Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label YouTube. Show all posts
Showing posts with label YouTube. Show all posts

Sunday, May 01, 2016

Kisah "Abang Kawasan Mekah" - Khalid Al-Walid

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya menonton semula rancangan Al-Kulliyyah tentang Panglima Perang Nombor 1 Islam di Mekah (atau bahasa zaman sekarang, "Abang Kawasan Mekah"), iaitu Khalid Al-Walid. 
 
Allahuakbar, garapan dan penceritaan semula oleh Ustaz Wadi Annuar sangat menusuk hati. Bagaimana seorang HERO Islam yang kekal tenang dan yakin pada kebergantungan dan pertolongan dari Allah dalam setiap peperangan, walaupun jumlah tenteranya jauh lebih sedikit berbanding dengan jumlah tentera musuh. Pun begitu, Khalid Al-Walid tidak pernah sekalipun kalah dalam perang yang dipimpinnya. 
 
Khalid Al-Walid adalah anak kepada seorang jutawan Mekah, ayahnya juga adalah salah seorang Menteri di Mekah. Tetapi Khalid Al-Walid tidak berminat dengan kekayaan dan kemasyhuran, sebaliknya lebih cenderung kepada bidang kepahlawanan. 
 
Khalid Al-Walid adalah seorang Panglima Perang yang paling berani dan paling berkemahiran, yang tidak pernah meninggalkan kuda dan pedangnya selama 30 tahun. Khalid Al-Walid berjaya menundukkan tentera terkuat dunia ketika itu, iaitu tentera Rom, sehinggakan Rasulullah SAW menggelarkan Khalid Al-Walid sebagai "Pedang Allah".

Kata Khalid Al-Walid ketika nazaknya, "seandainya diberikan pilihan kepadaku, untuk bersama dengan pengantin wanita pada malam yang pertama di dalam bilik yang selesa dengan berada di dalam medan pertempuran yang keras pada malam gelap gelita dan sangat sejuk, aku memilih untuk berada bersama pasukan tentera Islam."

Anda boleh tonton Al-Kulliyyah tentang Khalid Al-Walid di sini:

1. Bahagian 1


2.Bahagian 2

Tak sabar saya nak dapatkan Novel Sejarah Islam, Khalid Al-Walid yang ditulis oleh Abdul Latip Talib. Jika anda juga ingin mendapatkan buku tentang Khalid Al-Walid ini,boleh klik pada gambar...

https://goo.gl/wF6Ckf

https://goo.gl/87v2dz

Nota kaki: Ustaz pesan, "jika mahu rasa cinta dan kasih yang dalam pada Rasulullah SAW, kenalilah sahabat-sahabat Baginda..."

Wednesday, October 07, 2015

Medina: Innallaha Ma'ana

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tadi saya tengok Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Hujung slot MHI tu ada jemputan kumpulan nasyid Medina. Saya tak tahu pula rupanya ahli kumpulan Medina tu dari band Indonesia, iaitu MATTA (ala yang popular dengan lagi Ketahuan tu...) Mereka dah pun berhijrah... dan mula menyanyikan lagu-lagu dakwah. Ini adalah salah satu lagu yang dinyanyikan dalam MHI tadi...

Renungkan liriknya dengan mata hati... Jika kesedihan/ketakutan/kesusahan/kesempitan, mengadulah hanya pada Allah.

Di saat kau merasa sendiri
Dan kau merasa ada sesuatu yang hilang
Kau merasa lelah dan merasa lemah 
Cemas dan gelisah menghantuimu

Segera kau dekatkan diri pada Allah
Adukan semua masalahmu kepadaNya
Berdoalah padaNya jangan putus asa dengan rahmatNya,
Hanya Allah yang dapat menolongmu

Innallaha ma'ana 
Janganlah kau takut
Berlindunglah kepada Allah Yang Kuasa
Innallaha ma'ana
Janganlah bersedih
Tersenyumlah dan sambut hari esok yang indah

Segera kau dekatkan diri pada Allah
Adukan semua masalahmu kepadaNya
Berdoalah padaNya jangan putus asa dengan rahmatNya
Hanya Allah yang dapat menolongmu

Innallaha ma'ana 
Janganlah kau takut
Berlindunglah kepada Allah Yang Kuasa
Innallaha ma'ana
Janganlah bersedih
Tersenyumlah dan sambut hari esok yang indah

Innallaha ma'ana 
Janganlah kau takut
Berlindunglah kepada Allah Yang Kuasa
Innallaha ma'ana
Janganlah bersedih
Tersenyumlah dan sambut hari esok yang indah

 
 
 
Nota kaki: Lagu Dunia Sementara Akhirat Selamanya dan Ajal Tak Menunggu Taubatmu pun menarik untuk direnung liriknya... 

Friday, May 09, 2014

Ibu... Rakan Paling Akrab!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tersentuh hati menonton video ini... Saya tersangat rindukan Allahyarhamah mak saya... Moga dia tenang di sana... Serius, jasanya sampai ke akhir hayatnya saya tak mampu balas... Hanya mampu saya panjangkan doa agar mak saya tenang dan berada bersama para solihin... Amin...



Bukan semua orang sanggup,
Bukan semua orang mampu,
Tapi setiap detik dan ketika,
Bila kita susah, bila kita sedih,
Dia sentiasa ada...

Mengeluh?!
Tak pernah sekali...
Jika ada pun keluhan di bibirnya,
Semuanya (anak-anak) buat tak reti,
Masing-masing tuding jari,
Tengok siapa yang ikhlas berbakti...

Bila usia makin tua,
Dia tiada lagi upaya,
Namun bukan semua anaknya nak bertanya,
Khabar tentang sakit peningnya,
Malah ditambah pula dengan pelbagai kerja (memasak, mengemas)
Bila di tanya... Kenapa tak rehat saja?
"Biarlah, ibu menumpang di sini saja..."
Kenapa jadi begitu agaknya?!

Bersyukurlah jika kamu masih punya ibu,
Tatanglah dia,
Kerana doanya sangat makbul,
Tataplah wajahnya,
Kerana kamu akan peroleh pahala,
Kasihani dan jagailah dia,
Kerana padanya ada lubuk syurgamu...
Ingatlah!!!
Masa ni pun mak tak berapa
sihat
... Kami bawa jalan...
Pada tubuh badannya masih ada tanda,
Tanda kamu dilahirkan ke dunia...

Jangan nanti bila sampai ajalnya,
Baru kamu nak tangsi hiba,
Berbaktilah selagi mereka ada,
Kerana saat bersama merekalah yang akan kamu rindui setiap masa...
Sungguh ini bukan cakap kosong,
Kerana aku sudah tidak ada peluang berbakti buat ibuku...  
Dan aku cemburu, pada kamu, kamu, dan kamu yang masih punya ibu...  

Nukilan seorang anak yang telah kehilangan ibunya... Ya, aku!


 .・゜゜・(/。\)・゜゜・.


Nota kaki: Selamat Hari Ibu buat para bloggers yang telahpun bergelar ibu... Moga kita sentiasa tabah dan sabar menjalani rutin, sebagaimana yang dilalui oleh ibu-ibu kita... Amin, InsyaAllah...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, December 09, 2013

Sentuhan Hafiz Hamidun - Sinar Firman (Sout el-Etiqa)

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya baru tahu yang team nasyid adik bongsu saya jadi juara dalam Pertandingan Takaful Nasyid Ukhwah mewakili Maybank Etika, pada 20 November lalu. Wah, tahniah... tahniah!   >_< (kalau adik saya tak belanja makan malam Sabtu lepas sure sampai ke sudah saya tak tau...)

Lagu yang mereka nyanyikan ni adalah lagu baru ciptaan Hafiz Hamidun. Tak sangka Hafiz Hamidun nak kasi lagu baru kat team Maybank Etiqa. Kira rezeki lagu baru la ni... Alhamdulillah rezeki... Tahun lepas mereka dapat nombor 2, tahun ni JUARA!! Tahniah, tahniah...

 
  
Secara ringkasnya lagu Sinar Firman ini adalah lagu memuji keagungan Al-Quran yang diturunkan Allah kepada kita... Al-Quran lah petunjuk jalan hidup setiap insan, tanpa mukjizat ini, pasti kita dalam kesesatan... 

Ucapan tahniah dari Hafiz Hamidun buat Sout el-Etiqa melalui FBnya... 


Jom dengar lagu sentuhan Hafiz Hamidun... 



Nota kaki: Macam best je... Maybank Etiqa ni selalu ada aktiiviti untuk staff participate... Ada yang tanya adik saya yang mana satu... Adik saya yang main vocal...  

Entri berkaitan (Ashrap):
Saguhati Pun Tak Pe... 
Biarpun Mak Ayah Tiada, Kami Tetap Ziarah
Akhirnya Dapat Juga Rasa...
 
* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, October 18, 2013

Jom Selawat...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam penghulu hari,
 


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, July 05, 2013

Love Bookmark

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kalau ada waktu lapang, saya suka lipat-lipat kertas (baca sebagai origami...). Disebabkan saya suka baca buku, maka saya suka cari video cara buat bookmark sendiri... Antara yang menjadi favorite saya adalah dua bookmark ini...



Cantikkan?! Jom lipat kertas!! Oh ya... Aini pernah tanya pasal heart bookmark tu dalam entrinya di sini. Sorry la dik... Lambat sangat naik entrinya... huhu

Nota kaki: Sekarang ni nak masak resipi apa-apa pun boleh belajar di YouTube... tinggal nak dengan tak nak je... Benar info di hujung jari! ^_^

Friday, May 03, 2013

PRU13: Hak Kita Sebagai Pengundi

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh kita semak, bagi memastikan perjalanan pada hari membuang undi berjalan dengan lancar. Semak poster 7 Langkah Pengundian yang dikeluarkan oleh SPR ini.

Ini pula adalah video panduan tentang kaedah dan hak pengundi... So, kenalpasti apa yang patut dan ketahui juga hak kita sebagai pengundi...



Dan ini pula adalah lagu kegemaran Alisya sejak akhir-akhir ni... "Jom Mengundi". Makin dekat, makin galak dia nyanyi lagu ni... Bila tengok poster dan bendera parti di jalan-jalan utama, automatik dia nyanyi... ^_^



Apa pun selamat mengundi buat semua... Yang balik kampung (termasuk saya juga... in sha Allah), semoga perjalanan kita semua selamat pergi dan balik... Moga dijauhkan dari sebarang musibah, dan moga Allah sentiasa melindungi kita... Amin...

Baca juga: PRU13: Madam, Saya Confuse...



Wednesday, March 20, 2013

Kaedah Fonetik "Bacalah Anakku"

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam saya ada tinggalkan komen di entri Ina yang ni... Saya dah agak mesti Ina tak faham apa yang saya tulis... Adeh! 

Disebabkan sharing is caringkan... Makanya saya buat entri khas ini untuk Ina dan sesiapa sahaja yang ada anak berusia seawal 2-4 tahun.

Kaedah fonetik adalah kaedah di mana anak didedahkan dengan BUNYI huruf ( /a/, /beh/, /ceh/, /deh/, /e/, /feh/, /geh/ dan seterusnya) bukan NAMA huruf (ea, bi, ci, di, e, ef, gi dan seterusnya).

Dulu saya sendiri rasa susahnya fonetik ni... Tapi bila saya tengok perkembangan Faris yang cepat baca dengan kaedah ini, saya pun kenalkanlah Alisya pada fonetik ni... Kanak-kanak berusia seawal 2 tahun akan cepat belajar. Jangan risau yang penting kita kena rajin. Macam Puan Kutu. (^_^)

Buku "Bacalah Anakku" banyak digunakan di Taska dan Tadika seluruh Malaysia, dan ada dijual di kedai-kedai buku dengan harga RM 39.90 (lapan buah buku dengan suku kata mudah, 1 CD, dan 12 kad imbas

Mengikut kata cikgu Faris, ajar anak dengan BUNYI huruf kecil dulu, kemudian baru kenalkan dengan huruf besar. Ini bertujuan untuk tidak mengelirukan anak-anak.  

Sayangnya Faris start "Bacalah Anakku" ni lambat... umur 5 tahun. Sedangkan bila baca testimoni pengguna kaedah fonetik ni... Ada anak-anak yang boleh membaca sepenuhnya pada usia seawal 3 tahun dan ke atas... So, rugi juga kalau tak dimulakan sekarangkan?!

Kalau tiada buku Bacalah Anakku tu pun tak mengapa... Buku aktiviti macam ni pun boleh. Sambil anak tulis tu, BUNYIkan /a/, /beh/, /ceh/... Dan macam tu la seterusnya. Saya mula ajar Alisya dengan kaedah fonetik ni dengan lagu ni... Mudah Alisya ingat... 
 


Bila rasa anak dah boleh ikut cara ni, maka bolehlah gunakan kaedah fonetik "Bacalah Anakku" ni. Di bawah ini adalah video panduan sebutan yang betul untuk ibubapa mengajar anak-anak, bila menggunakan buku "Bacalah Anakku"...




Moga informasi ini bermanfaat buat ibubapa di luar sana. Jom kita mulakan sekarang, sekurang-kurangnya masa anak masuk Taska pada usia 5 tahun, dia telah boleh membaca! 

Tiada istilah lambat untuk anak-anak. Mula bila-bila dan konsisten, InsyaAllah anak akan boleh membaca sebaik masuk Darjah 1. Good luck parents! (^_^)



Thursday, January 10, 2013

Aizat - Terukir Di Bintang

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Dalam banyak-banyak persembahan AJL 27 hari tu, saya sangat suka dengan persembahan dari Aizat... Simple je... Lagipun lagu tu pun santai-santai je kan... Sambil minum kopi gitu... hehe


Esoknya tu, Aizat dijemput ke Wanita Hari Ini... then salah satu soalan tu, macam mana dapat idea untuk buat persembahan macam tu... Aizat jawab... Semua idea tu datang masa dia buat rehearsal sambil pegang mug yang berisi kopi... (^_^) Cuba tengok part 1:41 - 1:45 macam Aizat terus nyanyi kat saya... hahaha (pandang straight ke kamera sambil angkat mug). Apa pun saya suka lagu Terukir Di Bintang versi Aizat ni...


Tuesday, October 11, 2011

ABC Sign Language...

Assalamualaikum dan salam ziarah... :D

Hari ni ada satu benda menarik yang saya find out melalui Internet dan nak share dengan anda semua. Sedang saya buat nota pasal nonverbal communication untuk subjek Interpersonal Communciation, saya terjumpa satu video yang mana menunjukkan ABC dengan menggunakan bahasa isyarat/tangan (yang juga dipanggil sebagai emblems)... 

Dulu saya pernah menggunakan bahasa isyarat/tangan ni, dengan kawan baik saya... (syyyhhh...bila ada gosip, rahsia, tak nak org lain tahu... saya gunakan ABC sign language ni...) Sebenarnya seronok tau, sebab kita buat benda yang orang lain tak tahu.. Hahahah... :p  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...