Saya beratur agak panjang di mesin ATM. Sambil menunggu giliran, saya membuka kalkulator di telefon.
Mula menekan-nekan nombor. Mengira baki yang bakal tinggal di dalam salah satu akaun bank sebentar lagi. Akaun perbelanjaan harian, termasuk barang dapur, bil-bil rumah dan keperluan anak-anak.
Saya menggeleng beberapa kali... baki bakal tinggal ratus-ratus saja. Lalu saya mengira lagi, agar duit yang tinggal di dalam akaun tersebut, cukup sehingga gaji suami akan datang.
Aduhai... nak keluarkan sikit tak boleh pula. Nak kena beli barang basah dan barang dapur yang makin susut, suami nak outstation pula. Rasa malas nak keluar nanti.
Sedang saya masih berkira-kira akan jumlah yang hendak dikeluarkan, tiba giliran seorang perempuan di depan saya. Tingginya lebih kurang paras bahu saya.
Saya memasukkan telefon ke dalam poket belakang seluar jeans. Lalu mengeluarkan kad ATM dengan gambar buah ceri dan lambang harimau di sebelah kiri kad.
Dalam kepala masih lagi berkira-kira jumlah wang yang hendak dikeluarkan.
Perempuan di depan saya masih lagi menekan-nekan mesin ATM tersebut. Agak lama...
Saya ternampak, baki yang tertera RM29. Wallahi saya tak sengaja terpandang skrin ketika itu. Disebabkan ketinggian saya melebihinya, maka saya ternampak skrin tersebut dengan jelas.
Lalu dia memilih untuk mengeluarkan sejumlah wang. Jumlah yang ditekan RM20. Tapi mesin tersebut menolak transaksi dengan paparan baki tidak mencukupi.
Saya terkedu... ketika saya berkira-kira jumlah wang yang akan tinggal di dalam akaun bank, ada orang bakinya puluh-puluh ringgit saja. Malah duit itu tidak boleh dikeluarkan.
Terkilan sangat rasanya sebab saya tak sempat tahan perempuan tu... tergesa-gesa dia meninggalkan mesin ATM, setelah menarik kadnya daripada mesin.
Semoga Allah berikan rezeki yang melimpah buatnya, yang tak sempat saya bantu. Semoga Allah juga mempermudahkan segala urusannya.
Allah menegur saya... sepatutnya saya lebih rasa bersyukur atas apa juga yang saya ada sekarang ni.
Kejadian adalah minggu pertama bulan Disember, bayangkan berapa lama lagi nak menghitung hari menanti gaji seterusnya. 😥
Jemput follow saya juga di Telegram t.me/dialoguda
Manfaatkan cuti sekolah anak anda dengan koleksi Ebook dan Modul yang dihasilkan oleh Cikgu Fadli dan team. Dapatkan di link berikut:
Marvel Maths (RM80)
Modul Pantas Matematik (RM80)
Sifirlicious (RM80)
Modul Pecutan UPSR (RM50)
Klik t.me/celikmatematik untuk link pembelian.
Semoga kita sendiri bersyukur. InshaAllah Aamin.
ReplyDeletekepada wanita tu.. semoga dimurahkan rezeki..
tu la kan.. kdg kita fikir kita ni xbernasib baik..
ReplyDeletetp kita lupa ada lg yg tdk bernasib baik dr kita..
semoga kita semua sentiasa bersyukur dgn rezeki dr Allah.. =')
Allah nk tegur supaya kita bersyukur... memang terkesan di hati
ReplyDeleteSaya pernah alami...duit tinggal rm50, nak keluar rm40...tapi atm kehabisan note rm10. Kena keluar rm50 paling kurang tp tak cukup baki pula.
ReplyDeleteBetul² kering masa tu..
Allah sedih bila rasa macam kita tak cukup sedangkan ada lagi yang x bernasib baik di luar sana, kena selalu bersyukur .. singgah sini ya ... :)
ReplyDeletebersyukur - keyword 2020 aida.
ReplyDeletepe ada, kita nikmati sebaiknya, kan.
Allah nak tarik, bila2 jer.
tunduk ke bawah, nampak org lebih susah, bersyukurlah dgn apa yg kita ada...
dulu di awal2 perkahwinan, anak 2 org.
ReplyDeletebaru keje. baru beli rumah. baru beli kereta.
perit! baki dlm akaun mcm tak nak ikut hari bulan, cepat abis ha ha ha ah ha :)
but, life goes on kan.
now, alhamdulillah :)
Biasalah manusia, adakala kita lalai. Mungkin Allah hantar perempuan tu untuk peringatan
ReplyDeleteSentiasa ingat ada orang lagi susah daripada kita.
ReplyDeleteSentiasa ingat ada orang lagi susah daripada kita.
ReplyDelete