Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, December 05, 2007

Dah Pandai Nak Berkawan...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari ni mama awal sikit... so mama yang ambil Faris di rumah pengasuh... dah masukkan semua barang Faris... mama pun agah la dia.... sambil tangan hulur nak angkat dia... tapi Faris tak nak didukung mama... dia terus pusing muka dia ke badan pengasuh... (masa tu dia didukung muka ke depan.. mmg tak kasi angkat la ni)... 

Dua kali mama agah... dia tetap tak nak balik... pastu ada la dua tiga orang cucu makcik tu... panggil-pangil dia... agah-agah dia... dia suka sangat... gelak besar dia... pastu mama kata... "ooo dah pandai nak main ni... ok ok.. jom balik... esok kita datang lagi yea..." (smbl tangan mama pegang badan dia... dia tetap tak nak... bila mama nak angkat dia... muka dia terus aja masam...

Lama juga nak pujuk dia ni... banyak kali sebut kat dia yang esok kita datang lagi... pastu baru dia senyum... pengasuh pun kata dia dah pandai nak main semua... sampai rumah mama terus telefon Abah.. cerita pada Abah yang Faris tak nak balik... Abah gelak... Abah kata.. "anak abah dah pandai nak berkawan ni..."

 

Friday, November 30, 2007

Alhamdulillah Semuanya OK...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,


Alhamdulillah semalam Faris dah pun selesai buat MCUG Test (wee wee test) to check bladder dia... dua kali test ni postpone... yang first tu sebab Faris kena cirit-birit... then yang lagi sekali tu dia kena selsema pula... semalam baru semuanya berjalan lancar... Test ni doktor yang sarankan Faris buat... sebab tiga hari lepas lahir tu Faris kena infection dan kuning yang tinggi... doktor takut kalau buah pinggang dengan bladder Faris kena jangkitan... buah pinggang dah check masa dia dua bulan... Alhamdulillah ok... pundi kencing dia pun ok... normal... alhamdulillah syukur...
 
Jam 2.20 pm Faris kena makan ubat tidur... macam biasa la... Kalau time nak sumbat ubat... mula la tangan dia tuh aktif... Sebab tu la selama ni saya masukkan ubat dalam susu dia je... Jenuh juga la saya dengan nurse tu nak bagi dia makan ubat tidur... 5 minit juga nak masukkan ubat tuh... 4ml kena mkn... tapi rasanya yg betul-betul masuk mulut dia 2-2.5ml je kot...? Yang lain semua dia sembur keluar balik... Haih!
  
 

Jam 2.30 Faris dah tidur... pukul 2.40 masuk bilik x-ray... saya dan suami tak boleh masuk pun bilik x-ray tu.. so kami tunggu di luar... pukul 2.50 pembantu doktor fatimah tu keluar minta puting Faris... lepas tu pukul 3.00 dia minta air suam pula... Kami yang di luar ni cuak dah.. sebab nurse tu tak cakap apa-apa pun... just minta puting dengan air... tak lama tu saya jenguk di bilik x-ray... (ye la.. risaula kan..) tapi disuruh tunggu di luar.... Dalam 10 minit kemudian, dia suruh saya masuk.... cuak!

Saya tengok Faris dah gerak-gerak... merengek kecil... Lepas tu Dr Fatimah suruh saya pujuk Faris, untuk kencing... masa saya masuk tu, test tu dah pun selesai.. cuma dia nak keluarkan balik cecair yang dia masukkan dalam saluran kencing Faris. Doktor explain serba sikit pasal apa yang terpampang di screen... then doktor kata.. "cecair tu ada sikit lagi tak keluar" dari screen tu saya boleh nampak... ada dalam 1/2 inci lagi.

Sambil-sambil tunggu Faris kencing tu... saya sempat la tanya pada doktor:
 
"Betul ke sesiapa yang buat test ni akan rasa sakit masa nak kencing...?"
 
"It shouldn't be..." doktor tu kata... 

"Tapi saya ada baca dalam satu artikel pasal test ni... dalam tu tulis, siapa yang buat test ni akan rasa sakit masa nak kencing, for 1-2 days" (ye la sebab dia masukkan cecair tu dari "bird" Faris. Kena la tanya... takut Faris meragam

Lepas tu doktor kata:
 
"You read then your curiosity level, high. That’s good!" dia kata. (eh mesti la nak tau kan?!)
 
Don’t worry, dia rasa ngilu sikit je… itu pun masa ni je... that’s why I nak dia kencing sekarang… so that lepas ni dia tak sakit. Yang sakit tu maybe liquid tu still in there. (sambil tunjuk kat screen tu) Liquid ni likat, sebab tu nak keluarkan your baby merengek…”
 
“Ooo…” saya angguk faham…

Pukul 5 mcam tu baru selesai… mama pun naik letih la pujuk Faris untuk kencing.. dari pukul 3.10 tu, dekat pukul 4 lebih baru Faris kencing… then jumpa doktor Kishore… dia cakap:

“Ok… good news.. kidney ok, bladder ok… baby ok… stop antibiotik!” (sebab selama ni Faris kena makan antibiotik setiap malam)

Dah alang-alang datang klinik tu, saya tanya la bila nak inject untuk 4 bulan… then doktor belek-belek reportThen dia kata… “nak buat hari ni pun boleh!.” 

Terus inject 4 bulan…. setakat hari ni, berat Faris 6.65kg...

*** Malam tadi Faris meragam sikit… mungkin sakit kena inject kot.. pukul 2.30am baru dia tidur… Kesian Faris)
 

Monday, November 26, 2007

Yey, Dah Boleh Meniarap!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Yey, Sabtu Ahad lepas... Faris galak meniarap...! Bila dia berjaya pusing... dia mula la panggil orang... suruh tengok dia meniarap la tu... First time Faris niarap sebenarnya masa hari Deepavali hari tu (9 November)... tapi dua kali je dia niarap... lepas tu dia tak nak dah.. Asyik nak berdukung je... Lagipun Mak Ngah dia tu, suka dukung dia... Pantang bunyi "ek" sikit.. terus je dia angkat.. tu yang macam naik lemak tuh... tapi Sabtu hari tu, Faris macam rimas didukung... bila letak.. dia terus bergolek.. kelakar pun ada...

Gambar-gambar ni tak berapa clear sebab sempat capai kamera phone je...

Berusaha...
Dan lagi...
Dan lagi.. heheh
Yey, dah boleh meniarap...
Dah penat meniarap... terus tertidur...

Wednesday, November 21, 2007

Happy Birthday Abah...



Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Semalam birthday Abah Faris... yang keberapa ye? Ke 27...  Tak de apa sangat la... just makan-makan biasa je... beli kek Secret Recipe (Choc mud cake), lepas tu beli KFC... hm... tahun ni saya tak dapat nak bagi hadiah best macam tahun lepas.. tahun ni dapat bagi Abah shirt je... Tak pe ya Abah... Nanti lain tahun boleh bagi hadiah best...

Hm, Faris walaupun belum boleh makan kek, tapi dia happy je sambut birthday abah dia... Mula-mula dia tidur je... dalam pukul 10 macam tu baru dia bangun... lepas tu berkepit je dengan Abah dia. Bila abah dia ada.. dia tak heran pun dengan mama dia.. Kesian mama...

Happy birthday Abah...

Suka sangat bila abah dia balik...
Berkepit je dua beranak ni...

Tuesday, November 13, 2007

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Tuesday, October 30, 2007

Faris Tidur Lena...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari ni jalan tak sesak sangat... pukul 6.05 saya gerak dari office, pukul 6.45 saya dah sampai depan rumah pengasuh Faris... Faris tidur masa tu... (tidur dalam bakul yang uncle Zafri dengan uncle Zul bagi...)Saya tengok Faris lena sangat... sampai saya langgar lubang pun Faris tak gerak... mungkin Faris dah penat bermain dan berjaga siang hari...

Sampai rumah Faris masih lagi lena... Saya sempat mandi, solat, kemas beg faris (untuk esok), makan... Bosan pula  saya bila Faris tidur lena... dah la kat rumah ni tak de siapa... Mak Ngah pergi open house, Mak Teh buka puasa di luar, Pak Anjang dengan Busu belum balik lagi... hm... bosannya... at least kalau Faris jaga boleh borak-borak (walaupun saya tak faham Faris cakap apa..)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...