Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, May 12, 2020

Biskut Nestum


Taklah rajin nak buat biskut raya pun. Tapi Alisya ni dok sebut nak biskut sarang semut raya nanti. Semalam abahnya dah cari bahan biskut sarang semut tu. Tapi chocolate rice tak ada pula. Jadi tak dapatlah nak buat.   
Hari ni dia tanya lagi, 'boleh tak kita buat biskut raya... apa-apa biskutlah'. Tengok nestum ada banyak, bolehlah buat biskut nestum. Buat tak banyak pun. Satu adunan je. Dapatlah satu bekas saiz sederhana tu. Tapi rasa tak sempat raya habis tu. 😅 

Konon nak terap pakai acuan... dok cari roller nak canai doh tak jumpa. Maklumlah, barang jarang pakai, memang tak jumpalah... Pakai garpu je la senang. Pun boleh... Asal Alisya happy dapat buat biskut raya. Mujur dia tak buka puasa, sebab bau nestum semerbak dalam rumah. 

Nah, resipi kot ada sesiapa nak buat. 


BISKUT NESTUM 
250gm buttercup 
3/4 cawan gula 
1 biji telur 
1 penutup esen vanilla 
2 cawan tepung gandum 
1 cawan tepung jagung 
2 cawan nestum 

1. Pukul gula dan buttercup hingga kembang. 
2. Masukkan telur dan esen vanilla. 
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga tak melekat ditangan. 
4. Masukkan nestum. Uli lagi. 
5. Bolehlah terap dengan acuan jika mahu. 
6. Bakar pada suhu 180° selama 20 minit, atau sehingga masak.

Selamat mencuba.

Sekejapan je dah 20 Ramadan...

6 comments:

  1. sedap biskut ni sis, suka rasa nestum nya
    saya pun buat tat nenas dgn dak ava tadi, beria-ia nak buat

    ReplyDelete
  2. hmmm sedapnyaaaa. I really love nestum!

    ReplyDelete
  3. budak2 suka biskut apalagi saya hehe. biskut nestum tu saya suka bau nestum dia~

    ReplyDelete
  4. Nampak sedapnya. Also resipi senang to ikut. Boleh guna cornflakes?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je tukarkan Nestum dengan Cornflakes... 😀

      Delete
  5. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...