Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Hari dapat gaji ni memang Encik hubby akan bawa saya dan anak-anak jalan-jalan. Dan salah satu tempat wajib kunjung saya adalah kedai buku. Encik hubby pun dah masak dengan perangai saya...
Bila lalu depan kedai buku je dia pun slow, sebab dia tahu saya akan masuk kedai tu. Biasanya saya akan aim buku-buku yang ada diskaun untuk ahli... (Maklumla, saya kena manfaatkan setiap sen yang encik hubby saya berikan...)(^_^)
Kali ni saya beli dua buah buku motivasi kehidupan oleh Nick Vujicic bertajuk Give Me A Hug dan Dream Big.
Subhanallah, buku ini adalah buku WAJIB baca oleh kita semua yang cukup sifat! Menitis air mata ketika membaca chapter 1, Give Me A Hug. Dengan garapan cerita ringkas dan ilustrasi... Makin terasa sampai mesejnya.
Begitu menyentuh hati... Sebab tu saya terus decide untuk beli buku ni dan sambung baca di rumah.
Sampai je di rumah saya terus baca... dari satu chapter ke chapter berikutnya malah hingga habis! Begitu kuat semangat Nick! Saya kongsikan sedikit latar belakang Nick berdasarkan buku ni...
* Disahkan doktor, mengalami phocamelia (lahir tanpa tangan dan kaki)
* Pada usia 16 tahun dia telah berdiri di hadapan beribu-ribu orang dan berkongsi cerita tentang "kelebihan" dalam kehidupannya.
* Pada usia 21 tahun dia telah graduate dalam bidang accountancy dan financial planning.
* Telah merantau ke lebih 14 buah negara.
* Dia mahir dalam berenang, menyelam, bermain bola sepak, bermain golf, main skateboard dan macam-macam lagi!! (yang sebenarnya agak mustahil untuk dilakukan oleh seorang yang tidak mempunyai kaki dan tangan, tapi Nick dah buktikan bahawa tiada yang mustahil)
* Telah berkahwin dan mempunyai anak.
Masa saya baca buku ni, Faris tanya saya... "Kenapa dia tak de tangan dengan kaki, mama? Macam mana dia nak garu belakang kalau dia tak de tangan dengan kaki..."
Oh anakku, mama rasa nak menangis dengar soalan tu... Agak-agaknya apa jawapan yang anda, anda dan anda nak bagi?!
Nota kaki: Buku-buku ini berkulit keras dan berharga RM39.90 setiap satu. Moga kita lebih bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan yang cukup sempurna...
* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.
Masa lalu MPH hari tu okje ada baca buku ni NK.... sangat mengujakan sebab ditulis dlm bahasa yg mudah difahami...
ReplyDeleteGambo dia pun cantik....Tulahkan semangat kental yg dia ada tu .....
kan okje... mmg kagum la dengan semangat dia...
Deletesalam singgah,,lompat dari edisi blog masuk sini :)
ReplyDeletebaca review ringkas pun dah rase mnarik..nak g cari lah jugak :)
Terima kasih imm sudi singgah sini :D
Deletememang best dapat masuk kedai buku ni..antara tempat wajib nak kunjungi ..:)
ReplyDeleteSaya kalai masuk kedai buku, rasa semua nak beli... huhu
Deletesubhanallah..susah nk jawab jika di tanyasoalan begitu
ReplyDeleteTu la... mmg susah nak jawab bila anak dah pandai tanya macam...
Deletekita yg cukup sifat ni pun mesti mempunyai semangat spt nick...
ReplyDeleteBetul tu noe...
Deletesaya mmg sgt suka baca buku biografi cam ni ... Allah tak beri tangan dan kaki tapi Allah beri kelebihan pada bahagaian lain cthnya kebijaksanaan . jadi dia guna otak utk melakukannya ...
ReplyDeleteSetuju dgn vee... setiap dr kita ada kelebihan dan kekurangan... cuma mcm mana cara kita tangani kelebihan dan kekurangan tu...
Deletesaya nyaris nyaris beli buku ni hari tu. tapi terbeli buku lain. next time la, nak kumpul semua buku dia. :)
ReplyDeleteTu la.. kena buat koleksi juga ni... kadang2 kita rasa kita susah... tp kita tak pernah fikir macam mana nak handle susah tu...
Deletekan.. kalau gatal mcm mana.. sandar kt dinding kot ek.. x pon mintak tlg org..
ReplyDeletejumpe gak buku ni..comel illustration dia
saya kagum dengan dia
ReplyDeletesemangat dia, teringat juga dia ada berjumpa seorang
anak doktor di malaysia yang mempunyai masalah yang sama
dia memang seorang yang boleh inspire orag lain
Dream Big.
ReplyDeletesama la..kalau keluar je mesti kedai buku antara tempat wajib singgah..hehehehehe..
ReplyDeletebeliau ni mmg popular di fb..kagum dengan kehidupannya..lagi hebat dr org yg cukup sifat
ReplyDeleteThank konsi tentang buku ni.mila pun nak carilah.nak tumpsng semangat dan motivasi dia..insan hebat..allah itu maha kaya...dia ambil dan bagi pada masa yg sama...
ReplyDeleteMcm best jer buku ni. Tapi kena habiskan buku2 yg ada baru blh beli buku baru ☺
ReplyDelete