Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, August 20, 2015

Rumah: Ayuman Suites @ Gombak

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Misi mencari rumah masih lagi diteruskan. Asal ada property road show di mana-mana pusat membeli belah, saya akan singgah dan tengok. Kali ni saya ada ternampak satu banner  tentang Ayuman Suites @ Gombak.

Terus SMS nombor agen yang ada pada banner tersebut, bertanyakan lokasi show roomnya. Tak lama lepas tu agen tu call. Kebetulan pula, saya berada berhampiran show room. Apa lagi saya singgahlah tengok. Ini adalah projek yang bakal siap dalam tiga tahun lagi... 2018.

Nampak macam cun bangunannya... :D
Jom tengok susun atur dan reka letak rumah ni...

Ruang tamu...
Ruang ini yang selalunya menjadi concern saya... Ruang dapur.
Bilik kecil yang boleh nampak di gambar sebelah kanan tu
adalah laundry room.
Ha nilah laundry roomnya... walaupun kecil tapi oklah
ada ruang macam ni... Depan mesin ni ada ruang lagi untuk
ampai baju... Kiranya oklah... takde la kita ampai baju dekat balkonikan.
Master bedroom
Second bedroom. Budak dua orang ni memang sokmo
excited kalau tengok rumah baru!
Inilah plus 1 bedroom... boleh jadi bilik Study/kerja,
stor atau bilik bujang atau... mungkin juga ruang makan... hahahah

Bilik air ni, letaknya betul-betul di sebelah pintu masuk rumah

Rumah ni nampak memang menarik! Harganya bermula RM320k - RM395k. Ada 7% diskaun untuk bumiputra. Harga macam tu, yang letaknya di Gombak kira oklah... tapi keluasannya hanyalah 557 - 657 kaki persegi. Kecil je...

Sesuai la kot untuk yang baru kahwin, small family atau bujang... Yang saiz 557 kaki persegi tu, 2+1 bilik dan 1 bilik air (seperti dalam gambar-gambar di atas). Yang 657 kaki persegi tu ada 3 bilik dan 2 bilik air (satu lagi bilik air dalam master bedroom).

Macam biasa saya tengok-tengok je dulu... lagipun kena tunggu encik hubby balik dari Brazil. Nanti kena bawa encik hubby tengok pula. Then baru decide.


Nota kaki: Rumah macam ni kalau tak duduk sendiri pun, boleh buat investmentkan? Sebelum ni saya ada tengok satu lagi projek di Jalan Kuching, Tapi harganya 500++k, PENGSAN!

17 comments:

  1. saya pernah booking rumah ni.. masa saya book dulu harga baru 300k.. sekarang naik dah.. tapi cancel booking sebab rasa x berbaloi pulak..nasib dapat full duit booking

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa untuk investment mmg ok la rumah mcm ni... kalau untuk duduk sendiri mmg tak berbaloi... huhuhu... saya pun masih fikir2 lagi ni... sbb kalau nak harga mcm tu di area gombak ni mmg tak de dah...

      Delete
  2. Replies
    1. cantik... cantik... tapi kecik sikit... hehehe

      Delete
  3. kecil je saiz dia
    kalau utk famili rasa x sesuai tu
    kalau bujang atau berdua ok la.. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah betul sop... kami terpikir nak buat investment...

      Delete
  4. gombak area mn tu kak? cm menarik je ni

    ReplyDelete
  5. belum lagi selesai misi mencari rumah ye kak
    kalau kat area saya ni rumah pun dah 300k tapi 20x60 la...
    cuma yang pasti harga rumah skrg mmg menyenakkan jantung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sesak n senak perut dengar harga rumah sekarang... sabar je lah. .

      Delete
  6. mahal dah harga rumah sekarang kan..300k++ tu kira ok lagi tapi kalu 500k++ memang fengsanlah dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. 300k untuk area gombak ni ok la AA... tapi saiznya kecil. Harga rumah sekarang memang 500k dah... pengsan!

      Delete
  7. wow..cntik sgt..esp tang dapur memasak tu,,, bestnyer klo dpt dapur camtu.. bsemangat nak msk hari2..

    ReplyDelete
  8. Rumah sekarang mmg mahal mahal kan....Kalau harga 300+ mak lagilah pengsan NK hihi....
    Suka tengok show house...Jatuh cinta dgn deco deco dia. Kalaulah yg real dpt buat cenggitu....hurmmm

    ReplyDelete
  9. Rumah skang ni mampu tengok jer. Tak mampu milik sebab mahal nak mamps. Sq fit kecik pon harga boleh buntang biji mata nengok.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...