Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, April 14, 2013

Mini Giveaway #3

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Saya bercadang membuat Mini Giveaway #3 ini pada 8 April lalu... Tak sempat nak buat auto publish... Faris masuk wad... Anyway, perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan manusia. Pun begitu, seperti yang saya rancangkan sempena menyambut kelahiran ke-33 saya tahun ni, saya nak raikan rakan-rakan blogger dengan tiga buah buku yang diklasifikasikan sebagai biografi/kerohanian/motivasi/ serta panduan.

Tiga buah buku berikut akan dihadiahkan kepada tiga pembaca bertuah blog (yang tak seberapa) ni. Anda boleh klik pada gambar untuk melihat sinopsis buku-buku berikut.

Buku ini akan dihadiahkan kepada pemilik
cabutan undi yang pertama.

Buku ini akan dihadiahkan kepada pemilik
cabutan undi yang kedua.


Buku ini dihadiahkan kepada pemilik
cabutan undi yang ketiga.

Untuk penyertaan sila tinggalkan link blog anda di bawah entri ini. Tarikh tutup adalah pada 14 April  2013, Ahad, jam 11.59 tengah malam. Senarai peserta akan saya keluarkan pada 15 April 2013, Isnin. Dan pemenang akan diumumkan pada 17 April 2013, Rabu.

Semoga dengan hadiah kecil daripada saya ini bermanfaat buat pemilik cabutan undi nanti dan akan menjadi saham buat saya di sana kelak. Moga Allah memberikan kesihatan buat saya untuk terus perbaiki diri dan menjadi isteri, mama serta rakan yang terbaik buat orang-orang yang saya sayang... Amin...


Nota kaki: Alhamdulillah Faris dah keluar dari hospital petang semalam (9 April)... dah baik dari demam panas, tapi saya masih memantau kesihatannya... begitu juga dengan Alisya (berjangkit dari abangnya)... Terima kasih atas doa rakan blogger sekalian... 

- Jom LIKE Tupperware Kiyter -  

Alhamdulillah Syukur...


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah, 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, hari ini meningkat seusia lagi umur saya... Tahun ni yang ke-33... Alhamdulillah...

Banyak yang saya dah lalui dalam tempoh 33 tahun ni... Cabaran, dugaan, ujian, happiness dan macam-macam lagi... Apa pun saya sangat bersyukur atas semuanya... 

Apa yang saya harapkan dari hari lahir tahun ini:
- Moga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya... 
- Moga Allah tetapkan Iman dan berikan saya kekuatan dan permudahkan dalam usaha saya memperbaiki diri...
- Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk saya mendidik dan melihat AF membesar... 
- Moga saya dapat menjadi isteri yang terbaik buat Encik hubby...
- Moga Allah melapangkan rezeki buat kami sekeluarga...
Amin... Amin... Ya rabbal alamin... 

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi mendoakan saya baik di FB mahupun SMS/Whatsapp... Moga Allah juga memberkati anda semua... Amin... Terima kasih banyak-banyak... 


Friday, April 12, 2013

Khasiat 10 Surah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ada banyak entri tertunggak di dalam draft... tak tahu nak mula dari mana sejak anak-anak tak sihat hari tu (alhamdulillah sekarang AF saya dah sihat, Faris dah mula sekolah semalam, Alisya juga dah tak mengalami demam sejak semalam... Alhamdulillah, syukur)...

Mungkin saya boleh mulakan dengan perkongsian ilmu tentang surah-surah yang dapat melindungi/menyelamatkan kita daripada ujian besar Allah kelak. Memandangkan hari ni pun hari Jumaat kan... Moga bermanfaat buat kita semua... In sha Allah...

1) Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2) Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3) Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4) Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5) Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6) Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan.

7) Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8) Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9) Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10) Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.



Nota kaki: Terima kasih buat MFM aka Maimun sebab sudi call dan bertanyakan khabar AF saya... (^_^) 



Monday, April 08, 2013

Batu Karang Hempedu: Menu Sepanjang Berpantang

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Tak sangka ramai juga membaca entri Akhirnya Hempedu Dibuang. Ada yang meninggalkan komen pada entri tersebut... malah tak kurang juga yang menghantar email bertanyakan tentang hal yang berkaitan batu karang hempedu (lebih memeranjatkan apabila ada email yang datangnya dari Brunei dan Singapura... yang juga meminta saya berkongsi pengalaman...).

Saya rasa sangat bersyukur kerana 'dipilih' untuk berkongsikan pengalaman saya dengan anda dan mereka yang mengalami penyakit yang sama. Email yang dihantar, saya cuba membalas kesemuanya... Jika kelewatan saya mohon maaf banyak-banyak...  

Entri ini saya tulis berikutan ramai yang bertanyakan menu apa yang saya makan sepanjang tempoh berpantang selepas menjalani pembedahan membuang hempedu (termasuklah komen terbaru dari Ryan Ken). Walaupun kata doktor saya tidak perlu berpantang sebaik selesai menjalani pembedahan... Dan boleh makan apa sahaja seperti biasa, namun saya rasakan berpantang itu perlu.  




Apa yang saya makan dan amalkan adalah seperti berikut:

Untuk sebulan yang pertama, saya mengambil makanan berikut secara bergilir atau mengikut kesesuaian selera saya:

1. bubur nasi + ikan bakar + sup sayur/sayur campur...  

2. bubur nasi + sedikit ikan bilis (digoreng dengan sedikit olive oil dan diblend) + sup sayur/sayur campur 

3. bubur nasi + ikan tenggiri/ikan kembung goreng (digoreng dengan olive oil

4. bubur nasi + ayam kukus + sayur


5. sup ayam + sayur campur (kadang-kadang saya tak makan bubur tapi akan hirup sup ayam)

6. kadang-kadang saya ambil Nestum dan Oat bagi menggantikan bubur (maklum la sebulan makan benda sama je bosan juga :p )

* Saya gunakan olive oil dalam setiap masakan saya sepanjang tempoh sebulan tu... Olive oil lebih selamat digunakan bagi mereka yang menjalani pembedahan dalam perut. Walau bagaimanapun pengambilannya tidak berlebihan...

Saya juga elakkan;


1. makanan yang bergoreng (deep fried) dan bersantan... 

2. minuman bersama susu pekat (kalau saya buat Nescafe, saya akan pakai susu segar dan sedikit gula)

3. makanan fast food dan seafood

Selepas sebulan operation, baru saya cuba makan nasi... itupun saya ambil dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap... Biasanya saya makan satu senduk nasi saja... dan saya akan pastikan saya minum air suam yang banyak... 

  
Batu karang mungkin akan berulang dalam 3-4 bulan akan datang atau 3-4 tahun berikutnya atau pada bila-bila masa, jika tidak menjaga pemakanan kita... Untuk mengelakkan batu karang berulang, saya amalkan: 

1. Minum sesudu kecil madu + sesudu kecil minyak zaiton (dikacau dalam secawan air suam) - minum pada setiap pagi...  

2. Makan sebiji epal hijau - setiap pagi dan malam.

Daripada apa yang saya baca, madu + minyak zaiton dan epal hijau mampu memecahkan dan mengeluarkan batu karang secara neutral (ketika membuang air besar...). 

Saya harap, penerangan saya ni sedikit sebanyak membantu Ryan Ken dan anda di luar sana... Yang penting, jika doktor menyarankan anda untuk menjalani pembedahan membuang hempedu... Buatlah, takut memang takut, tapi lepas operation anda akan rasa lebih selesa dan sihat...  

Sakit itu KIFARAH, maka ucapkan ALHAMDULILLAH... Redha... maka Allah akan bantu permudahkan urusan... In sha Allah... (^_^)

Lagi entri berkaitan batu karang hempedu:
1. Akhirnya Hempedu Dibuang
2. Amalan Selepas Buang Hempedu
3. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
4. Perkongsian Pakar Pemakanan
5. Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan

Nora Karim
Moga entri ini bermanfaat buat mereka yang memerlukan...  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...