Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Anda pernah dengar tentang santau gemuk? Saya baru hari ni tahu bahawa adanya santau gemuk, apabila menonton Wanita Hari Ini di TV3 sebentar tadi...
Santau jenis ini dikatakan sama seperti terkena santau angin/tuju dan lain-lain, cumanya mangsa akan mengalami kegemukkan walaupun mengamalkan diet dan melakukan senaman yang kerap. Kegemukkan itu akhirnya akan membawa kepada kematian. Na'uzubillah...
Seseorang boleh mengenalpasti jika terkena santau apabila, kuku berwarna biru/hitam, batuk berpanjangan, bermimpikan ular/mendukung bayi atau mimpi jatuh dari tempat yang tinggi. Selain tanda-tanda itu, jika mangsa santau memakan limau atau nanas, mereka akan serta merta muntah darah...Kerana santau akan bertindak balas dengan benda yang masam.

Takut pula saya bila Ustaz membincangkan hal tersebut. Apa pun sentiasalah kita bermohon dari Allah agar dijauhkan kita semua dari terkena santau... Antara doa yang dikongsikan oleh Ustaz Suhaimi adalah seperti berikut:
Maksudnya: Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan,
dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak
akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.
- Surah Al-A'raf ayat 17. -
Sempat juga saya menyalin alamat dan nombor telefon Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah untuk kemudahan sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan. Moga Allah sentiasa melindungi kita sekeluarga. InsyaAllah...
No 62A-2 Jalan SM 3A,
Sunway Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
012-508 1525/019-269 1525/019-205 9351/019-308 1525
* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.