Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
|
Gambar raya tahun 2005 |
Hari ni
genap 10 tahun pemergian Mak saya... Pemergian seorang insan yang
sangat-sangat dirindui. 10 tahun lalu, ketika Mak sakit, saya
berulang dari tempat kerja (Bukit Jalil/Seri Kembangan - HUKM)
setiap hari (waktu lunch) ke hospital menjenguk Mak.
Juga
bergilir dengan adik-beradik lain untuk menjaga Mak. Walaupun waktu
itu, Mak tidak sedar, dan kami bukanlah boleh sewenang-wenangnya
keluar masuk ICU, di mana Mak ditempatkan. Tapi, kami yang menjaga,
tetap setia menanti khabaran baik dari doktor di luar wad ICU.
Saya ingat
lagi, ketika Mak sakit, saya juga sedang dalam proses menyiapkan
barang-barang hantaran, dan door gift untuk majlis perkahwinan
saya. Jika bukan giliran saya menjaga Mak, saya akan berurusan dengan
person in charge untuk katering, make up, pelamin dan
lain-lain perkara yang saya perlu selesaikan. Masa sangat-sangat
terhad.
Jika giliran
saya menjaga Mak, saya bawa bersama peralatan untuk membuat door
gift saya. Bentang tikar, di ruang menunggu berdekatan wad ICU
sambil menyiapkan apa yang patut. Hati ni, hanya Allah yang tahu.
Walaupun
beberapa kali juga, saya berbincang dengan adik beradik yang lain
serta Pakcik dan Makcik untuk menangguhkan perkahwinan, namun mereka
tetap memujuk saya untuk meneruskan. Memandangkan segalanya telahpun
siap ditempah dan kad juga telah diedarkan. Saya akur dan berharap
agar Mak sedar dan dapat bersama-sama saya di majlis perkahwinan saya
nanti. Besar harapan saya agar Mak sedar dan sihat seperti biasa.
Tapi tarikh
ini, 7 Mac tahun 2006 (ketika itu giliran abang sulung menjaga Mak di
ICU, HUKM), seawal pagi kami mendapat khabaran dari abang sulung
bahawa Mak telah meninggal dunia. Entah apa perasaan saya ketika
itu... saya bergegas ke hospital. Sedang adik beradik yang lain
diberikan tugasan masing-masing. Ada yang ditugaskan untuk maklumkan
kepada jiran-jiran, ada yang kena telefon saudara mara, ada yang kena
panggil orang masjid dan macam-macam lagi.
Saya ke
hospital untuk selesaikan prosedur tuntutan jenazah Mak bersama abang
sulung saya... Ketika sampai di hospital, kebetulan jenazah Mak
hendak dimandikan. Saya masuk ke dalam bilik mandikan jenazah,
bersama seorang pembantu hospital dan abang sulung saya. Suasana
ketika itu, terasa sangat sayu... melihatkan susuk tubuh Mak
terbaring kaku. Lama saya merenung wajah Mak... Wajah yang
sangat-sangat saya rindui...
|
Masa ni sebelum Mak dipindahkan ke ICU... |
Saya pegang
jari jemari Mak... Sejuk! Sambil tu saya renung juga kaki kanan Mak
yang telah dipotong. Sedih! Kaki Mak yang telah dipotong tu, kami
tanam di sebelah pusara Ayah. Ingat lagi ketika Mak sedar lepas
kakinya dipotong, Mak tak bercakap pun dengan kami adik beradik.
Merajuk! Tapi bila giliran saya jaga Mak, saya beritahu Mak, "kaki
Mak tu kami tanam kat sebelah pusara ayah..." Tak lama tu Mak senyum.
Lalu saya suapkan makan dan pujuk Mak agar redha...
Tak sangka
ketika itu saya berada dalam bilik untuk mandikan jenazah Mak. Muka
Mak nampak tenang saja. Seolah hilang segala kesakitan yang
ditanggungnya sepanjang berada di ICU.
Dalam hati
saya bisikkan, "Mak, ini khidmat bakti Nora yang terakhir untuk
Mak sebagai anak... Nora mandikan Mak yea... Terima kasih sebab Mak
dah bersusah payah besarkan Nora, moga Mak halalkan segalanya buat
kami adik beradik."
Bila menyapu
air di wajah Mak...
"wajah inilah yang sering dirindui setiap
kali berjauhan".
Bila
meratakan air di bahu dan dadanya,
"di bahu dan dada inilah
tempat menumpang jika aku kesedihan".
Bila
meratakan air ke tangan dan jari-jemarinya,
"tangan dan jari
inilah yang sentiasa mengusap dan menyuapkan aku makan".
Bila
meratakan air ke perutnya,
"dalam perut inilah aku menumpang
selama 9 bulan 10 hari".
Bila
meratakan air ke kakinya,
"kaki inilah yang meriba aku ketika kecil".
Sebak...
Memang sebak.
Walaupun air
mata sentiasa meleleh ketika saya mandikan Mak, tapi saya bersyukur
dan lega kerana saya adalah salah orang anak yang Allah pilih untuk
mandi dan kafankan jenazah Mak ketika itu.
Mandikan jenazah Mak...
memang perkara yang tak dapat saya lupakan sampai hari ini.
Alhamdulillah
segalanya di permudahkan Allah, dari mandi, kafan, disembahyangkan
dan dikebumikan... Semuanya mudah... Memang ramai yang datang melihat
Mak buat kali terakhir.
|
Ketika majlis pertunangan, Mak pun
dah tak berapa sihat... |
Kemudian,
bermulalah tahlil tiga malam. Dan hari yang keempat pemergian Mak
adalah hari pernikahan saya... Ya, saya nikah pada hari keempat
pemergian Mak. Tak tahulah apa perasaan saya ketika itu... tahun
sebelumnya (2005) dua minggu sebelum majlis pertunangan saya, Ayah
saya telah pergi dan tahun berikutnya Mak pula. Pun begitu saya tetap
bersyukur kerana Mak masih ada ketika saya bertunang.
Majlis nikah
saya berlangsung dengan serba sederhana, saya termasuk adik beradik
lain, gagah menyorokkan kesedihan di hadapan tetamu yang hadir. Mujur
ada Pakcik dan Makcik yang bertindak sebagai "ibu bapa"
kami pada majlis tersebut, malah sampai sekarang, merekalah tempat
kami mengadu dan menumpang kasih.
Genap 10
tahun hari ni... Moga Allah ampunkan dosa-dosa Mak dan Ayah saya. Moga mereka tenang di sana dan sentiasa dalam lindungan
Allah S.W.T.
Al-Fatihah.
Dari anakmu
yang sentiasa merindui... (T_T)
Artikel berkaitan:
1. Doakan Ibubapa - apa yang seorang anak perlu lakukan untuk ibu/bapa yang telah meninggal dunia.