Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Thursday, February 22, 2018

Resipi Mudah: Asam Pedas Ikan Sardin

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak pada #ameliatambyhussin yang kongsi resipi #asampedasikansardin ni. Bak kata Amelia, campak-campak, sedap.  

Memang sedap tau!
 
Lepas tengok video live Amelia masak asam pedas ikan sardin ni, terus saya pergi beli sardin tin. Sebab homemade sardin dah habis. Jadi beli yang dalam tinlah sebab terasa sangat nak rasa ikan sardin masak asam pedas ni. 
  


Bahan-bahan:
(saya pakai agak-agak je ni)

1 tin besar sardin
(Ambil ikan dan 3-4 sudu besar kuahnya saja)
*3 sudu besar bawang merah
*1 sudu besar bawang putih
*1 inci kunyit hidup
(*ditumbuk, dicincang atau dikisar)
Sedikit belacan
5-7 sudu besar pes cili kering/cili boh
1 batang serai
7-9 helai daun limau purut
1-2 keping asam keping
1-2 cawan air asam jawa
1 ikat daun kesum
Garam dan gula (jika perlu)

Cara memasak:
1. Tumis bahan kisar dan belacan hingga naik bau atau berubah warna dan sedikit garing. Masukkan serai.

2. Masukkan pes cili kering, asam keping dan daun limau purut. Masak sehingga naik minyak.

3. Masukkan air asam jawa dan ikan sardin bersama 3 - 4 sudu besar kuah sardin.

4. Masukkan daun kesum. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.

Siap. Selamat mencuba.


Nora Karim
Abaikan ikan sardin yang pecah-pecah tu. Adam Faris tolong saya masak dan kacau ikan dalam kuali.

13 comments:

  1. ada lg kan? kejap lg sy smpi umah akk ya ;-)

    ReplyDelete
  2. sedap ikan sardin masak asam pedas, regu dengan nasi panas .Tak perlu lauk lain dah.

    ReplyDelete
  3. Thank you bagi resipi!!! ^^ thank u jugak sudi singgah blog saya :3

    ReplyDelete
  4. ayoo terliur terus ha tgk..blik keje nnati nak g buatt yeayy

    ReplyDelete
  5. sedapnya belum pernah cuba masak asam pedas, selalunya masak sambal je, bolehla cuba ni

    ReplyDelete
  6. Wah.. dapat resipi baru harini.. terima kasih

    ReplyDelete
  7. Tq..x pernah cuba buat lg ni..nampak sedapnya..nak cubalah..cik abg mmg suka asam pedas nih

    ReplyDelete
  8. uish tak pernah terjadi lagi asam pedas sardin ni. boleh try :)

    ReplyDelete
  9. duhhh..pengen ngerasain ikan sardinnya nih mbaa..maknyuss kayanyaa..bikin laperr..hhehhe

    ReplyDelete
  10. Menarik ini pakai ikan sardin dalam tin.. First time..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...