa ingatkan atau nasihatkan mereka jika mereka masih melakukan kesalahan.

Menjadi ibu bapa yang baik bukanlah perkara yang mudah... Namun jika kita konsisten dengan apa yang kita lakukan, maka kita akan dapat mengatasi karenah anak-anak. Percayalah, apabila anak-anak telah meningkat dewasa, kita pasti merindui 'aksi nakal' mereka semasa kecil... Sekurang-kurangnya ada memori untuk kita kenang nanti... (^_^)

Sila klik untuk Tips dan Doa Melembutkan Hati Anak... Moga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, serta berjaya di dunia dan akhirat... InsyaAllah... Amin... 


Wednesday, January 02, 2013

10 Makanan Terbaik Kehamilan


Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Mendapatkan makanan yang sihat dan berkhasiat adalah satu kemestian bagi para ibu yang hamil. Ini bertujuan memastikan anak di dalam kandungan membesar dengan baik dan sihat tubuh badan. Selain itu, ibu juga akan mendapat manfaat (khasiat) dari apa yang dimakan. Artikel ini saya terjemahkan dari "Top 10 Pregnancy Super Food", Parenthood Magazine, Issue No. 149, May 2012, page 24.   

1. Roti mil penuh (gandum) adalah pembekal tenaga jangka panjang dan penuh dengan serat. Ia mengandungi kalsium, zat besi, vitamin B dan asid folik.

2. Hampir semua buah-buahan boleh dimakan oleh ibu yang hamil. Buah-buahan mengandungi serat dan vitamin c, mineral dan antioksidan, sama ada ia dibeli dan dimakan segar atau daripada dalam tin.

3. Makanan tenusu seperti keju, yogurt dan susu mempunyai kebaikan protein, kalsium dan vitamin.

4. Sayur-sayuran segar terutamanya yang berwarna hijau penuh dengan khasiat vitamin C, serat dan asid folik. 

5. Sumber utama karbohidrat iaitu kentang, memberikan tenaga yang berpanjangan. Ia mengandungi serat, zat besi dan beberapa vitamin. 

6. Daging dan ayam mengandungi protein, zat besi dan beberapa vitamin serta mineral. 

7. Makanan kering seperti kurma, kismis dan aprikot, penuh dengan zat besi, serat, vitamin C dan beberapa vitamin lain. Ia juga mengandungi mineral. 

8. Ikan adalah sumber yang tinggi protein - ia rendah lemak dan tinggi zat besi. Pastikan anda memakan ikan yang kaya dengan Omega-3 seperti tuna, salmon atau sardin 2 atau 3 kali seminggu. 

9. Pasta dan beras perang kedua-duanya memberikan tenaga jangka panjang serta mengandungi serat yang banyak.

10. Kekacang adalah sumber serat dan protein yang sangat baik. Makan sebagai kudapan apabila anda terasa agak lapar.  

Buat para ibu hamil di luar sana, jaga pemakanan anda bagi memastikan anda dan bayi yang di dalam kandungan mendapat khasiat makanan yang cukup sepanjang kehamilan. Jangan lupa juga untuk minum lebih banyak air suam agar anda tidak mengalami masalah kekeringan kulit. Apa yang penting, nikmatilah pengalaman sepanjang kehamilan... kerana ia sangat menyeronokkan!! (^_^)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...