Assalamualaikum dan salam singgah...
Ooo ya.. Adam Faris masih minum susu botol.. :p |
Ooo hari ni encik hubby balik dari Mesir... Katanya sampai Kuantan dalam jam 11 malam... Hm.. tapi bukan itu yang saya nak cerita... :p Nak cerita tentang keletah anak bujang saya... yang dah semakin pandai mendesak!!
Hari ni saya masak sayur campur + begedil ayam + sambal ayam. Disebabkan saya seorang dan tak mahu anak-anak mengganggu di dapur, saya masakkan kentang goreng untuk mereka. Saya cuma buat dua biji kentang yang bersaiz sederhana... dah siap, saya letak dalam bekas dan mereka berkongsi makan...
Sambil-sambil mereka makan, saya siapkan apa yang patut di dapur... Tak lama kemudian... Faris masuk dapur dengan bekas kentang goreng yang dah kosong...