Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, August 16, 2015

Review Buku: DIAgnosis 2

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya sedang membaca buku DIAgnogsis 2. Buku yang agak menarik untuk "dihadam". Sebab apa?! Sebab ada banyak terms yang hanya 'orang hospital' yang pakai dan secara tak langsung kita yang bukan dalam bidang tu pun boleh la belajar sikit-sikit. :p 

Selain tu, sedar tak sedar... dalam 'dunia kedoktoran' ni pun sebenarnya banyak dugaan dan cabaran yang kebanyakan dari kita tak perasan. Sebab kita pun bukan hari-hari masuk hospitalkan... Kita pun jarang ambil tahu. So, bila dah diterjemahkan dalam bentuk buku macam ni, barulah kita perasan.

Saya dah baca tulisan-tulisan Dr Anwar Fazal tertarik dengan petikan ini (yang ada buku ni boleh semak muka surat 72  :p ):

"Kenapa manusia selalu tak jujur dengan cinta?"
"Biasa. Tiada bezanya dengan kita dan Pencipta."
"Huh?"
"Ya. Tahu diri hamba tetapi masih terus galak melakukan dosa."

Sentap baca ayat akhir tu! 

Saya pun salah seorang yang tergolong dalam tu. Tahu kita hambaNya, tapi masih buat dosa juga. Tak kiralah dosa yang macam mana. Kadang-kadang secara sedar, kadang-kadang secara tak sedar. Astaghfirullahala'zim... Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya dan anda yang membaca entri ini.

Oh ya, biasakan kita selalu dengar orang cakap, "nasib baik aku jumpa doktor pakar awal... dapatkan ubat dan rawatan... tu yang sembuh dari sakit tu..." atau ayat biasa yang lain, "aku ambil ubat ni kat klinik... makan setengah botol je... terus sembuh. Baguslah ubat ni!"

Tapikan dalam buku ni buat kita fikir bahawa yang menurunkan dan menyembuhkan penyakit kepada seseorang adalah Allah. Doktor dan ubat adalah 'pengantara dan penawar'. Tapi selalu kita memuji 'pengantara dan penawar' ni berbanding mengucapkan syukur pada Pencipta tu sendiri. Betulkan?

Apa yang saya boleh katakan tentang buku ni... "ini bukan buku biasa!" Kalau nak tahu kenapa, kenalah baca sendiri. Buku ini tidaklah "berat", ia boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Bukan hanya untuk doktor-doktor atau jururawat je tau! Orang biasa macam saya dan anda pun boleh baca.

Boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran dengan harga RM30.00 (saya beli masa member sale dekat MPH so dapat murah! :p )

Moh tambah ilmu! (^_^)

22 comments:

  1. assalam...menarik utk dibaca ni...

    ReplyDelete
  2. no wonder la buku ni best selling. nanti beli buku 365 pulak. tulisan sepenuhnya dr anwar fazal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yg tu motivation quote kan?! Kena masuk dlm list utk dibeli la... ;-) buat masa ni kena baca buku yg ada dulu...

      Delete
  3. Menarik juga ni. Kadang-kadang bila tengok tajuk dan agak2 kandungannya berunsur 'berat' jadi tak berminat nak baca.
    Boleh masuk list ni...thanks for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul saya mula2 pun ingat buku ni 'berat'... rupanya ok.. yg penting mesej tu sampai... insyaAllah tak rugi kalau beli...

      Delete
  4. memang sentap ayat tu! buku menarik ni, wajib masuk list. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah xrugi beli... buat tambah ilmu n koleksi ...

      Delete
  5. x tau laa plak sy dr anwar ada keluarkn buku ni selain buku 356

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sequel dr buku Diagnosis... saya pun beli sebab kebetulan ada diskaun... :p

      Delete
  6. sy slalu nampak buku ni, tapi x terbeli plak

    thanks atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  7. sangat lama saya tak masuk kedai buku apa tah lagi membaca..

    ReplyDelete
  8. saya dah berzaman tak baca buku
    tumpul dah agaknya minda ni
    tapi based pada apa akak cite, memang cam best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best buku ni... ilmu perubatan yang tak berat untuk orang biasa macam kita...

      Delete
  9. menarik buku, boleh dibeli untuk menambah koleksi bacaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah menarik... boleh tambah ilmu... 😁

      Delete
  10. Okje jarang baca buku NK....niat tu ada tp minat tu kurang .....Macamana tu?

    ReplyDelete
  11. Macam best jer buku ni. Nak beli lah nanti.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...