Alhamdulillah... akhirnya hati mak lembut jugak untuk masuk hospital... Hari ini, 29 March 2005... mak mengalah dgn kami (adik beradik)... setelah puas kami pujuk... akhirnya mak mengaah untuk mendapatkan rawatan di hospital...
Kami telahpun sepakat untuk menghantar mak ke Hospital Tawakal, Kuala Lumpur... Mmg kos perbelanjaannya amat tinggi.. Namun demi memastikan mak mendapatkan rawatan yang rapi... kami akur...
Ini adalah kali pertama kami menghantar mak ke sini (Hospital Tawakal)... sebelum ini mak mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh... Setelah satu insiden yg tidak dpt kami adik beradik lupakan... kami sepakat untuk bertukar doktor pakar...
Alhamdulillah... setakat ini, layanan hospital tersebut boleh diklasifikasikan sebagai "first class"... sebaik sahaja sampai dimuka pintu kecemasan, nurse telahpun standby dengan kerusi roda... sebaik saja mak dibaringkan di katil, datang seorang doktor dan melihat keadaan mak dan bertanyakan beberapa soalan... kaki mak (yg luka akibat kencing manis) dirawat dan dicuci oleh nurse dgn bersih dan dibalut kemas...
Tidak lama menunggu, bilik untuk mak telahpun disediakan... bilik 109A, tingkat 1, katil 1... tidak lama kemudian, Dr Syukur (doc pakar diabetes) telahpun datang dan melihat keadaan mak... setiap jam doc akan membuat "lawatan" bagi memastikan keadaan mak stabil...
No comments:
Post a Comment