Sedekah, Allah Ganti Dengan Yang Lebih Baik | Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Ini anak saya, Alisya Farha.
Seorang yang sangat berjimat cermat. Jarang membelanjakan wang sakunya di sekolah. Jarang juga membeli benda-benda yang dirasakan tidak perlu.
Dia juga digelar oleh abangnya sebagai 'si kedekut, tahi hidung masin!'
Tapi 'si kedekut' ini tahu ke mana harus dibelanjakan duit simpanannya.
'Si kedekut' ini paling suka bersedekah. Dia sangat istiqamah dalam memberi sedekah.
Setiap hari Khamis, 'si kedekut' ini tidak pernah tinggal memberikan sedekah kepada orang yang menadah tangan di pasar malam yang biasa kami kunjungi.
Apa juga tabung derma yang ada sepanjang pasar malam ini, dia akan masukkan RM1. Nilainya memang tidak banyak, tetapi saya percaya nilai itu sangat menggembirakan hati orang yang menerimanya.
Pernah satu hari, dia terlupa bahawa hari itu hari Khamis. Dia telah kehabisan duit belanja sekolah.
Dalam kereta, dia tanya saya, "mama boleh pinjamkan Alisya duit seringgit-seringgit tak?"
"Nak buat apa? Kalau nak beli apa-apa cakap je nanti mama bayarkan," jawab saya.
"Er tak... bukan nak beli apa. Alisya nak bagi sedekah dekat pasar malam tu. Alisya lupa hari ni hari Khamis. Dekat sekolah tadi, Alisya sedekah RM1 dekat kawan Alisya sebab mak dia lupa nak bagi duit belanja," jelasnya.
"Sedekah? Kenapa bukan bagi pinjam?" soal saya.
"Kalau Alisya kata pinjam, nanti dia kena bayar balik, Alisya tak dapat pahala. Kalau Alisya kata sedekah... dia tak payah bayar balik, Alisya dapat pahala. Lagipun, kalau nanti mama terlupa nak bagi Alisya duit belanja, mesti Allah gantikan siapa-siapa untuk sedekah dekat Alisya pula...."
Allah...
Sentap!
Malu!
Segan!
Nora Karim
Saya yang ajar dia supaya selalu bersedekah, tapi saya yang selalu berkira-kira sebelum memberi. Allah... 😓
bgusnya alisha..acik pun xfikir macm alisha..huhu
ReplyDeletesejuk perut akak ngandungkan dia...bagus dia, istiqamah btl dlm bersedekah n ingat betul dia apa akak pesan kt dia
ReplyDeletemmg kita kene ajar psl sedekah ni kan, mcm aiyan pun dana ajar jgk... dgn cara kita buat nnti dia ikut, klu nmpak org minta derma kita bg seringgit or kalu ada tabung kita bg suruh dia masukkan... dia rasa happy
good girl alisya. semoga sikap dan sifat ini terus istiqamah smpi bila2
ReplyDeleteAlahai comelnya Alisha.... Aunty pun tumpang bangga dengan ALisha. Mogga Alisha membesar menjadi anak solehah
ReplyDeletebagusnya alisya :D
ReplyDelete