Nuffnang Ads

Kuih Raya! (^_^)

Agoda Ads

Friday, May 19, 2017

Resah Nak Periksa...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sekarang ni minggu examkan?! Moga anak-anak saya dan anak-anak anda dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan. Moga semuanya dapat keputusan cemerlang. InsyaAllah, Amin...

Cikgu kelas Alisya kongsi gambar ni semalam.
Alisya baris pertama, duduk belakang sekali.

Selasa lepas, masa balik sekolah, Alisya beritahu saya yang dia tak nak pergi sekolah lagi.

Bila saya tanya, "kenapa?", Dia cakap periksa nak dekat, dia takut tak dapat 100 markah dan akan dipindahkan kelas. Kesian dia, tekanan hadapi peperiksaan besar (Darjah 1) pertama kali.

Saya: Tak pe kalau kena pindah kelas pun. Yang penting jawab je periksa macam yang Cikgu dah ajar dalam kelas. Dah belajar, usaha, doa lepas tu tawakal.

Alisya: Alisya tak pandai doa...

Saya: Doa je apa-apa. Allah dengar. Macam, "Ya Allah, mudahkanlah Alisya jawab soalan periksa" atau "Alisya takut lupa... ya Allah ingatkan Alisya" atau apa-apa je lah yang Alisya nak, minta pada Allah.

Tapi saya tengok Alisya memang nampak sangat stress hari tu. Mungkin sebab Cikgu ada ingatkan yang periksa nak dekat.


Saya: Alisya nak jalan-jalan?

Angguk.

Saya: Kita pergi Giant sekejap boleh?

Angguk.

Terus saya bawa dia ke Giant. Kebetulan masa jalan-jalan dalam Giant tu ternampak kiosk wakaf Al-Quran dan Telekung untuk fakir miskin dan anak-anak yatim.

Alisya: Ma, ada orang jual Al-Quran.

Saya: Quran tu tak jual... itu kita bayar untuk dihadiahkan pada orang miskin dan anak-anak yatim. Alisya nak sedekah?

Alisya: Tapi Alisya tak bawa duit.

Saya: Mama bayarlah. Orang yang banyak sedekah, Allah bagi banyak pahala... rezeki bertambah. InsyaAllah, Allah boleh bantu Alisya senang jawab periksa.

Sampai dekat kiosk tu, saya suruh Alisya pilih nak sedekah telekung atau Al-Quran. Dia pilih telekung. Saya suruh dia tulis nama dia dan abangnya. Lepas tu saya bagi RM20 pada Alisya untuk bayar pada abang yang jaga kiosk tu. (Satu nama pewakaf, RM10)

Abang kiosk: Alhamdulillah, terima kasih Alisya, pakcik terima duit wakaf ni untuk fakir miskin dan anak yatim. Moga Allah limpahkan rezeki yang banyak untuk Alisya dan keluarga.

Alisya: Alisya nak periksa tak lama lagi...

Abang kiosk: Pakcik doakan... Allah mudahkan Alisya jawab periksa, dapat keputusan cemerlang... berjaya dunia akhirat. Amin... Amin... Amin...

Saya dan Alisya: Amin...

Rasa nak menitik air mata. Dengar abang tu doakan untuk Alisya. Lepas daripada tu terus ceria muka Alisya. Muka pun dah senyum. Tak sebut lagi pasal risau nak periksa. Alhamdulillah.

Nora Karim
Pernah duduk kelas belakang.

11 comments:

  1. lahai... baru darjah 1 bila cikgu kata periksa msti dia dh risau pkr mcm2 kan... benda baru

    mmg nampak stress betul alisya, nsb lah lps bersedekah tu dia mcm dh rasa lega yek... bdk2 ni jujur2... senang di bentuk

    moga alisya dpt jwb soalan ngn mudah

    ReplyDelete
  2. Allahu Akhbar. Semoga dipermudahkan segala utk kakak dan anak2. Iya kan kakak. Kuasa sedekah/waqaf ni besar. In shaa Allah

    ReplyDelete
  3. selamat berjaya alisya dan faris

    ReplyDelete
  4. Semoga Alisya dapat keputusan yang cemerlang....insyaallah.
    Pelajaran skg sudah semakin sukar...kesian anak2 tahap satu yang baru melangkah alam persekolahan yang sebenar.

    ReplyDelete
  5. Aduhhh OKje yg baca ni pun rasa bergenang air mata NK...
    Rasa sayu pulak. Kesian Alisya sampai stress mcm tu. Nasiblah ada mama yg pandai tenangkan...

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan dan dpt result yg baik..😊

    ReplyDelete
  7. saya yang membaca pun bergenang airmata stress ya anak2 sekarang bila nak exam, takut bertukar kelas. moga anak2 kita berjaya dalam exam kali ini

    ReplyDelete
  8. cikgu2 mcm sy pun stress sbb kena menanda skrip jwapan yg bertimbun tu...

    ReplyDelete
  9. Macamana ni Nora baru Tahun 1 dah pandai stress? Tapi takpalah kalau mudah nak memujuknya supaya jangan stress-stress sangat. Rileks minda, Alisya. Sesekali tak dapat 100 pun takpa. Yang penting dah berusaha sedaya-upaya bukan tak bersedia langsung.

    ReplyDelete
  10. Peperiksaan zaman sekarang menakutkan... Nampak anak-anak kita tertekan.. kesian anak-anak kita..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...