Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, November 17, 2014

Posto! Posto! Hehe...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sabtu lepas, masa kami baru balik dari Pantai Puteri, Melaka, kami nampak sekeping kertas warna pink berdekatan dengan motor encik hubby. Mula-mula cuak juga. Ingatkan surat amaran TNB (sebab sebelum tu kami dah dapat surat warna kuning TNB... :p)


Rupanya ada surat dari jiran sebelah kami (jiran baru). Kawan-kawan AF yang dulu Alisha dan Zafran dan berpindah ke Johor. Sejak Alisha dan Zafran berpindah, Alisya selalu sangat tanya, bila rumah tu nak ada orang. Alisya kata dia bosan tak de kawan. Alhamdulillah akhir Oktober lepas dah ada jiran baru...

(Zaman anak-anak kita sibuk dengan gajet... tapi masih ada yang pegang pensel dan hantar surat/posto untuk berkawan... Siapa kata cara tradisional dah lapuk?) 

Memang ramai budak-budak kecil di rumah jiran baru saya tu... Masa mereka mula-mula pindah masuk, Faris dan Alisya ada la "usha-usha" nak kawan. Tapi mereka agak malu-malu. Sekarang ni mungkin dah ready la kot nak berkawan... Tak percaya?! Tengok ni...


Siap ada tempat kosong kena isi tau!! Hehe cute pula saya tengok! Saya dengan encik hubby tergelak tengok surat tu. Lepas tu saya suruh Faris isi tempat kosong tu dan pass semula pada jiran sebelah. Tak lama lepas tu Faris dan Alisya dah boleh borak dan main dengan jiran sebelah.

Sebenarnya, budak-budak kecil di sebelah rumah saya ni adalah cucu-cucu kepada tuan rumah. Keluarganya besar, anak-anak dah besar. Memang meriah rumahnya dengan suara budak-budak ni. 

Ada seorang cucu akak ni, namanya Khalisya, rambut kerinting... Comel sangat! Umur pun sebaya Alisya saya. Budak Khalisya tu, kalau nampak saya di luar, selalu tegur saya.

"Makcik sihat?"
"Makcik dah masak?"
"Makcik dah makan?"
"Makcik makan apa tadi?"
"Makcik nak pergi mana?" (bila dia nampak saya start engine kereta)
"Makcik buat apa tu?"
"Abang mana makcik?" (tanya Faris mana)
"Makcik dengar baby Adam nangis?" (saya tak sure baby Adam tu adik dia or sepupu dia... maklum la... ramai orang keluar masuk rumah tu... saya pun tak cam... maklum la keluarga besar...)

Kemain la banyak soalan dia... tapi dia memang cute sangat. Nanti ada masa/peluang saya ambil gambar Khalisya, cucu jiran saya.


Nota kaki: Masa encik hubby saya pergi Jepun selama seminggu bulan lepas, tak de la saya rasa takut sangat. Sebab anak-anak jiran saya akan duduk depan rumah sambil main gitar dan berbual... Alhamdulillah... Itulah salah satu hikmah berjirankan?!

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


20 comments:

  1. Kalau pandai berjiran tak hairan akan disayangi jiran juga.
    Alisha dan Faris pun bagus melayan juga.
    Anak-anak pun sebenarnya ikut apa tindakan ibu-bapa.
    Baik ibu-bapa baiklah anak.. biasanya macam itulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah anak2 saya sangat peramah... kalau dengan budak2 sebaya mereka... cepat je mereka nak berkawan... :)

      Delete
  2. as salam sis....
    lama kan me tak menjengah sini hehehehehhe...
    skarang akak muncul kembali....
    untuk brapa lama ntah ler....

    soklan mcm kena soalsiasat polis hehehehhehe...
    comei kerenah budak2 ni...
    dapat jiran baik-baik memang terasa syukur sangat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la... saya pun dah lama tak ke blog rasp... hari tu sebulan juga mogok update n blogwalking... huhu

      Mmg betul la... budak tu mcm polis pulak... hahahaha tp saya pun suka melayan... :p

      Delete
  3. cutenya siap bersurat bagai
    teringat zaman saya kecil-kecil pula

    peramah anak jiran akak tu ye
    boleh bayangkan betapa comelnya dia dengan keriuhan mulut tu =)

    betullah tu kan, jiran ni adalah orang paling dekat nak minta tolong =)

    ReplyDelete
  4. Haha! anak buah saya dapat surat cinta hari tu. siap ckp "tolonglah terima saya" lagi. adoii budak budak..

    ReplyDelete
  5. Salam pkenalan...

    Sy uda gak...hee3...best gak kalu dpt kejiranan yg mesra ni tp skang ni ramai gak jiran yg buat hal masing2 je kan...

    ReplyDelete
  6. Salam kak.. Seronok nye ada lagi kan zaman tulis2 surat ni.. BTW anak sy masih bayi.. tapi risau pulak if xde kawan plak bila dah besar sikit.Sy duduk rumah apartment.. jarang bertegur dgn jiran even dh setahun lebih duduk situ.. adalaa tegur tegur biasa.. =( nak bg berkawan pon takut jugak aktiviti tak sihat.. adehhh..

    ReplyDelete
  7. hahhahaha....cute sungguh laa surat tu...pink lagi...salam kenal...terima kasih sudi singgah blog sy n follow (^_^)

    ReplyDelete
  8. Budak2 klu dah biasa berkwn tu,memang sunyilah klu xde kwn2....seronoklah si Faris dan Alisya dah ada kwn baru sbgi penganti kwn yg dah berpindah tu.

    ReplyDelete
  9. Pandai budak2 tu nak mula berkawan.. siap hantar surat lagi.... Memang rasa cute sgt2....
    Peramahnya Alisyah kuasa dua tu.... Ingat tau, jangan lupa letak gambar dia kat blog ni... Aunty pun nak berkenalan :)

    ReplyDelete
  10. Salam...
    Dah lama tak jengah kesini dah lama tak dengar cerita orang sini...

    Alisya dan Fariz dah ada kawan baru ekk?..

    ReplyDelete
  11. waahh..mcm2 cara budk2 ni hulur salam kenal yea..xpelaa..akhirnya berkawan kan

    ReplyDelete
  12. Itulah kemanisan benda old school kan? benda old school ni lah satu kenangan manis yang diorang akan ingat bila diorang dah besar nanti.... tul tak?

    ReplyDelete
  13. Kalau anak2 jiran sy suka jgk dtg tepi pagar, bg salam ajak main. Tp time tu kdg2 time panas or nk hujan. Mmg x bg la. Anak2 fhm tp ada masanya buat2 x fhm. Huhu..m

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la sal ya... anak saya kalau nak main... panas hujan pun tak kira dah.. yg penting dpt main...

      Delete
  14. alahai byk soklannya pda makcik ye.umur berapa kak?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...