Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Tuesday, December 10, 2013

Info Hentikan Push Messages

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Setahun lebih yang lalu saya ada menulis entri tentang caj melampau yang dikenakan oleh Celcom pada saya. Saya percaya perkara itu masih lagi berlaku sekarang ni... 

Sebab bila saya check keyword yang dicari oleh pelayar internet, ada je yang cari info ni tentang nak hentikan push message ni...


Push message ni adalah, iklan yang dihantarkan ke phone seseorang melalui line carrier (Celcom, Maxis dll) yang kita pakai. Dah nama pun push message, maka mesej-mesej yang diterima melalui telefon tidak disubscribe, oleh penerima. 

Lebih parah lagi, apabila mesej itu dihantar ke telefon anda dan andalah yang kena menanggung cajnya. Biasanya satu push message berharga RM3.00 ke atas (ada yang dapat push message ni berharga RM10 satu!!

Lebih memeningkan kepala, apabila push message yang masuk bukan satu, malah berpuluh-puluh mesej satu hari... Ini akan menyebabkan caj bulanan telefon anda (bagi yang pakai line/bil) boleh mencecah ratusan malah ribuan ringgit!!!


Thanks pada ummu basyir yang sudi tinggalkan komen di entri saya yang lepas. Saya pun terlupa nak share cara saya selesaikan masalah ni... Basically, cara yang saya buat dulu sama dengan komen yang ditulis ummu basyir...

1. Call center line carrier anda, dapatkan nombor yang selalu hantarkan push message tu.


2. Kemudian, taipkan STOP ALL atau STOP PLAY ke nombor-nombor yang anda dapat dari center.


* kalau dapat petugas yang baik  masa anda call center tu... mereka akan minta nombor dibelakang sim card anda dan cancel semua push message yang masuk ke telefon anda. 

Sesiapa yang mempunyai masalah ini mohon segera diselesaikan... sebab selagi anda tak hentikannya, anda akan terus mendapat mesej-mesej tersebut dan menanggung caj yang tidak munasabah!

Moga entri ini bermanfaat buat anda... 


32 comments:

  1. thanks.. sy x pernah kena lg rasanya.. ke sy x perasan.. huhu

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...push msg ni lagu mana yer? x prasan pun..yg tau..ada masuk iklan msg jer..tu push msg ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam...push message ni biasanya mesej yang akan terus appear pada phone kita (bukan macam SMS biasa yang kita terima tu)... once kita tekan, dia akan terus buka dengan capaian internet dalam phone kita... kalau kita tak tekan pun, kita still kena caj utk push msg yang masuk ke phone kita...

      Delete
  3. Saya pernah kena kak. Dah stop pon dok hantar lagi. Trus call center mcm mana blh masuk lagi nombor ni sedangkan saya tak subscribe pon. Menggelabah nak jawab. Habis kredit dikerjakannya. Bye bye celcom & maxis ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la fiza... gitu la... kalau tak de penyelesaian say good bye je la...

      Delete
  4. Ada sorg staff mengadu benda yg sama,..rietta rietta hnya pkai prepaid..jdnya rietta xtahu plak ttg push msg nie...tpi dia trus ke center, dan dorg selesaikan bg phak customer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rietta, ada kawan saya pakai prepaid pun kena gak... huhuhu masuk rm50, tak sampai sejam dah abis semuanya... kesian...

      Delete
  5. sebelum ni makcik niesa pnh kena..tp memandangkan xtau cara nk stop kan push message..dia putuskan line no tu..hehe..thanks share...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kesian... mmg tu la antara solutionnya niesa... putuskan line atau tukar ke carrier yang baru....

      Delete
  6. TQ info ni..rasanya hubby sy selalu juga kena Push Message ni.. tensen kan bila tetiba duit dlm tu hilang...ntah kemana plak tu..pengguna mmg rugi dibuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kita yang rugi atie.. yg tetap untung dah tentu la advertiser tu... n celcom/maxis/digi dan yg lelain tu...

      Delete
  7. Oooo...saya selalu dpt tp x alert sgt..saya ingat free je sms tu sebab dah tukarvpd online bill je..kalo bill yg pos tu kena add rm6..mahal2..skrg nak tukar bill pd prepaid punyaaalahhh susahhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. farah, mmg susah kalau nak tukarkan line bil ke prepaid balik.... banyak sangat karenahnya...

      Delete
  8. owhh baru tau... sebab xpenah kena gitu...

    xpe.. pglmn org lain... at least sy dah tau..pasni.. kalo berlaku pada saya..boleh la ambil tindakan camnie...

    Salam kenal juga~

    ReplyDelete
  9. Terima kasih share info yg berguna nie,kadang2 org x alert masalah nie.

    ReplyDelete
  10. oo terima kasih sudi share tips yg berguna ni.mmg ada dapat sms dari celcom ni bagai.offer mcm2

    ReplyDelete
  11. geram sesangat bila terima mesej tak diundang tu..kita sibuk2 buat keje,bila ada sms masuk,igtkan urgent ke apa..rupa2nya iklan...

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi kena… tapi nice info…
    kesian yang jadi mangsa… kita yg tak bersalah yg kena bayar… huhuhu

    ReplyDelete
  13. terima kasih kak..info yg bguna.. memang saya cari..mcm mana nak stp benda alah ni.tq 4 sharing

    ReplyDelete
  14. melampau kan. alhandulillah.pernah dpt ke tak sy pin x pasti.hihi

    thanks kak share

    ReplyDelete
  15. STOP ALL to 11911 . ( ini celcom. maxis atau digi, tak tau lah ada ke tidak masalah ni. ^^ )

    ReplyDelete
  16. tq kak for the sharing. tension.dari tahu lepas dpt WAPPush mesej ni.pastu,sakit ati je tiap kali dapat msj ni,kredit kena tolak.

    ReplyDelete
  17. Slm kak cena contoh mcj push nih? Dan dy sama x mcm push 2 call? ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pysh mesej ni biasanya mesej yang datang dengan link internet. Kita klik ke tak ke pada link tersebut, kita still kena bayar. Push mesej bukan macam SMS biasa...

      Kiranya apa saja mesej yang masuk dalam phone anda dengab link internet, push mesej la maksudnya tu...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...