Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Untungnya
saya bila menulis entri dan kemudiannya fakta dibetulkan oleh pakar dari bidang
yang sepatutnya... ^_^
Sebelum ini, saya ada menulis satu entri tentang Khasiat Buah-buahan Kering... Mungkin atas kekhilafan diri saya, saya telah silap menaipkan fakta pertama, yang saya petik dari rancangan Wanita Hari Ini (WHI) iaitu:
a) secawan buah-buahan kering khasiatnya adalah sama dengan secawan buah-buahan segar.
Fakta yang betul adalah "setengah cawan buah-buahan kering khasiatnya adalah sama dengan secawan buah-buahan segar"
Fakta ini diterangkan secara terperinci oleh Pakar Pemakanan dari Hospital Prince Court, Mushidah Zakiah Mohad Akran (panel yang sama dalam rancangan WHI yang saya tonton) dalam email kepada saya seperti berikut:
"Setengah cawan buah-buahan kering khasiatnya adalah sama dengan secawan buah-buahan segar. Ini kerana buah-buahan kering telah terhidrat dan mengandungi kurang
air berbanding buah buahan segar. Oleh itu, kandungan gula dan nutrisi
lain juga jauh lebih tinggi untuk kuantiti yang sama. Fakta ini amat
penting lebih-lebih lagi untuk pesakit diabetes di mana mereka tidak
sepatutnya mengambil buah buahan kering secara berlebihan."
Saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Pakar Pemakanan Hospital Prince Court, Mushidah Zakiah Mohad Akran yang sudi menghantar email kepada saya bagi membetulkan fakta tersebut... Serious, fakta yang salah akan mendatangkan mudarat kepada sesetengah pihak... So, pencerahan sebegini memang perlu. Terima kasih sekali lagi buat Puan Mushidah kerana meluangkan masa membaca blog saya dan membetulkan fakta. Saya sangat-sangat menghargainya...
Rakan blogger boleh klik pada print screen di bawah untuk membaca email yang dihantar oleh Puan Mushidah kepada saya.
Nota kaki: Blog saya mungkin blog picisan... tapi secara tidak langsung ia mungkin appear dalam carian Google mahupun Yahoo (atau mana-mana enjin carian) bila ada perkataan yang berkaitan dengan carian seseorang. Dengan itu, saya amat berbesar hati jika ada yang perasan tentang kesilapan fakta pada entri-entri saya... Mohon ditegur supaya saya boleh betulkan fakta tersebut... ^_^
* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.