Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Thursday, May 31, 2018

THM Kumpul RM7j Lebih - Hebat Rakyat Malaysia

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Pada saat ada segelintir rakyat yang mempertikaikan usaha kerajaan mewujudkan Tabung Harapan Malaysia (THM), ada ramai lagi yang prihatin, sayang dan berjuang untuk membina semula negara.

Rakyat yang sayangkan Malaysia, tidak mempersoalkan kewujudan akaun tersebut, malah menyokong penuh usaha kerajaan. Tujuannya hanya satu, untuk mengurangkan hutang bagi membina semula negara.

Akaun ini sebenarnya diwujudkan atas permintaan dari rakyat sendiri. Kerajaan juga tidak mewajibkan rakyat untuk menyumbang, sebaliknya ia adalah atas ihsan rakyat yang prihatin. Jika mahu menyumbang silakan, jika tidak mahu menyumbang pun tiada masalah.

Lebih RM7 juta berjaya dikumpulkan dalam tempoh 24 jam sejak THM ditubuhkan semalam.

Subhanallah, hebat rakyat Malaysia! 😍

Sesiapa yang menderma ke THM akan dapat pengecualian cukai mengikut jumlah yang disumbangkan, jadi sila simpan resit ya.

Jumlah kutipan akan dikemaskini dan dimaklumkan kepada rakyat setiap hari jam 3 petang.

Kepada yang hendak menyumbang, berikut adalah nombor akaun THM.

Akaun Tabung Harapan Malaysia
Malayan Banking Berhad 
Nombor akaun: 5660 1062 6452

Nora Karim
Sekarang hari-hari tengok berita. Tunggu berita macam tunggu drama paling best di Malaysia. 😁

#malaysiabaru
#binasemulamalaysia
#tabungharapanmalaysia

7 comments:

  1. Menderma pun ramai yg membawang 😑

    ReplyDelete
  2. woww, hebat.. bagusnya rakyat malaysia..

    ReplyDelete
  3. sama2 kita menyumbang semampu kita ye kak....
    tp kadang geram jgk klu tgk jawapan org yg komen mcm2 psl tabung nih, takmo menderma udahla... tak pyhla kutuk2 org yg nk menderma kan

    ReplyDelete
  4. Itulah tak sangka dalam masa 24 jam dah berjaya kumpul RM7j
    Benarlah orang kata rakyat Malaysia ni memang pemurah hiks!

    ReplyDelete
  5. betul lah, sekarang ni asyik tgk astro awani ni. dulu tak pulak. hehe

    ReplyDelete
  6. isu dia senang je.. nak kasi bagila.. xmo sudah =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...