Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Friday, May 05, 2017

Bila Kena Tegur Dengan Anak...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alisya si anak bertuah ni dah pandai "tegur" Mama dia tau...

Tadi masa nak makan tengah hari saya sendukkan nasi putih untuk Alisya. Hari ni saya masak lauk kegemaran dia, kurma ayam.

Dia nampak saya buka bungkusan nasi lemak yang saya belikan untuk encik suami saya pagi tadi. (Nasi lemak yang saya beli biasanya diasingkan sambalnya, jadi insyaAllah masih boleh dimakan tengah hari tu).

Encik suami saya demam panas, dia tiada selera untuk makan. Jadi, saya makanlah. Takkan nak buangkan? Sayang je...

Alisya: Kenapa Mama makan nasi lemak? Makan nasi putih la sedap dengan kurma ayam.

Saya: Ni ha... Mama beli nasi lemak pagi tadi. Abah la ni tak makan pun. Membazir je...

Alisya: Haih, tak baik marah... Suamikan?! Lagipun Abahkan tak sihat.

* Rasa macam kena tampar pula* Hahaha...

Saya: Ye la, ye la... bukan marah, Mama bagitau je. Nanti Mama nak ambil abang, Alisya tunggu dekat rumah, tengokkan Abah tau.

* terus tukar topik, sebab malu kena tegur dengan anak 😜 *

Alisya: Demi Abah... Alisya tahulah.

Kalau dah lauknya kurma ayam,
memang bertambah-tambah dia makan.

Pada firasat saya, mungkin Alisya akan tidur masa saya pergi ambil Faris petang tu. Sebab encik suami saya dah lena lepas kena inject dan makan ubat.

Sekali saya balik, tengok Alisya masih berjaga. Sambil main mainan dia.

Saya: Mama ingat Alisya tidur, masa Mama ambil abang.

Alisya: Kan Alisya jaga Abah.

Saya: Abah dah bangunkan tadi? Kenapa Alisya tak tidur?

Alisya: Tak tidurlah. Mana tahu Abah nak apa-apa nanti boleh Alisya ambilkan. Nak air ke, nak makan ke...

* Alololo baiknya dia... memang betul-betul dia jaga Abah dia. Semalam masa Abahnya mula demam, dia yang bagi Abah dia termometer untuk periksa suhu. Siap lapor pada saya. Lepas tu tolong urut belakang Abah. Lepas tu bagi Abah 'ice pack' sebab panas badan Abahnya makin menjadi-jadi. *

Nora Karim
Bukan kali pertama kena tegur dengan Alisya.

6 comments:

  1. Ololo..bijak nya Alisya. Mummy makan supplement apa masa preggy kan dia ek?
    Terkagum AS kejap tau membacanya.
    .
    Jemput baca sini ↘
    http://www.annursyuhadah.com/2017/05/awas-serangan-cirit-birit-pada-kanak.html?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Sangat memahami dan membantu ibu di usia ini..

    Good girl alisya 😘😘

    ReplyDelete
  3. Alisya dah besar dah... Dah pandai

    ReplyDelete
  4. Bijaknya Alisya. Bab tegur sebab marah suami tu terkesan jugak tu. Hihi. Comel je Alisya. Semoga membesar menjadi anak yang baik dan menyejukkan hati mak ayah ye Alisya :)

    ReplyDelete
  5. Comelnya Alisya! Dah pandai menegur mamanya ya! Kalau saya jadi abahnya, demam terus kebah sebab anak ambil berat sangat-sangat ^_^

    ReplyDelete
  6. amboiiiii kemain lg dia yekkkk ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...