Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Sunday, March 27, 2016

Makan Tangan Kananlah!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Selalu kalau duduk di kedai makan, Alisya mesti marahkan Abang dia... Dia cakap, "kenapa Abang ni asyik makan dengan tangan kiri? Orang makan dengan tangan kananlah?"

Abang jawab, "ni tangan kananlah ni, Alisya duduk situ memanglah sebelah yang ni (sambil angkat tangan kirinya)"

Balas Alisya, "eh tak... Alisya makan tangan kanan... tengok Mama pun sama tangan kanan, (sebab saya duduk di sebelahnya) Abang je tangan kiri... eeii, cikgu cakap siapa makan dengan tangan kiri, dia sama dengan syaitan!"

"Betullah ni tangan kanan Ayies... Alisya duduk kat situ memanglah... ha tengok kalau Ayies pusing macam ni... (sambil pusingkan badan dan angkat tangan kiri dan kanannya) kan sama tangan Ayies macam Alisya tu!"

"Tak, Abang makan tangan kiri, kan Mama...?" (tak puas hati dengan jawapan Abangnya...)

"Betullah tu tangan kanan Abang, kalau Alisya duduk tempat Abang sekarang ni tangan ni la juga Alisya pakai untuk makan (sambil tunjuk tangan kanannya)".

"Ish Mama ni!!!" 

Terus Alisya masam muka, marah sebab dia ingat saya sebelahkan si Abang. Padahal dia yang tak faham konsep bila duduk berdepan... Tak pe lah slowly kamu bisa faham ya...

NK
Jenuh nak explain!

9 comments:

  1. Lama2 nanti fahamlah dia tu.. ;

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal... tapi nak explain tu mmg jenuh.. huhuhu

      Delete
  2. Alisya keliru tu...dah makan bertentangan seperti tangan sebelah lain dah jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal dia tak faham konsep lg tu... hehehe

      Delete
  3. ha ha ha...
    a great learning moment nih :)

    ReplyDelete
  4. heheheh kompius tu...x pe lelama akan fhm...

    ReplyDelete
  5. Bestnya benda ni.teruja kite...hihi...untuk umur berapa ya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...