Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, August 20, 2011

Batu Karang Hempedu: Amalan Selepas Pembedahan


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

Alhamdulillah hari ni telahpun masuk hari ke-20 kita berpuasa... sekejap je kan...?? Rasanya baru je semalam saya ucap selamat berpuasa... hari ni dah pun masuk 10 malam terakhir Ramadhan... (sedihnya Ramadhan nak habis dah...)

Entri ini ditulis khas untuk PLAINMUM yang ada meninggalkan pesanan di salah satu previous post saya (hempedu dibuang).

Saya amat terpanggil untuk membuat entri khas ini, bila Plainmum kata ibunya juga baru dua bulan menjalani pembedahan membuang hempedu... mengikut kata Plainmum, ibunya sering sakit di bahagian bawah perut, setelah dua bulan menjalani pembedahan tersebut. Mungkin saya boleh share beberapa perkara yang saya lakukan setelah membuang hempedu empat bulan lalu...


Google

Dear Plainmum, (eh tetiba jek... :p)

Alhamdulillah akak tidak menghadapi masalah yang dihadapi ibu plainmum...selepas pembedahan, akak minum 24 botol pati ikan haruan, untuk pastikan bahagian dalaman sihat sepenuhnya... (ada tak Plainmum bagi ibu minum pati ikan haruan? Kalau xminum lagi, mungkin boleh minum 6 botol untuk permulaan.. takut yang ibu sakit tu, disebabkan oleh luka dalaman yang belum sembuh...)

Atau mungkin juga kerana angin yang tak keluar dari badan... apa yang akak boleh sarankan... plainmum boleh goreng garing halia (banyakkan halia), bawang merah, bawang putih, ikan bilis (jika suka)... kemudian masukkan dalam satu bekas, dan makan bersama nasi panas serta lauk-pauk lain setiap hari... insyaAllah, ia akan membantu angin keluar dari badan secara semulajadi.

Perkara lain yang akak lakukan adalah:
1. makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
2. kurangkan makan makanan yang berminyak dan bersantan.
3. kurangkan makan makanan yang pedas.
4. makan minyak zaitun (sangat sarankan minyak zaitun HPA), satu sudu besar dicampur dengan air suam dan madu HPA, setiap pagi dan malam.
5. makan sebiji epal hijau setiap hari waktu pagi.
6. minum air suam yang banyak (3liter) sehari.


Google

InsyaAllah Plainmum boleh minta ibu cuba... mana tahu sedikit sebanyak ia membantu... kalau ada apa-apa, boleh tinggalkan pesanan ya... Mungkin tips ini berguna juga untuk mereka yang pernah menjalani pembedahan membuang hempedu...

Rakan blogger jaga kesihatan ya...! Moga anda semua berada dalam limpahan rahmat Allah... Amin...


Lagi entri berkaitan batu karang hempedu:
1. Akhirnya Hempedu Dibuang
2. Menu Sepanjang Berpantang
3. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
4. Perkongsian Pakar Pemakanan
5. Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan


Klik banner untuk dapatkan buku-buku Agama...

Sunday, August 07, 2011

Resipi Mudah: Begedil Ayam... Yummy!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Salam Ramadhan

Hm... dah lama saya kepingin nak makan begedil yang dibuat sendiri... Semalam, nak tak nak buat juga... dengan encik hubby kerja jauhnya... dengan Alisya menangis minta bermain bersamanya... dengan Faris yang tak habis-habis minta buatkan susu botolnya... akhirnya berjaya juga saya membuat begedil ayam!!! (poyonya la... begedil ayam je kottt...!! aa... tak kisah... nak cerita juga!!)

Inilah hasil 'berperang' semalam... Jom belajar cara membuatnya:


Sebelum digoreng dengan telur
Bahan-bahan yang diperlukan:
(1) Isi ayam (dipotong kecil-kecil)
(2) 3 biji kentang (rebus, tus dan lenyek dengan garpu)
(3) Daun sup dan daun bawang (dihiris dan dibersihkan)
(4) Bawang goreng
(5) Telur (dipukul)
(6) Garam dan kunyit

Cara membuatnya:
(1) Gaulkan isi ayam dengan sedikit garam dan kunyit. Kemudian goreng. Dah siap ketepikan.

(2) Masukkan isi ayam (yang telah digoreng), kentang lenyek, daun sup & bawang serta bawang goreng ke dalam lesung tumbuk, lalu ditumbuk. (saya tumbuk satu-satu, kemudian baru gaulkan semuanya)

(3) Setelah selesai ditumbuk, gaul rata dan gumpalkan menjadi bulat (or bentuk apa-apa la.. :p saya semalam dapat 10 biji)

(4) Bila dah siap, celupkan dalam telur yang telah siap dipukul kembang... 

(5) Apa lagi goreng la... (hehehe...)

(6) Goreng sehingga bewarna coklat... (dah siap pun.. boleh la makan....)

Nak buat begedil ni memang renyah... tapi... sedap... Oh, btw, rakan blogger boleh buat banyak-banyak... kemudian simpan dalam peti beku... tahan lama tau!!

Selamat mencuba semua... :D

Nota kaki: Alisya sangat suka begedil ayam ni... seronok tengok dia makan... Selain begedil ayam ni, saya juga masak kobis air dan ikan tenggiri bertempe masak sambal... 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...