Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Friday, May 20, 2005

Kindom Of Heaven...


Orlando Bloom (Balian of Ibelin)

Filem arahan Ridley Scott ini mendapat pujian dari pelbagai pihak... Rata2 penonton berpuas hati dgn garapan "diplomasi" yang diketengahkan olehnya (berbanding dengan salah satu filemnya dulu yang dikatakan menindas Islam dgn keterlaluan).

Filem ini mengisahkan seorang tukang besi, Balian of Ibelin (lakonan Orlando Bloom) yg bersedih di atas kematian isterinya (isterinya membunuh diri krn kematian anaknya).. Balian yang agak tertekan dengan kematian tersebut telah membunuh paderinya kerana desakan yang keterlaluan.

Dia kemudiannya didatangi seorg lelaki (Godfrey of Ibelin) yang mengakui ayahnya (lakonan Liam Neeson).. Balian ditawarkan menyertai kumpulan ayahnya untuk ke Jerusalem.. Oleh kerana ingin "membersihkan dosanya" Balian bersetuju...

Di pertengahan jalan, mereka diserang & ayahnya mengalami kecederaan yg serius.. Mengetahui yg dia akan mati, Godfrey melantik Balian sebagai knight & diarahkan ke Jerusalem & seterusnya mempertahankannya serta melindungi Raja.

Balian bersungguh2 berusaha mempertahankan Jerusalem yg menjadi tuntutan pejuang Islam ketika itu.. Adegan peperangan "Perang Salib" (antara Kristian dan Islam), menimbulkan rasa cemas, geram & sebagainya...

Pun begitu kejayaan Islam menakluk Jerusalem dipandang "positif" oleh semua pihak tanpa menunjukkan ketidakpuasan! Ternyata Ridley Scott agak berjaya dlm mengekalkan keharmonian agama...

Oppss.. alamak sorry dah tercerita ending skali :p...

Antara para pelakon yg menjayakan filem ini adalah Hospitaler (David Thewlis), Guy de Lusignan (Marton Csokas), Sibylla (Eva Green), Reynald (Brendan Gleeson), Tiberias (Jeremy Irons) & Salahuddin (Ghassan Massoud).


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...