Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, March 14, 2011

'asleenda 1st Give Away'

Assalamualaikum & salam satu Malaysia,

Ini adalah percubaan kedua saya setelah percubaan pertama menyertai Blog Contest terbatal... huhuhu sedih... sedih... jom try yg ni pulak... tarikh tutup 8 April 2011. Saya nak tag: Cik Yuzieta dan Puan R.T.N.Y



Friday, March 04, 2011

Saya Sayang Blog Saya...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah ,

Satu ketika dulu, (ketika blog ini ditubuhkan - tahun 2004) saya jadikan blog ini hanya sebagai ruang untuk saya mencoret perkara-perkara yang berlaku dalam hidup saya... kerana saya memang suka menulis... Pendek kata... ketika itu, blog ini dijadikan sebagai tempat saya menyimpan segala kedukaan dan kegembiraan... 

Saya juga tidak pernah terfikir untuk menambah (add on) apa saja widget dan features kepada blog ini... kerana saya rasa biarlah ia dalam keadaan default... yang penting, saya menggunakannya sebagai teman penting dalam hidup saya... ibarat tradisi, si diari...

Sebenarnya saya tidak pernah terfikir untuk membaca semula apa yang telah saya tulis di dalam blog ini... kerana, saya berpendapat blog ini adalah salah satu medium untuk saya release tension... Segala perkara dan masalah "diadukan" di sini... dan sebaik sahaja dipostkan, seolahnya saya telah 'terlepas' daripada memikirkan perkara atau masalah tersebut... 

Namun kini, keadaan itu sedikit berubah... Saya terdetik untuk menggunakan segala kemudahan yang ada dalam blog, seiring dengan rakan-rakan blogger yang lain... Setelah hampir tujuh tahun blog ini dalam keadaan default, saya mencari ruang agar ada kesempatan untuk ditambahkan beberapa perkara ke dalamnya... 

Yang latest saya masukkan features LinkWithin. Dan dari situ saya boleh lihat akan segala apa yang ditulis di dalam blog ini, yang sebenarnya saya sendiri tak sangka saya menulisnya... Segala kegembiraan, kedukaan, keperitan saya ada di sini... 

Saya memang seorang yang pelupa... lebih-lebih lagi apa yang melibatkan nombor... especially date! (tak percaya boleh tanya encik hubby saya... dia selalu kecik hati bila saya tak ingat akan tarikh perkenalan kami... tarikh tunang kami, tarikh nikah kami... tapi encik  hubby, begitu sabar dalam mengingatkan saya..) 

Bila saya ada peluang membaca previous posts saya... saya rasa amat terharu... Sedih bila baca posts tentang mak, ayah dan ayah mertua saya... sangat gembira dengan posts tentang perkembangan kelahiran anak-anak saya... juga suka duka dan perit mengharungi pelbagai perkara seperti family, persahabatan, kerjaya, motivasi dan apa saja pengalaman dalam hidup ini... Saya sangat terharu kerana saya ada rujukan untuk kamus kehidupan saya... Sungguh, saya sayang blog saya...!!!

Kepada semua yang pernah hadir dalam hidup saya... kalian telah mencipta dan mewarnai kehidupan saya... Terima kasih banyak-banyak... Kepada semua yang sudi membaca... saya sangat-sangat menghargai masa anda... Jika ada yang baik di dalam blog ini dalam kehidupan anda, jadikan ia sebagai pedoman... Semoga ada perkara yang boleh dishare dari blog ini... Saya masih lagi mencari ruang agar dapat menambahbaik blog ini... Terima kasih semua...  ;-)
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...