Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
13 tahun lalu, saya pernah meminta izin daripada Mak Lang, Khalsom Bibi Sarbat Khan dan Pak Lang saya, untuk menangguhkan majlis nikah dan sanding.
Ketika itu, mak saya dalam keadaan yang sangat kritikal. Menghuni ICU berbulan lamanya. Saya juga hampir setiap hari berulang dan bergilir dengan adik beradik yang lain menjaga mak di hospital.
7 Mac 2006, apabila mendapat khabaran mak telah meninggal dunia, saya terus ke hospital semula setelah baru bertukar shift dengan abang sulung saya. Saya bersama abang sulung menguruskan jenazah mak di hospital.
Di bilik mandikan jenazah, saya rasa tenang melihat mak. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya tubuh badan mak tak perlu lagi ditebuk dan dimasukkan pelbagai wayar.
Memandikan jenazah mak, merupakan perkara yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini. Ya, 13 tahun telah berlalu. Namun saya masih ingat dengan jelas.
Perginya mak bersama doa-doa untuk anaknya,
Perginya mak bersama redup pandangan matanya,
Perginya mak bersama lembut belaiannya,
Perginya mak bersama hangat pelukannya,
Perginya mak bersama manis senyumnya,
Perginya mak bersama gelak tawanya,
Perginya mak bersama sedap air tangannya,
Perginya mak bersama indah nasihatnya,
Perginya mak bersama...
Rindu yang sukar untuk diungkap.
Bagaimana dengan majlis nikah dan perkahwinan saya? Ia tetap berlangsung, pada hari keempat (11 Mac), setelah tiga hari berturut-turut majlis tahlil untuk arwah mak.
Kini,
13 tahun menanggung beban merindui mak.
Dan,
13 tahun bersama cinta hati saya.
Baiknya Allah, digantikan kehilangan mak dengan kehadiran suami.
Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke-13 encik suami.
Nora Karim
Berbahagialah, jika kamu masih ada ibu dan ayah. Berbaktilah kepada mereka.
Artikel berkaitan:
Genap 10 Tahun Pemergian Mak
Allah ambil Allah juga beri.. Namun ianya bukan ganti tetapi hadiah dan mengisi.
ReplyDeleteAl Fatihah dan selamat ulangtahun cinta berakad.
Ya benar... setuju PC.. 💖 Alhamdulillah, terima kasih.
DeleteSELAMAT ULANG TAHUN PRKHWINAN ADA HIKMAHNYA DUKA YG DIRASA
ReplyDeleteal-Fatihah untuk yang telah tiada...
ReplyDeleteInna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Inn shah allah, roh arwah ibunda yang tersayang ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Amin.
ReplyDeleteDan selamat ulang tahun perkahwinan akak.
Gembira dan sedih berganding bersama... semoga Allah mengampuni dosa arwah ibunda tersayang.... moga hubungan perkahwinan ini kekal selamanya...
ReplyDelete