Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Mohon maaf
sebab dah lama tak update blog ni.. bukan apa... dah tak tahu nak tulis
apa sejak arwah mak meninggal dunia... memang ramai yang nak tahu kehidupan
saya setelah pemergian mak & ayah serta sejak berstatus
isteri... Hm, tak de byk bezanya... Kehidupan masih seperti biasa...
Terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang diri saya... terima kasih banyak-banyak...
Semalam merupakan genap 100 hari mak meninggalkan kami adik beradik...
Rindu?! Memang rindu... lebih-lebih lagi bila tibanya Hari Ibu... Biasanya saya
akan membelikan hadiah buat arwah mak... Bukan bermaksud pada hari
ibu saja baru nak hargai mak atau nak hadiahkan something pada hari
tersebut.. cuma... rasa excited bila mak pun tahu hari tersebut adalah
Hari Ibu. Hakikatnya hadiah yang paling bermakna buat seorang ibu
adalah kasih sayang, perhatian, kejayaan, keikhlasan dan sebagainya..
Cuma sambutan Hari Ibu merupakan bonus bagi semua ibu...
Hadiah
terakhir saya pada mak tahun lepas adalah set pinggan mangkuk yang berwarna
merah jambu... Merah jambu bagi menzahirkan rasa sayang pada arwah
mak.. Hm, mak memang sukakan pinggan mangkuk... Buka saja almari dapur..
pasti ada pelbagai jenis pinggan mangkuk yang dibungkus kemas oleh
arwah mak... Bila ditanya kenapa banyak sangat pinggan mangkuk...
Arwah mak
akan jawab "senang nanti kalau buat kenduri... tak payah nak
pinjam dari orang.." Hadiah yang saya berikan tidak dipakai oleh arwah
mak, sebaliknya disusun dalam almari kaca... Kata mak, sayang nak
pakai... Dan sekarang saya yang gunakan set yang dihadiahkan kepada mak
tu... Setiap kali makan... teringat akan masakan arwah mak...
Kami sedang merancang untuk mengadakan kenduri tahlil buat arwah ayah, mak, abang Rudi, atuk Sahar serta semua sanak saudara yang telah kembali ke
Rahmatullah... dalam masa yang sama, batu nisan arwah mak akan
'dinaikkan'. Tarikh... masih blum lagi ditetapkan.. InsyaAllah mungkin
minggu depan.
Kehidupan
kami adik beradik... macam biasa... tetap tinggal di bawah satu
bumbung (kecuali abang sulung - tinggal Rawang)... Memandangkan
semuanya bekerja, kami hanya bertemu pada sebelah malam... Tang
makan.. hm, semuanya sendirian berhad... kami hanya akan masak pada hujung minggu... kalau weekdays.. biasanya sebelum balik rumah, kami
memang dah siap makan di luar.. maklum la.. dah balik kerja, penat.. tak de
siapa nak masak...
Hm...
lain-lain? Semuanya macam biasa... yang hidup.. teruskan kehidupan kerana kita juga akan menyusul kemudian... Al-Fatihah buat semua kaum
muslimin dan muslimat yg telah kembali ke Rahmatullah...
"Kau
ampunilah dosa-dosa mereka ya Allah, lapangkanlah kubur mereka,
terangilah kubur mereka & jauhilah mereka dari azab kubur...
Tempatkanlah mereka di samping orang-orang yang beriman... Amin..."