Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Wednesday, April 11, 2018

Tanyalah Ustaz: Rumah Berkat Bawa Rahmat

Tanyalah Ustaz
Rumah Berkat Bawa Rahmat
Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud

1. Rasulullah mendoakan keberkatan bagi umatnya yang berpagi-pagian (bangun awal sebelum subuh dan melakukan solat Tajahud atau berqiamulail)

2. Doa yang perlu dihafal oleh para suami, agar Allah mengurniakan isteri dan anak-anak yang menjadi penyejuk hati (tidak menyusahkan) Surah Al-Furqan, ayat 74

3. Cara menjemput berkat dan rahmat ke dalam rumah:
a) memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.
b) ketuk pintu dan minta izin sebelum masuk ke bilik ibu bapa atau adik beradik yang lain
c) melakukan solat-solat wajib dan sunat
d) membaca al-quran
e) memperbanyakkan zikir
f) melazimi, mendengar dan menonton rancangan yang bermanfaat
g) menjaga anak yatim

4. Jangan jadikan rumah sepi dan suram seperti kubur sebaiknya sinarilah rumah dengan solat dan membaca Al-Quran, agar malaikat rahmat mendoakan kebaikan bagi semua ahli di dalam rumah tersebut.

5. Memuliakan tetamu akan memberikan rezeki dan kebaikan kepada kita.
a) bermanis wajah kepada tetamu
b) jamu tetamu semampu yang boleh
c) jangan jadikan pertemuan itu sebagai gelanggang mengumpul dosa (mengumpat)

6. Tanda-tanda Allah berikan berkah di dalam rumah:
a) semua isi rumah diberi ketenangan hati 
b) berlapang dada dengan kebaikan dan kejayaan adik beradik 
c) sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita dan ahli keluarga kita

7. Tidak meletakkan patung yang bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak akan masuk ke dalam rumah tersebut.

8. Menurut bekas mufti Mesir, Syeikh Muhammad Bakhit dan Syeikh Prof Dr Yusuf Al-Qadrawi mengatakan adalah harus menggantungkan gambar-gambar kenangan seperti gambar keluarga, konvokesyen, perkahwinan dengan syarat:
a) gambar tersebut bukanlah patung
b) gambar tersebut bukan untuk dipuja atau disembah
c) gambar tersebut menutup aurat dengan sempurna

9. Isteri telah membantu suami untuk keluar bekerja bagi menampung perbelanjaan rumah, maka suami juga perlulah sama-sama membantu isteri bagi meringankan beban kerja-kerja rumah.

10. Kasih sayang antara suami isteri perlulah sentiasa disemai, agar sentiasa mendapat ganjaraan pahala daripada Allah. Solat bersama-sama suami atau isteri, dapat pahala. Pegang tangan suami atau isteri, dapat pahala. Memandang suami atau isteri dengan pandangan kasih sayang, dapat pahala. Bergurau dengan suami atau isteri, dapat pahala. Memberi hadiah kepada suami atau isteri, dapat pahala. Pendek kata, apa yang dilakukan bersama suami isteri akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah.

11. Jangan sekali-kali menceritakan masalah rumahtangga di dalam media sosial, kerana ia akan lebih memburukkan keadaan, dan mungkin akan menjadi tempat mengumpul dosa. Sebaliknya rujuklah kepada yang lebih ahli di dalam bidangnya.

Kasih sayang bermula dari rumah.

8 comments:

  1. rumah tangga yg berkat bkn sxahaja mensejahterakan seluruh keluarga tp ia juga membina generasi berakhlak mulia.. tq 4 sharing kak

    ReplyDelete
  2. Jom didik keluarga kita amalan yang baik

    ReplyDelete
  3. Banyak ilmu yg abam kie dpt drp perkongsian ini.

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian dan peringatan ini, semoga istiqamah

    ReplyDelete
  5. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum... terima kasih sudi share. 1st time dtg sini terus singgah. Salam kenal ya =D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...