Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Lama
menyepi... Mengenangkan pesawat yang hilang... Duhai #mh370... Walau
tiada siapa yang saya kenal di dalam pesawat tersebut... Namun, saya
tetap merasai kehilangannya...
Sejak
kehilangan pesawat #mh370, saya hanya menonton Astro Awani bagi
mendapatkan info terkini... Info di Whatsapp dan Facebook cukup
memeningkan kepala, ramai betul yang tidak sensitif dan tidak
berperasaan di luar sana... Pelik! (mungkin kerana yang terlibat
bukan ahli keluarga anda, tapi cubalah letakkan diri anda sebagai salah seorang keluarga mangsa...)
Semasa saya
menonton perkembangan terkini dari Astro Awani, tak sedar air mata
mengalir ketika menonton video kehilangan pesawat itu... Tiba-tiba Alisya
hampiri saya, bila nampak saya mengesat air mata...
Alisya: Mama
kenapa?
Saya: Sedih,
kapal terbang hilang...
Alisya:
Jangan sedih mama... Allah SIMPAN kapal terbang... DOA dulu
banyak-banyak... Lepas tu SOLAT... Nanti Allah bagi balik kapal
terbang tu...
Allahuakbar...
Jawapan kamu sungguh menenangkan Alisya... Anak sekecil Alisya pun
tahu bahawa kebergantungan pada Allah itu perlu...
Moga ada
perkhabaran baik buat semua penumpang yang ada di dalam #mh370.
Teruskan berdoa... agar Allah berikan petunjuk kepada kumpulan SAR (search and rescue) dan melindungi
semuanya.