Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, September 30, 2012

Chefman?!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Malam tadi encik hubby buat ulangkaji dengan Faris... tentang "occupation". (sebab dekat taska hari tu Faris kena denda makan lambat sebab tak boleh bagi contoh pekerjaan dalam English) Revision tak semestinya dengan buku segala bagai... buat memory test je... 

Abah: Apa contoh occupation?! 

Faris: Policeman...

Abah: Pandai... lagi?

Faris: Fireman

Abah: Pandai... lagi?! Yang tangkap ikan?

Faris: Fishman

Abah: Bukan fishman... Fisherman. Sambil Faris ikut sebut fisherman.

Faris: Yang macam hantar surat tu... postman.

Abah: Pandai... 


Tiba-tiba Faris sebut kuat-kuat...

"CHEFMAN" (sebab masa tu tengah tengok rancangan Masterchef) Saya dan encik hubby tergelak sakan... Lepas tu saya cakap... Chef, chef je la... Mana ada CHEFMAN!  


Faris: Oh... Ayies tersilap! (Faris tergelak macam biasa... sambil sebut chef banyak kali...) Mungkin dia rasa... yang lain-lain tu cuma tambah 'man' je... sebab tu dia sebut chefman! :p

Faris dan perkataan baru...
Bila Abang Ajar Adik
Tercekik?!
Love Ayies Patah 
 

Friday, September 28, 2012

Jangan Perlekeh Air Tangan Sendiri!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Saya teringat ketika saya masih bekerja, saya jarang ada masa, memasak untuk suami dan anak-anak... Balik dari kerja, saya rasa sangat penat... 

Memandangkan saya 'rajin' bangun awal pagi untuk siapkan kerja-kerja office, so biasanya saya akan ambil jalan mudah dengan hanya membeli 'nasi bungkus' di kedai... (maklum sajalah... ketika tinggal di Kuantan dulu... sana sini kedai makan... so memang senang la.. :p ) Jimat masa dan tenaga... 

Sekarang bila dah kerja sepenuh masa di rumah... Saya memang ambil peluang untuk memasak. Memandangkan Faris pun dah kuat makan... so, makin bersemangatlah saya nak masak... Walaupun telur goreng je... Hahaha...

Saya pernah dengar orang kata: 

"Air tangan isteri/ibu akan jadi penentu sikap suami dan anak-anak..."   
"Air tangan isteri/ibu akan memberi kesan rangsangan spiritual yang positif kepada suami dan anak-anak..."


Thursday, September 27, 2012

Semua Syiela Punya Pasal...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Gara-gara tengok gambar Yee Mee di blog Syiela, buatkan saya teringat-ingat... Hari ni, saya ajak juga encik hubby untuk makan Yee Mee... Nasib baik la encik hubby sudi nak bawa saya... Akhirnya dapat juga saya makan sizzling Yee Mee tu... sedapnyaaa.... Tapi gambar saya tak secantik gambar yang Syiela ambil la... Tak kisahlah... janji dah dapat makan... Alhamdulillah... Kenyang betul... (hehehe thanks Syiela... anda telah berjaya membuat saya "tergoda" dengan entri anda tu... :p )

Sizzling Yee Mee with chicken chop + egg
   
Nota kaki: Ada yang tanya saya, entri macam mana yang di katakan blog review?! So, ini adalah salah satu cara menulis entri sambil review blog orang lain, dengan memasukkan link pemilik blog tersebut dalam entri kita... Ini ada beberapa contoh lain:

OST Seindah Sakura 
Nuffnang: 3 BE bulan Mei 
E'wasih: Terasa Seperti Di Rumah 

Untuk contoh-contoh lain, boleh klik pada Labels Blog Review saya... Ada 14 contoh entri blog review...

Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday #9


Gambar yang saya sempat snap ketika mereka tidur dengan lena (dua-dua siap berdengkur... :p ) semasa menziarah Kak Nor di Sunway Medical Centre hari tu. Penat sangat gamaknya...
 

Tuesday, September 25, 2012

Tips: 6 Kaedah Lain Hargai Blogger

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ada pelbagai cara lain bagi kita menghargai sesama blogger (bukan dengan hanya Saya Membaca Tampalan Ini (SMTI) ya... jangan salah faham. SMTI tu salah satu cara... :D ) Ni antara kaedah-kaedah lain bagi anda menghargai rakan-rakan blogger.  

1. Tinggalkan komen yang jujur pada entri-entri mereka - ramai daripada kita yang tidak suka meninggalkan komen pada sesuatu entri (satu, mungkin sebab malas nak baca entri yang panjang ... dua, mungkin tak berminat dengan post yang ditulis atau lain-lain sebab) kebanyakkan dari kita hanya suka meninggalkan komen di Shoutbox. Saya sendiri kurang percaya pada link yang ditinggalkan di shoutbox saya... Ini kerana ramai yang meninggalkan link paksaan iklan... (yang bila kita klik bukan satu iklan malah berlambak-lambak iklan secara automatik akan keluar.... Saya pasti ramai antara kita juga yang terkena...)  

2. Menjadi follower blog mereka - tak salahpun kalau kita jadi follower kepada blog-blog yang kita suka... Oh nak tahu rahsia saya? Dulu memang saya akan follow blog yang saya suka saja... Tapi sejak saya aktif berblog (bermula awal tahun 2012), saya menjadi follower kepada semua pemilik blog yang meninggalkan komen di mana-mana entri saya dan setiap hari saya akan semak blog yang saya follow untuk melihat entri baru mereka... Baikkan saya?! Hahaha...  

3. Senaraikan blog-blog favourite dalam Bloglist anda - untuk mana-mana blog yang anda sangat suka, bolehlah disenaraikan dalam bloglist anda... Secara tidak langsung anda boleh 'memantau' entri baru mereka dengan lebih cepat. Mungkin juga anda orang pertama yang meninggalkan komen pada entri baru mereka... ;-) dan seterusnya anda boleh menjadi pembaca tetap blog mereka... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...