Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
27 Januari. Jam 6.55 petang.
Belum pun
sempat saya masuk ke dalam rumah...
"Mama
ada beli minyak Asmak tak? Ayies dah batuk makin teruk ni..."
kata Faris. Sekali-sekala terdengar batuknya.
"Ma,
tadi seronok Ma kelas tarian Alisya. Tengok ni, cikgu ajar macam ni,"
sambil tunjukkan step tarian Inang dan Zapin, yang baru diajar oleh
gurunya di sekolah.
Bukan main seronok, jadi antara yang terpilih. |
Allahuakbar,
berebut-rebut Faris dan Alisya nak cerita apa yang berlaku pada
mereka hari ini.
Kepala saya sakit.
Barangkali banyak input yang saya terima dari bengkel penulisan yang
saya sertai.
Dah nama bengkel penulisan, kenalah menulis 😅 |
Atau mungkin
juga kerana menghadap kesesakan lalu lintas di MRR2 dalam perjalanan
balik tadi.
Faris dah
ambil tempat di hadapan TV. Menyambung tontonannya yang tergendala,
kerana menyambut saya yang baru pulang.
Alisya terus
membontoti saya. Saya ke dapur, ikut. Saya ke bilik, ikut. Saya masuk
bilik air, dia siap pesan jangan lama-lama sebab hendak sambung
tunjuk step tariannya.
Saya solat
Maghrib, dia tunggu. Elok saya beri salam, terus menderu-deru cerita
sehariannya di sekolah diceritakan kepada saya.
Menghadiri bengkel dari
jam 9 pagi hingga 5.30 petang cukup memenatkan.
Otak letih.
Badan lesu.
Kalau boleh rasa nak
berkurung dalam bilik. Kunci. Rehat.
Tapi...
Sedaya upaya saya
mendengar dengan tekun cerita anak-anak. Menunjukkan rasa teruja dan
simpati. Memuji dan memujuk mana yang perlu.
Tuan Speaker, Zamri Mohamad. |
Selesai
semua cerita, Alisya tanya...
"Kelas Mama tadi best
ke?"
Saya senyum.
Angguk.
Sambil sapu minyak angin
di dahi.
"Mesti Mama penatkan?
Kenapa Mama tak rehat dulu baru cakap dengan Alisya. Alisya turun
bawahlah," katanya setelah selesai ceritakan semua aktivitinya
di sekolah tadi.
Lalu, adalah sedikit ruang
saya memicit kepala.
Luang masa dengar cerita
anak, biarpun penat. Cerita mereka umpama berita terkini. Jika
disuruh cerita 'nanti'. Cerita itu sudah pun basi...