Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, March 21, 2013

Buat Sendiri: Cili Padi Kisar


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Seperti surirumah lain, saya pasti ramai di antara kita telah menyediakan bahan-bahan kisar lebih awal bagi memudahkan kerja-kerja di dapur. Tak kiralah beli yang sudah siap di pasaran atau dibuat sendiri. 

Bagi saya, saya lebih prefer untuk mengisar/membuat sendiri pes cili api dan cili kering bagi kegunaan harian dalam masakan saya. Kali ni saya nak kongsi bagaimana saya membuat sendiri cili api kisar.

Bahan yang diperlukan:

Cili api / cili padi - buang tangkainya dan bersihkan
Kunyit hidup - kikis kulitnya dan bersihkan
Garam kasar
Air 
 
Cara-caranya:

1. Bersihkan cili api/cili padi dan kunyit.

2. Masukkan ke dalam blender, tambahkan garam kasar dan air (jangan terlalu banyak, cukup sekadar membolehkan pengisar berputar

3. Pastikan segalanya telah dikisar dengan sempurna. 

4. Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.

Tip: Jika pes terlalu berair, ia akan mudah rosak. Memadai masukkan air sekadar untuk pengisar berputar.

Dengan pes cili padi ini anda boleh masak:

Gulai lemak sardin
Rendang kacang panjang bersama udang
Sambal ayam cili padi
Sambal Tempoyak Goreng
Gulai lemak telur
Gulai lemak cili padi ayam
Ayam masak kicap + cili padi
Gulai lemak sotong
Sambal ikan goreng cili padi
Sambal Ikan Bilis Tumbuk

Dengan tersedianya cili kisar ini, anda boleh jimatkan masa di dapur dan dapatkan rehat yang cukup! Mungkin tips ini sangat berguna bagi surirumah yang bekerja. Good luck... (^_^)  


* * *

Wednesday, March 20, 2013

Kaedah Fonetik "Bacalah Anakku"

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam saya ada tinggalkan komen di entri Ina yang ni... Saya dah agak mesti Ina tak faham apa yang saya tulis... Adeh! 

Disebabkan sharing is caringkan... Makanya saya buat entri khas ini untuk Ina dan sesiapa sahaja yang ada anak berusia seawal 2-4 tahun.

Kaedah fonetik adalah kaedah di mana anak didedahkan dengan BUNYI huruf ( /a/, /beh/, /ceh/, /deh/, /e/, /feh/, /geh/ dan seterusnya) bukan NAMA huruf (ea, bi, ci, di, e, ef, gi dan seterusnya).

Dulu saya sendiri rasa susahnya fonetik ni... Tapi bila saya tengok perkembangan Faris yang cepat baca dengan kaedah ini, saya pun kenalkanlah Alisya pada fonetik ni... Kanak-kanak berusia seawal 2 tahun akan cepat belajar. Jangan risau yang penting kita kena rajin. Macam Puan Kutu. (^_^)

Buku "Bacalah Anakku" banyak digunakan di Taska dan Tadika seluruh Malaysia, dan ada dijual di kedai-kedai buku dengan harga RM 39.90 (lapan buah buku dengan suku kata mudah, 1 CD, dan 12 kad imbas

Mengikut kata cikgu Faris, ajar anak dengan BUNYI huruf kecil dulu, kemudian baru kenalkan dengan huruf besar. Ini bertujuan untuk tidak mengelirukan anak-anak.  

Sayangnya Faris start "Bacalah Anakku" ni lambat... umur 5 tahun. Sedangkan bila baca testimoni pengguna kaedah fonetik ni... Ada anak-anak yang boleh membaca sepenuhnya pada usia seawal 3 tahun dan ke atas... So, rugi juga kalau tak dimulakan sekarangkan?!

Kalau tiada buku Bacalah Anakku tu pun tak mengapa... Buku aktiviti macam ni pun boleh. Sambil anak tulis tu, BUNYIkan /a/, /beh/, /ceh/... Dan macam tu la seterusnya. Saya mula ajar Alisya dengan kaedah fonetik ni dengan lagu ni... Mudah Alisya ingat... 
 


Bila rasa anak dah boleh ikut cara ni, maka bolehlah gunakan kaedah fonetik "Bacalah Anakku" ni. Di bawah ini adalah video panduan sebutan yang betul untuk ibubapa mengajar anak-anak, bila menggunakan buku "Bacalah Anakku"...




Moga informasi ini bermanfaat buat ibubapa di luar sana. Jom kita mulakan sekarang, sekurang-kurangnya masa anak masuk Taska pada usia 5 tahun, dia telah boleh membaca! 

Tiada istilah lambat untuk anak-anak. Mula bila-bila dan konsisten, InsyaAllah anak akan boleh membaca sebaik masuk Darjah 1. Good luck parents! (^_^)



Wordless Wednesday #15






Wordless Wesnesday #14


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Rujukan bagi perempuan: 

 

Rujukan bagi lelaki:


Sumber: MFR STUDIO. Klik untuk lebih banyak poster-poster menarik untuk renungan kita bersama... 

 

Tuesday, March 19, 2013

Indahnya Aturan Allah...


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih ingat lagi pada entri ini? Ini adalah entri sambungan yang saya simpan dalam draft. Baru hari ni rasa nak menulis tentangnya... (anyway menulis sesuatu topik, pada saya kena ada mood juga... baru dapat menulis dengan baik dan terkesan...)

***

Sebelum berangkat pulang ke Melaka, saya singgah di Masjid Kampung Merual, Negeri Sembilan, untuk solat Maghrib. Ketika bersiap untuk berjemaah, seorang makcik memandang saya... Saya membalas dengan senyuman.

Rasanya gambar ni sekitar tahun 2002 - 2003...
Mak saya memang tak berapa sihat...
"Ni cucu arwah Fatimah ko?" soalnya.

"Iya," saya mengangguk dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Kami berbalas senyum...

"Anak arwah Zainon yo?"

"Ya saya. Macam mana makcik tahu?" soal saya pula.

"Muko tu samo yo... Tak do lainnyo... samo sobiji," katanya. Saya hanya tersenyum... Sebelum ni juga ada beberapa kali saya ditegur oleh rakan-rakan dan saudara mara jauh arwah mak.

"Makcik ni kawan baik omak... sojak sekolah rondah laie... Lopeh dio kawin, pindah, susah nak jumpo" sambungnya lagi...

"Oh ye ke?!" teruja saya mendengar cerita makcik tu... Sambil dia terus bercerita tentang persahabatannya dengan arwah ibu saya.

"Nama makcik siapa?" sambung saya setelah selesai solat Maghrib...

"Fatimah... osah seronok bonar jumpo anak aee... dapat lopeh rindu..." kata makcik tu, nampak sangat rindunya pada arwah ibu saya... Saya pula rasa sebak...

"Makcik sekarang ni umur berapa?" soal saya.

"64... kalau arwah ado laie ni.. umur ae 64 yo...", jawabnya... Betul kalau arwah ibu saya ada lagi, kini (tahun 2012 ketika perbualan berlaku) berusia 64 tahun ... tetapi, arwah meninggal dunia ketika umurnya 57 tahun.

Setelah selesai saya mengemas barang, makcik tu pula nak ke rumah arwah nenek saya untuk tahlil, kami berpelukkan. Erat! Seolah-olah kami meluahkan rindu yang sangat dalam kepada arwah ibu saya... Saya sendiri tidak nampak bagaimana irasnya saya dengan arwah ibu... Namun, saya  bersyukur, sekurang-kurangnya saya boleh leraikan kerinduannya kepada arwah ibu saya.

Inilah famili kesayangan saya. Gambar terakhir kami bersama arwah ibu
pada Aidilfitri tahun 2005.

Nota kaki: Cantik sungguh aturan Allah, dikurniakan zuriat yang seiras ibu bapanya supaya saudara mara, rakan taulan, kenalan malah anak-anak untuk meleraikan rindu. Betul! Saya sendiri bila rindukan arwah abang saya, saya akan lihat wajah satu-satunya anak yang ditinggalkannya... Sungguh, mereka (arwah abang dan anaknya) seiras...!! Maka terlerailah rindu...!! 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...