Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, September 25, 2014

Lukisan Dari Hati Alisya...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sejak dua menjak ni, Alisya dah lukis berbentuk... sebelum ni dia hanya buat garisan... Sekarang dah pandai buat bulat, empat segi dan macam-macam bentuk lagi... Jom tengok apa yang Alisya lukis... (^_^)

Comel tak lukisan saya?!
Katanya ni Jarjit (Upin Ipin)... hehe
Ada rupa tak?!
Yang ni pula katanya MONSTER...
Tapi senyum je Monsternya... hehe

Walaupun pegang pensil tak betul lagi... Tapi memang Alisya enjoy melukis je sekarang ni... Kadang-kadang pakai pensil... Kadang-kadang pakai pensil warna... Kadang-kadang pakai pen...

Satu lagi tabiat si Alisya ni... dia akan lukis satu lukisan satu muka surat... dan setiap kali dia habis lukis apa-apa... dia akan cium lukisan tu... Setiap lukisan dia ada nama tau... macam-macam namanya... ada si bulat la, si comel la, si hitam la... macam-macam! Haha comel je tengok...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


17 comments:

  1. Budak2 lebih selesa meluahkan persaannya melalui lukisan....
    Berapa umur Alisha ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bunda... alisya baru 4 tahun...

      Delete
  2. OLOLOOO comelje bunyi bila lukisan ada nama... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal ina... kelakar pulak... yg pelik tu dia boleh ingat nama lukisan yang dia bg....

      Delete
  3. Hihihii pandai alisya..tengok lukisan gini ,ingat plak yg sulong sy..persis sama hobi suka lukis tp yg selalunya lori la yg dilukisnya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila anak dah start melukis mmg seronok... sbb dorang ni ada imaginasi...

      Delete
  4. P/s
    Boleh emel add ke kolamhempedu16@hotmail.com utk penyertaan..

    ReplyDelete
  5. siap cium n bagi nama lagi ... alahai nicenya .

    ReplyDelete
  6. pandai alisya lukis..budak klu minat melukis ni suka imaginasi dan kreatif..lukisan pulak ada nama,mmg comel betul kamu alisya..:)

    ReplyDelete
  7. budak usia ni comel aje aksi mereka kan kak NK
    melukis biasanya adalah cara mereka meluahkan perasaan
    teringat afif yang memang suka melukis

    ReplyDelete
  8. Bestnya ada anak perempuan.. Suka sgt budak budak yg umurnya 1-5 tahun...telatahnya srntiasa mencuit hati

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...