Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, September 16, 2019

Seronoknya Merdeka @ Dataran Putrajaya

Seingat saya, kali terakhir saya menonton secara langsung Perbarisan Hari Kebangsaan sekitar tahun 2002 atau 2003 kerana menyiapkan tugasan Photo Communication.

Nampak sangat tak patriotik sebab ke Dataran Merdeka ketika itu atas alasan menyiapkan tugasan bagi subjek tersebut.

Sebaik encik suami maklumkan yang dia ditugaskan ke Putrajaya untuk membuat liputan hari Merdeka, terus saya tanya pada Faris dan Alisya, sama ada hendak ke Putrajaya melihat perbarisan secara langsung atau tidak.

Kalau ikutkan hati, baik tengok di televisyen saja. Tak gaduh nak bersesak dengan orang ramai. Tapi melihat kesungguhan anak-anak nak menonton perbarisan depan mata, serta kesanggupan mereka untuk bangun seawal 4 pagi, maka saya akur dan mengikut saja.


Bersemangat sungguh Faris dan Alisya. Dua tiga hari sebelum itu, mereka dah sibuk menonton Youtube untuk menghafal lirik lagu patriotik seperti Saya Anak Malaysia, Gemuruh, Malaysia, Negaraku, Standing in The Eyes dan macam-macam lagu lagi.

Tak apalah, saya meraikan semangat dan keterujaan anak-anak.

Duduk berhimpit bersama orang ramai pada mulanya mengundang rasa tidak selesa. Namun, apabila difikirkan apa yang telah dikecapi kini, membuatkan timbul rasa syukur.

Hidup kita kini jauh lebih baik, aman dan makmur. Setakat bersesak tu apalah sangatkan?

Rupanya lain sungguh semangat sambut Merdeka beramai-ramai ni. Walaupun, taklah berapa nampak perbarisan kontigen-kontigen yang terlibat, namun aura semangatnya sangat luar biasa.

Saya dan anak-anak pun excited sama bila lagu-lagu patriotik berkumandang. Rasa nak mengalir air mata pun ada. Terharu!

Lebih-lebih lagi bila melihat kaum Cina dan India yang turut sama menyanyikan lagu-lagu patriotik, sambil mengibar Jalur Gemilang ditangan. Penuh semangat!

Melihat peserta perbarisan, human graphic, dan semua yang terlibat, menimbulkan rasa hormat.

Ikut kata encik suami, mereka dah tiga bulan 'berkampung' di Dataran Putrajaya, bagi menghasilkan yang terbaik.

Respect! Terima kasih!

Cuma satulah, yang saya rasa kita masih lemah... berkaitan sampah. Sebaik selesai majlis, bersepah-sepah sampah yang ditinggalkan.

Apa salahnya, simpan sampah sendiri di dalam poket atau beg. Nampak tong sampah baru buang. Tak susahkan?!

Sepanjang acara dok laung tema Hari Kebangsaan, "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih", tapi sampah sendiri tinggal merata... 🤦‍♀️

Alisya siap kutip sampah sepanjang perjalanan... mujur saja, Mamanya simpan beberapa lipatan plastik dalam beg.

Jadi, kami pun mengutiplah sampah yang kami nampak sepanjang jalan yang kami lalui... Tak apalah, kami mulakan dengan diri sendiri.

Moga kita sama-sama menjaga dan memastikan Malaysia dalam keadaan yang sentiasa bersih.

* Ini cerita merdeka yang tertangguh. *

Walau penat, tak berapa nampak perbarisannya, tapi oklah semangat tu ada. 💞

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...