Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Monday, January 12, 2015

1st Day Faris @ New School

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah first day Faris di sekolah baru tiada drama air mata... Phew! Rasa tersangat lega di situ... (^_^)

Kalau tahun lepas 6 bulan yang pertama memang agak mencabar. Sebab hari-hari bila ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama, Faris menangis dan meraung sekuat-kuat hatinya. 6 bulan terakhir, baru la dia ok sikit, walaupun abahnya kena tunggu di luar sekolah setiap hari ketika perhimpunan pagi hingga dia masuk ke kelas. Abahnya kena buat macam tu sehingga ke akhir tahun lepas.

Kalau tahun lepas sekolah kebangsaan di Melaka, Faris sekolah pagi. Tahun ni di KL Faris sekolah petang. Saya pula yang rasa janggal... Nampaknya timing saya pun kena berubah. 

Lebih-lebih lagitime memasak. Kalau tahun lepas Faris sekolah pagi, bekal dia pun adalah menu makanan pagi... macam nasi lemak, nasi goreng, mee/mihun/maggi goreng, cucur dan roti. 

Tapi bila sekolah petang ni saya kena masak tengah hari awal dari biasa, agar Faris dapat bawa bekal nasi ke sekolah. Masih kelam kabut... tengok dulu seminggu ni macam mana nak adjust masa masak, mengemas dan lain-lain. 

Maklum la... dah duduk dengan adik beradik yang lain, kerja jadi 2 kali ganda. Kain yang dibasuh/dijemur/dilipat jadi 2 kali ganda. Kalau masak pula, dulu untuk 4 orang, sekarang untuk 6-7 orang. Macam tu jugalah kerja-kerja rumah yang lain.

Oh ya, Alisya belum sekolah lagi hari ni... tak tahu lagi tadika mana nak dihantar. So, hari ni Alisya kebosanan di rumah bila abang Faris pergi sekolah. Kerap juga dia buka pintu dan jenguk dari tingkap bilik dan bertanyakan bila abang nak balik. Kesian dia. Tengok petang sikit baru tanya tadika kalau masih ada kekosongan untuk Alisya.

Pautan lain kisah masuk sekolah tahun lepas:



12 comments:

  1. lama-lama tu okey la tu. kelam kabut di awal tahun tu mmg perkara biasa..sama mcm SB juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul la tu... awal tahun mmg kelam kabut sikit... nak2 baru pindah sekolah... lagi la... hehehe

      Delete
  2. perkara biasa bila bertukar waktu ... semoga faris ok sekolah kat kl ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lama lama akan serasi semula

      Delete
    2. Tq CM and aRz... harap2 gitu la...

      Delete
  3. insya allah, segalanya akan dipermudahkan kelak...caiyok faris!

    ReplyDelete
  4. wah seronok nampak gaya nak ke sekolah tu. adik tercari abang la yer.
    selamat mengurus masa kak nora

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la arz... harap2 dia serasilah dengan sekolah baru dia tu... tq arz...

      Delete
  5. NK duduk dgn adik beradik ke?
    Biasalah NK ......tempat baru, suasana pun baru, mestilah ambik masa utk sesuaikan diri. Harap betahlah duduk KL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah okje... duduk dengan adik beradik lain di rumah pusak arwah mak dan ayah.... sambil2 tu mencari la juga rumah... huhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...