Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Wednesday, September 28, 2011

Nak Kentang, Bukan Tangan...!!!

Assalamualaikum dan salam singgah...

Ooo ya.. Adam Faris masih minum susu botol.. :p
Ooo hari ni encik hubby balik dari Mesir... Katanya sampai Kuantan dalam jam 11 malam... Hm.. tapi bukan itu yang saya nak cerita... :p Nak cerita tentang keletah anak bujang saya... yang dah semakin pandai mendesak!!

Hari ni saya masak sayur campur + begedil ayam + sambal ayam. Disebabkan saya seorang dan tak mahu anak-anak mengganggu di dapur, saya masakkan kentang goreng untuk mereka. Saya cuma buat dua biji kentang yang bersaiz sederhana... dah siap, saya letak dalam bekas dan mereka berkongsi makan...

Sambil-sambil mereka makan, saya siapkan apa yang patut di dapur... Tak lama kemudian... Faris masuk dapur dengan bekas kentang goreng yang dah kosong...

"Mama, nak lagi..." sambil hulurkan bekas kosong tu + terjengkit-jengkit tengok apa ada atas dapur gas.. Dalam hati... Alamak, nak lagi pulak!! Dah la kena kupas sendiri, nak kena potong lagi.. goreng lagi... lauk-lauk yang nak dimasak pun tak siap lagi... Lambat la cam gini...

"Nak lagi?!" tanya saya minta kepastian... Faris angguk, kemudian keluar dari dapur sambil cakap...

"Cepat sikit mama... Ayies lapar ni..." lagi la kelam kabut mamanya ni.. tak tau mana nak buat dulu.. siapkan lauk-lauk atau masak kentang goreng?!? Adoih!! Terus capai kentang lagi dua biji, kupas, potong panjang-panjang dan goreng... Tiba-tiba Faris jerit dari depan...

"Cepat la mama..." dari dapur saya jawab balik...

"OK... sekejap..." sambil kelam kabut goreng kentang tu... Tiba-tiba Faris masuk dapur...

"Cepat mama... Lambat ni..." sambil cekak pinggang... (amboih budak ni...) Tak lama tu dia keluar tengok TV... (Alisya rileks je kat depan TV tu..) dari depan TV tu dia jerit...

"Mama... cepat la... Ayies nak makan ni..." kemudian saya jawab..

"Tunggu la kejap... mama ada dua tangan je ni..."

"La... cepat la... BUKAN NAK TANGAN... NAK KENTANG JE...."

Aik?!? Motif?!
Hahahahahahahah...


Moral of the story: Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh anak-anak... and slowly ajar mereka tentang simpulan bahasa yang mudah-mudah... supaya mereka faham apa yang kita maksudkan... :p



2 comments:

  1. hahaha. kecik2 da pandai buat lawak anak madam ni. ;p comell!

    ReplyDelete
  2. kan syue.. hahahha tah pape... :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...