Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, December 31, 2012

Entri Terbaik Sepanjang 2012

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Saya berkunjung ke blog AfifudinSohaini beberapa hari lalu kerana tertarik dengan entri melekatnya ketika itu tentang entri terbaik sepanjang tahun 2012 (segmen bebas syarat). Dan saya sangat-sangat berterima kasih kepada Afif kerana sudi membaca dan meletakkan entri saya sebaris dengan entri-entri menarik 2012 yang lain... 

Tiba-tiba saya terfikir untuk menyemak dan menganalisis entri tulisan saya yang paling banyak dibaca sepanjang setahun saya aktif berblog (2012). Oleh kerana saya meletakkan gadget "Popular Posts" di sebelah kanan blog, maka saya secara umumnya dapat melihat 10 entri terbaik yang sering berubah kedudukkannya bagi tempoh sebulan (bergantung pada pencarian keyword dan beberapa faktor lain). 

Sehingga entri ini ditulis (jam 11.45 pm), saya senaraikan lima entri penulisan saya yang mendapat bilangan bacaan terbanyak sepanjang 2012.

1. Yey, Puding Roti Kukus - dibaca sebanyak 8892 kali

2. Pantang Larang Semasa Kehamilan - dibaca sebanyak 4158 kali

3. Resipi Mudah: Sambal Nasi Lemak - dibaca sebanyak 2519 kali

4. Tiga Punca Remaja Lari Rumah - dibaca sebanyak 1510 kali

5. Mungkin Puding Roti Kukus - dibaca sebanyak 1091 kali

Mungkin daripada analisis ini, bolehlah saya rancang apa yang saya nak tulis dan abadikan dalam blog ini selain dari kisah saya dan anak-anak.

Blog ini telah wujud sejak tahun 2004 (ketika itu penulisan diari secara online masih belum popular seperti sekarang), tetapi saya hanya menulis ketika saya rasa ingin menulis. Kerana itu sepanjang tahun 2004-2011 penulisan saya tidak pernah lebih dari 100 entri setahun (nak capai 50 entri pun susah).  

Tetapi sepanjang tahun 2012 ini, saya telah menulis sebanyak 134 entri (publish) berbanding tahun-tahun sebelumnya (tidak termasuk yang saya simpan di dalam draft). So, secara peribadinya ini merupakan kejayaan besar buat saya...   

Nota kaki: Jom check entri terbaik anda sepanjang tahun 2012... dan tinggalkan link di ruangan komen ni... Boleh saya terjah pula... (^_^)

Selamat Tahun Baru buat semua... Moga perjalanan tahun 2013 ni lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya... dan moga Allah mengurniakan rezeki yang mencukupi buat kita semua... InsyaAllah... Amin...

 

Faris Solat...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Tarikh akhir bagi tahun 2012 ni penutup tahun yang paling bermakna buat saya, sejuk je perut bila Faris beria-ia nak mengerjakan solat Asar sebaik sahaja mendengar azan berkumandang... Berebut-rebut dia pergi bilik belakang dengan Mak Ngahnya untuk solat. Masa tu Faris pakai seluar pendek... Dialog dengan Mak Ngahnya lebih kurang macam ni:

Mak Ngah: Pakai seluar pendek mana boleh solat... Pakai seluar panjang! 

Faris: Ayies dah pakai topi dah... (merujuk kepada kopiah yang dibelikan encik hubby semalam)

Mak Ngah: Tak boleh... kena pakai seluar panjang...  

Maka berlari-larilah Faris ke depan bertanyakan tentang seluar panjangnya pada si abah. Bila dah dapat seluar terus dia nak solat... 

Mak Ngah: Eh, ambil wuduk dulu... baru boleh solat....

Faris: Ayies susah... (merujuk kepada nanti baju dan seluarnya basah)

Tapi akhirnya dia ambil wuduk juga sebab bersungguh-sungguh nak solat Asar.



Ni beberapa aksi yang sempat saya snap, kemudiannya kena tegur dengan Faris. Katanya orang solat mana boleh ambil gambar... hm...


Ini pula gambar selepas Faris solat... Sebab dah biasa tengok mama buat, Faris pun ikut... Kadang-kadang dia suka juga tiru saya zikir dengan kiraan jari... 


Opss dia perasan saya ambil gambar lagi... :p


Dulu Faris tak pernah beria-ia macam ni... kadang-kadang bila saya solat dia akan ikut di belakang saya, dengan berseluar pendek dan beralaskan tuala kecil... sama dengan Alisya. Bila dia dah mula beria ni mudah sikit nak diajarkan bacaan-bacaan dalam solat... Moga Allah permudahkan saya untuk mengajar AF untuk solat... Amin... 



Friday, December 28, 2012

Faris Terpaksa Tukar Tadika

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alahai kesian Faris... Baru je nak kenal kawan-kawan di taskanya; Iman, Kimi, Haziq, Boboq (ni antara nama yang Faris selalu sebut... bila diminta bercerita tentang kawan-kawannya...) Baru setahun usia perkenalan mereka... tiba-tiba kami diberitahu bahawa Taska tu akan bertukar owner.  

Pada mulanya kami berhasrat untuk sambung je pembelajaran Faris dengan owner baru Taska tu... tapi kemudian diberitahu bahawa Taksa itu hanya khusus untuk penjagaan anak (nursery).
Memandangkan Faris akan berusia 6 tahun pada tahun 2013 nanti, maka kami rasa perlu untuk mencarikan sebuah Tadika yang bersesuaian untuk Faris.  

Jika dulu Taska Faris berada dalam taman perumahan yang sama... tapi Tadika yang baru ni, ia bertempat di taman sebelah... dalam 10 minit perjalanan juga tu... (kena drive keluar ke jalan utama...)

Saya pula yang sedih bagi pihak Faris... Ye la... Dia dah rapat dengan cikgu dan kawan-kawan dia tu... Sejak Wan saya meninggal, Faris dah tak pergi sekolah... Encik hubby kata tak payah hantar la... kononnya bagi dia rileks dan prepare untuk new environment nanti. 

Tapi pada saya at least bagi la dia enjoy moment akhir dengan kawan-kawan dia tu... Or at least, a day to say good bye... Tapi encik hubby tetap kata tak payah... Budak kecil pun ada perasaankan? Nanti mesti dia akan tanya mana kawan-kawan dia tu... :(  Apa pula saya nak jawab? Kesian Faris...

Betul kanak-kanak akan mudah bergaul dan cepat mesra dengan sesiapa saja... tapi dia mesti juga akan teringat pada kawan-kawan lama dia tu... Maklumlah setahun juga kenalnya... Main sama-sama... belajar sama-sama... 

Alahai harap-harap Faris oklah dengan environment baru tu... Selamat tinggal Taska Uzma... Terima kasih kepada cikgu Ana dan cikgu Yani sebab tetap bersabar dalam mendidik Faris... Buat cikga Aza pula... Faris tentu kan rindukan masakan cikgu di Taska tu...

Semalam dahpun daftarkan Faris di Tadika Ilmu Murni... Moga Faris suka dengan tempat baru ni... Tadika Ilmu Murni. Nampak dari fanpage Tadika tu macam menyeronokkan sebab ada pelbagai aktiviti... Oh ya, by the way Tadika baru Faris ni fokusnya pendidikan yang Islamik. Seperti apa yang diterangkan oleh cikgu di Tadika tersebut, selain belajar dari buku Bacalah Anakku dan ReadEasy... pelajar juga akan diajar Iqra' dan bahasa Arab termasuk hafazan surah dan doa-doa harian. Selain itu, mereka akan diterapkan dengan solat berjemaah dan solat dhuha... Memang menariklah sistem pendidikannya... (tiba-tiba terasa, menyesalnya tak hantar Faris kat sini setahun yang lalu...)

Bila tanya, "Faris nak sekolah sini tak?!" Dia hanya tersenyum hingga ke telinga... Moga Allah permudahkan Faris untuk menerima suasana baru... Amin...

Wednesday, December 26, 2012

Upin & Ipin: Betul... Betul... Betul...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Mesti ramai yang dah pernah dengar tentang Restoran Upin & Ipin kan?! Di Shah Alam ada satu, di Kedah ada satu... Kami singgah di Taman Melati Utama, MRR2. Dah lama juga perasan ada restoran ni ketika lalu di MRR2, tapi 'tak dan' nak singgah. Bila ada peluang ni, teruslah kami singgah... Dalam banyak-banyak pilihan menu makanan tu, kami pilih yang di bawah ni...

Air botol ni untuk AF ...
Asam laksa; pilihan encik hubby...
Nugget & fries ni untuk AF
Mee goreng mamak ni pilihan saya... ^_^
Pengat pisang ni tapau bawa balik... hehehe
Faris baru bangun tidur... mamai-mamai dia... heheh
Alisya excited dapat tengok kartun, poster, tv cerita Upin Ipin...
Mulanya saya ingat restoran ni hanya jual makanan untuk anak-anak... macam ayam goreng, nugget, fries je... tapi bila tengok menunya... Ha... excited terus... Ada nasi lemak, nasi berlauk, kuih-muih dan lain-lain... Yang menariknya, setiap menu tu... mewakili setiap watak yang ada dalam Upin Ipin tu... memang menarik! Sedap, sedap, sedap! (^_^)

Secara keseluruhan saya rasakan masakannya sedap...! Layan je makan dengan suasana yang "keanak-anakkan" (terasa muda remaja :P). Sambil makan tu, kita boleh menonton rancangan Upin Ipin, dan inilah pertama kali Faris dan Alisya tak lari-lari ketika kami makan... Kedua-duanya khusyuk menonton Upin Ipin sambil menghabiskan makanan. Dari segi harga saya rasa ia amat berpatutan.

Untuk ibu bapa yang berkunjung ke sini, pastikan anda membawa duit lebih, mungkin akan ada adegan anak-anak anda berguling di lantai restoran nanti... sebab... terdapat banyak pilihan barangan Upin Ipin dijual di sini... dari sekecil-kecil barang hinggalah sebesar-besar barang... Adeh!





Pilihan Faris dan Alisya adalah....:
Tak pasal-pasal je Faris beli payung Upin Ipin ni...
Alat tulis tu pilihan Alisya... dan dengan harapan buku solat tu
dapat bantu AF untuk belajar solat... 
Dua-dua muka baru bangun tidur... hehehe


Apa lagi... jom singgah! Betul, betul, betul!!! (^_^)


Monday, December 24, 2012

Tips: Cara Memujuk Isteri

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sebelum ni saya ada post entri punca atau sebab isteri merajuk... Dan sambungan dari entri tu, saya senaraikan kaedah yang boleh digunapakai oleh suami bagi memujuk isteri yang sedang merajuk. Senarai ini saya petik dari rancangan Selami Jiwa bersama Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. 

1. Meminta maaf dengan bersungguh-sungguh - isteri yang merajuk memang sangat mengharapkan suaminya meminta maaf... walaupun bagi suami perkara tu tersangatlah kecil dan remeh... tapi percayalah, MAAF itu pengubat rajuk si isteri...

2. Berikan hadiah - jika berkemampuan belikan hadiah untuk si isteri... hadiah kat sini bukanlah maksud yang mahal-mahal... memadai coklat dan bunga atau kad je ke... 

3. Layan isteri lebih baik daripada biasa - manja dan belailah si isteri ketika mereka merajuk... secara tidak langsung rajuknya akan reda... 

4. Ajak isteri makan di luar - mungkin candle light dinner ke...  atau bawa isteri ke tempat-tempat yang disukainya...

5. Ajak mertua datang ke rumah bagi meraikan isteri - menghabiskan masa dengan famili sendiri merupakan terapi yang paling mujarab... apabila bersama famili sendiri, rajuk isteri akan lebih mudah dipujuk.

6. Minta tolong anak untuk memujuk - kalau suami yang memujuk tak jalan, maka bolehlah gunakan anak-anak untuk memujuk si isteri... selain famili, anak-anak akan memudahkan rajuk isteri dipujuk...

7. Bantu isteri membuat kerja-kerja rumah - ringankan tulang untuk membantu isteri membuat kerja-kerja rumah. Bila isteri melihat suami membuat kerja-kerja rumah, hatikan akan lebih berbunga-bunga... Selain memujuk rajuk isteri anda juga meringankan tekanan yang ditanggungnya...

8. Mainkan lagu kegemaran isteri - isteri mungkin ada lagu-lagu yang disukainya, atau mungkin lagu-lagu kenangan anda bersama si isteri, maka mainkan atau nyanyikan lagu tersebut untuk isteri... Mungkin lembut hatinya... 

Untuk pengetahuan suami-suami di luar sana, kami (isteri) memang mudah merajuk, tapi kami juga mudah dipujuk, yang penting anda tahu akan minat dan kaedah memujuk kami... (^_^)


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...