Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Sekejap je dah masuk 24 Ramadan, harap rakan-rakan sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan Allah. Saya perasan, sejak awal bulan puasa hari tu, ramai yang menjenguk blog saya. Dah tentu carian famous ketika ini adalah resipi-resipi di blog saya! (^_^) Terima kasih banyak-banyak ye. Disebabkan itu, saya nak share satu lagi resipi yang saya masak kelmarin untuk buka puasa.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - kelar badannya dan bersihkan
2 ulas bawang putih (kalau suka bawang putih banyak, tambah lagi) - dihiris
5-7 helai daun limau purut - dihiris
5 biji cili padi - diketuk
Sedikit cili benggala - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong wedges
3 biji baby corn - dipotong memanjang
Sedikit kobis bunga
Sedikit daun sup dan daun bawang - dihiris
3 sudu besar sos cili Thai
3 sudu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
Sedikit tepung jagung
Sedikit air
Garam dan gula
Cara-caranya:
1. Lumur ikan siakap dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Goreng garing dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sos cili Thai, sos cili, sos tomato, kicap manis. Gaul sebati.
3. Masukkan daun limau purut, cili padi, cili benggala, baby corn dan kobis bunga. Kacau dan tambah air jika mahu masakan anda berkuah.
4. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
5. Gaul sebati, tutup api dan tuangkan sos atas ikan siakap yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup dan daun bawang. Sedia untuk dihidang.
Mudahkan? Selamat mencuba... (^_^)
Tak sangka Faris suka sangat ikan siakap 3 rasa ni. Bertambah-tambah dia makan. Siap puji tak habis-habis. Katanya sedap lagi dari di kedai... Nampak tak Mamanya kembang kuncup hidung bila kena puji... (^_^) Bila nampak ikan ni atas meja makan sebelum buka puasa tu dia asyik turun naik tangga ke bilik Mak Ngahnya sambil cakap, "Mama masak special hari ni..." (>_<)