Nuffnang Ads

Kuih Raya! (^_^)

Agoda Ads

Friday, May 12, 2017

Bila Anak Bertanya Tentang Sumayyah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Semalam, masa dalam perjalanan nak ambil Faris balik sekolah dengar CD kompilasi terbaik Hijjaz. Sampailah track 11, lagu Sumayyah. Di bahagian chorus, Alisya ikut nyanyi. Lepas tu dia tanya:

Alisya: Kenapa Sumayyah kena bunuh Ma?

Saya: Sebab pertahankan Iman dan Islam.

Alisya: Siapa yang bunuh?

Saya: Orang kafir... ketua dia Abu Jahal.

Alisya: Kafir tu apa?

Saya: Orang yang tak mengaku Allah sebagai Tuhan dan Muhammad sebagai Rasul.

Alisya: Mesti teruk dia kena bunuhkan?

Saya: Kenapa?

Alisya: Ye la sampai jadi lagu Hijjaz nyanyi ni.

Saya: Masa tu bukan Sumayyah je... Tapi suami dia dengan anak dia... Tiga-tiga kena ikat dekat batu, kena seksa bawah panas matahari. Lepas tu kena paksa untuk sembah berhala.

Alisya: Berhala tu apa?

Saya: Berhala patung-patung besar. Orang Arab masa tu percaya patung tu Tuhan dia. Bila Sumayyah tak nak sembah berhala... dia terus kena seksa... sampailah dia kena bunuh.

Alisya: Kesian Sumayyah Ma...

Saya: Kesiankan...? Tapi dia dapat masuk Syurga.

Alisya: Macam mana dia boleh masuk Syurga?

Saya: Dia mati sebab pertahankan Iman dan Islamkan. Dia memang percaya dan yakin dengan Allah dan Nabi SAW. Mati syahidlah...

Alisya: Ooo... untunglah Sumayyah Ma, mati boleh terus masuk Syurga. Kita nanti mati dapat tak masuk Syurga?
 
https://goo.gl/QWOymF
Saya: Itulah, untung Sumayyah... Kalau kita doa banyak-banyak, solat, puasa, baca Quran, buat baik, insyaAllah dapat masuk Syurga. Selain Sumayyah, ada lagi perempuan yang hebat... macam Asiah, Mariam... ha Nusaibah... Nusaibah tu umur 60 lebih pun masih pergi perang tau! Tapi nanti la Mama cerita. Sebab tak dapat beli lagi buku Nusaibah.

Alisya: Nanti Mama dah beli, baca lepas tu cerita kat Alisya tau. Alisya nak tahu.


Nota kaki: Semalam birthday Alisya tujuh tahun... Moga Alisya mudah menerima ilmu dari para guru, sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan usia, sentiasa dimurahkan rezeki, menjadi anak yang berbakti pada Mama dan Abah serta bermanfaat pada Ummah.  



💜 Nora Karim 💜
Rasanya umur 7 tahun masih sibuk main baling selipar lagi.

13 comments:

  1. Allahu, Alisya anak hebat. Moga jadi anak yang solehah. :')

    Cerita Sayyidah Nusaibah tu pun sangat best dan memberi inspirasi sangat. Alisya mesti suka. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... terima kasih Fatihah atas doanya.

      Itulah tak sabar dia nak tahu pasal Sayyidah Nusaibah tu...

      Delete
  2. Amin,,moga jadi anak solehah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... terima kasih atas doanya LA :D

      Delete
  3. Anak-anak sekarang memang bijak-bijak... mereka cepat memahami dengan apa yang kita ajarkan. Moga Lisya jadi wanita yang hebat dewasa nanti.

    ReplyDelete
  4. subhanallah solehah girl alisya.. thumbs up mama alisya kerana membesarkan alisya menjadi anak bijak lagi solehah!

    ReplyDelete
  5. Anak2 sekarang memang bijak..so ibubapa pun perlu banyak tambah ibu.saya sekarang tengah usaha utk jwb x tahu bila ank2 bertanya.takut nanti bila pergi sekolah..itu jawapan yg ank2 bg bila cikgu tya

    ReplyDelete
  6. Nusaibah, I never heard of the name. Boleh dijadikan calon nama untuk bakal anak perempuan kemudian :D

    I've always like the name of Sumaiyyah and her history. Memang terasa whenever orang bercerita kesusahan yang menimpa beliau sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. Happy Bezday Alisya....semoga makbul doa mama.
    Lain pulak muka masa baby dengan muka masa meniarap tu NK....

    ReplyDelete
  8. anak-anak sekarang semakin bijak dan semoga Alisya menjadi anak yg solehah

    ReplyDelete
  9. selamat hari lahir alisya..walau terlambat acik ucapkan.

    moga Alisya jadi anak solehah berjaya dunia & akhirat

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...