Aduhai... hari ni hari yang paling memenatkan kepala... apa taknya orang lain semua dah semangat nak balik kampung... tapi kami di office ni terpaksa berdepan dengan Bengkel Exam! Dengan mood nak raya... tak dapek do nak nyiapkan soklan exam... soalan exam tah kemana, kampung halaman tah kemana... lagu raya tah kemana...kuih raya tah kemana... Pendek kata, memang tak produktif langsung la hari ni..!
Nuffnang Ads
Agoda Ads
Monday, September 06, 2010
Sunday, September 05, 2010
Penyusuan Eksklusif: Ketika Berpantang...
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan PENYUSUAN
EKSKLUSIF? Penyusuan eksklusif adalah menyusukan anak dengan susu badan tanpa
campuran susu formula atau susu tepung mahupun air suam! Seperti yang semua
sedia maklum, susu ibu adalah susu yg terbaik bagi bayi yang baru dilahirkan,
kerana semua zat yang diperlukan oleh bayi boleh diperolehi dari susu ibu.
Mungkin
ramai yang tidak faham tentang kepentingan menyusukan anak secara eksklusif (begitu
juga saya, ketika kelahiran pertama dulu). Saya menyusukan Faris selama 1 tahun
8 bulan... hebat bukan?! Tapi bukan dengan penyusuan eksklusif... Selama tempoh
itu, Faris juga diberikan susu formula, seawal dia dilahirkan... namun, akibat
campuran itu... Faris mudah terkena virus demam selsema... dia juga mudah kena
sembelit jika susu tepung ditukar (kepada jenama lain atau jenama sama tapi
peringkat umur yang berbeza). Sepanjang usia 3 tahun ini, Faris telah 2 kali
masuk wad kerana kuning dan Bronchiolitis. Dia juga sangat mudah
berjangkit demam mahupun selsema. Sebab tu untuk kelahiran kedua ini saya
bertekad untuk menyusukan anak secara eksklusif.
Subscribe to:
Posts (Atom)