Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Sunday, August 07, 2011

Resipi Mudah: Begedil Ayam... Yummy!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Salam Ramadhan

Hm... dah lama saya kepingin nak makan begedil yang dibuat sendiri... Semalam, nak tak nak buat juga... dengan encik hubby kerja jauhnya... dengan Alisya menangis minta bermain bersamanya... dengan Faris yang tak habis-habis minta buatkan susu botolnya... akhirnya berjaya juga saya membuat begedil ayam!!! (poyonya la... begedil ayam je kottt...!! aa... tak kisah... nak cerita juga!!)

Inilah hasil 'berperang' semalam... Jom belajar cara membuatnya:


Sebelum digoreng dengan telur
Bahan-bahan yang diperlukan:
(1) Isi ayam (dipotong kecil-kecil)
(2) 3 biji kentang (rebus, tus dan lenyek dengan garpu)
(3) Daun sup dan daun bawang (dihiris dan dibersihkan)
(4) Bawang goreng
(5) Telur (dipukul)
(6) Garam dan kunyit

Cara membuatnya:
(1) Gaulkan isi ayam dengan sedikit garam dan kunyit. Kemudian goreng. Dah siap ketepikan.

(2) Masukkan isi ayam (yang telah digoreng), kentang lenyek, daun sup & bawang serta bawang goreng ke dalam lesung tumbuk, lalu ditumbuk. (saya tumbuk satu-satu, kemudian baru gaulkan semuanya)

(3) Setelah selesai ditumbuk, gaul rata dan gumpalkan menjadi bulat (or bentuk apa-apa la.. :p saya semalam dapat 10 biji)

(4) Bila dah siap, celupkan dalam telur yang telah siap dipukul kembang... 

(5) Apa lagi goreng la... (hehehe...)

(6) Goreng sehingga bewarna coklat... (dah siap pun.. boleh la makan....)

Nak buat begedil ni memang renyah... tapi... sedap... Oh, btw, rakan blogger boleh buat banyak-banyak... kemudian simpan dalam peti beku... tahan lama tau!!

Selamat mencuba semua... :D

Nota kaki: Alisya sangat suka begedil ayam ni... seronok tengok dia makan... Selain begedil ayam ni, saya juga masak kobis air dan ikan tenggiri bertempe masak sambal... 



3 comments:

  1. wahhh sdap yer....nak trylah ptg nie huhuhu...thnks ibu..:)

    ReplyDelete
  2. kak nora , saya lama tak makn bergedil...time3 puasa ni teringin pulak nak makn..he3..

    ReplyDelete
  3. diya - try la... mmg sedap... puas hati buat sendiri.. buat banyak2 boleh simpan dalam freezer..

    farah - ala, kesiannya... dah dpt buat ke belum?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...