Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Tuesday, January 13, 2015

Alisya Mula Sekolah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Petang semalam baru kecoh-kecoh pi Tadika yang dekat dengan rumah ni. Kami belum daftarkan Alisya di mana-mana tadika sampailah first day start sekolah ni. 

Macam biasa Alisya yang rajin nak pergi sekolah ni asyik dok tanya bila nak pergi sekolah. Maklumlah, sibuk berkemas lepas pindah hari tu, memang tak sempat nak uruskan sekolah Alisya.

Kisahnya semalam lepas hantar Faris di sekolah dalam jam 3 petang baru bawa Alisya ke Tadika yang kami nak hantar tu... Bila tanya masih ada kekosongan ke tak... cikgu di situ cakap, dah penuh. Ada satu tempat pun, reserve untuk orang yang daftar online.

Alamak, habislah... Mana pula nak hantar Alisya ni? Bila dapat arahan pindah last minute memang tak sempat nak cari sekolah Alisya. Bila cikgu cakap tak de tu, puas saya fikir mana lagi ada Tadika. Seingat saya, kalau ada pun dah taman lain. 

Saya dok fikir biar dekat, senang saya nak adjust masa nak hantar dan ambil anak dari sekolah. Alisya sekolah pagi, Faris pula sekolah petang. Dan sekolah Faris kena keluar ke jalan besar. Maklum je la, dah duduk KL ni... Mana-mana pun sesak.

Cikgu tu bila tengok saya dan encik hubby dok fikir-fikir mana nak hantar, dia pun cakap, "tak pe la, bagi saya borang tu dulu... (sebab saya dah siap isi borang daftar). Orang yang daftar online tu kata nak datang hari ni (hari pertama sekolah tu). Misal kata dia tak datang, saya mesej Puan malam karang."

Malam tu dapat Whatsapp dari cikgu tu... Katanya Alisya boleh datang daftar, sebab orang tu tak datang. Alhamdulillah... Alisya bukan main seronok lagi. 

Macam biasa, menguruskan Alisya untuk ke sekolah sangat-sangatlah senang. Tak menangis pun. Sebaliknya tak sabar-sabar nak sekolah.

Saya harap Alisya ok. Sebab kalau ikutkan, tadika baru dia ni, sistem bukunya tak sama dengan tadika lama dia. Harap Alisya tak keliru macam Faris dulu.

Moga Alisya dan Faris, mudah belajar di tempat baru. Moga Allah permudahka  semuanya. Amin...

24 comments:

  1. seronoklah Alisya dah boleh pi sekolah kan... comel je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... mmg seronok dpt sekolah semula..

      Delete
  2. Mmg rezeki alisya nmpknya.seronok la dia dpt sekolah. Good girl alisya.blaja rajin2 tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal.. mmg seronok sgt dia PK dpt pi sekolah... jgn abg... meraung sakan... hahahha

      Delete
  3. assalamualaikum...
    seronok tengok mak bapak yang hantar anak ke sekolah terutamanya tadika. muka anak punyalah takut-takut tapi muka mak bapak punyalah ceria....
    'dah sekolah anak ku, rasanya baru semalam aku melahirkannya....' betul tak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam... ha ah betul la tu.... macam tak percaya pun ye jugak.. huhuhu

      Delete
  4. salam kenal dari kaknoor Nora, singgah follow sini..
    belajar rajin2 ya Alisya doa dari kaknoor

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal kak... tq follow... (^_^)

      Delete
  5. Selamat bersekolah Alisya... semoga jadi anak yang baik untuk ibu bapa

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah! lega dapat sekolah kan? Ini lah rezeki. Alahai... Saya pun susah hati. Nak kena berpindah juga. Tapi tak tau bila. Jadi... Susah nak uruskan persekolahan anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida, dulu anak2 belum sekolah ok la berpindah randah... sekarang ni anak2 dah sekolah mmg susah nak urusakan sekolah tu.... uhuhuhu

      Delete
  7. wah seronok la alisya kan dapat ke sekolah temui ramai kawan baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok la dia... dia ni memang suka pegi sekolah...

      Delete
  8. Senang kalau dapat budak yg suka gi sekolahkan NK.Tak yah susah susah nak paksa. Baguslah Alisya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul tu okje... mmg senang nak uruskan dia... semuanya senang...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...