Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, December 31, 2013

Azam Tahun Baru?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kiri, kanan, depan, belakang orang akan bertanya tentang azam tahun baru 2014. Tak lama dah... Lagi beberapa jam dah pun masuk tahun baru... 

Jumaat lepas saya berborak panjang dengan kakak ipar saya, Kak Rozi... Hingga hampir jam 4 pagi... Maklumlah, kami jarang berjumpa, bila sekali berkumpul di Gombak... Maka banyaklah cerita yang nak dikongsikan...

Topik yang paling menarik perhatian saya adalah tentang "bagaimana nak perbaiki diri menjadi yang lebih baik di sisi Allah". Perkara yang jarang-jarang kita nak bincangkan... Betul tak?!

Saya sendiri mengaku, masih banyak yang perlu diperbaiki. Lagi banyak kami berbual, lagi banyak yang kami rasa kami perlu perbaiki. Bila kita share apa yang kita lihat, dengar dan baca, maka lagi banyak ilmu yang kita dapat...

Jika dulu masa saya belajar, azam saya adalah untuk berjaya dan beroleh ijazah, masa saya bekerja, azam saya lebih banyak menjurus kepada kerjaya... Saya rasa seperti dah terlewat menjadikan perkara-perkara di bawah ni bukan sahaja sebagai azam malah benda yang saya patut lakukan sepanjang hidup saya...


Azam 2014 saya:

1. Perbaiki tertib dan bacaan dalam solat... Kalau ada yang tanya... "La kan dah solat 30 tahun lebih dah... apa masalahnya?!" - Saya tak tahu orang lain... Tapi untuk diri saya sendiri, saya rasa lagi saya baca, dengar dan lihat tentang solat, lagi banyak yang saya perlu perbaiki. Saya suka membaca, saya suka tengok rancangan islamik di TV maka sebab itu saya sedar bahawa banyak lagi yang belum sempurna dalam solat saya dan saya cuba untuk perbaikinya...

2. Belajar Quran (Tajwid) dan Tafsir Al-quran - Saya tahu bab ini lebih afdal jika berguru... Akan usaha cari... buat masa sekarang saya belajar melalui mana-mana medium yang boleh diakses. (teringat pula masa belajar mengaji dengan arwah ayah... sampai meleleh air mata...)

3. Perbanyakkan zikir dan selawat ketika melakukan kerja-kerja rumah: ketika vakum, ketika basuh pinggan mangkuk, ketika sidai dan lipat baju, ketika memasak dan kiranya setiap masa... Anda pasti teruja membaca kelebihan berzikir di sini... Bahagianya jika kita ingat pada Allah, dan Allah juga ingat pada kita...

4. Tingkatkan ilmu tentang fiqh wanita - Yang ini pun satu lagi perkara yang saya rasa sangat-sangat penting... Wanita adalah golongan yang paling mudah untuk masuk syurga, jika... (saya ambil petikan dari sini)


Apabila seorang wanita shalat lima waktu dan puasa ramadhan dan menjaga kesuciannya serta mentaati suaminya katakanlah kepadanya masuklah ke dalam syurga dari mana saja yang dia inginkan.” 
(Shahihul Jami’ li al-Albani, 660).


Apa yang kita perlu faham tentang wanita? Saya pun masih lagi dalam proses belajar... tentang wanita merangkumi: aurat, haid, nifas, wiladah, istihadah, iddah, emas, harta, menjaga dan mendidik anak perempuan, ibu tunggal, bagaimana jika berlaku penceraian, zakat dan pelbagai lagi isu tentang wanita. Anda boleh baca di sini atau Like Page ini... Banyak info yang boleh dibaca untuk menambah ilmu.

5. Perbanyakkan sedekah dan mengajar anak-anak untuk sedekah - perkara ini saya cuba nak terapkan pada anak-anak, tentang mengasihani dan membantu orang lain... Selain tu saya juga nak didik hati saya untuk sedar bahawa apa yang saya dan suami dapat, di dalamnya juga ada milik orang lain... (insya Allah saya buat entri lain pasal anak-anak dan sedekah)

6. Perbanyakkan menonton, mendengar dan membaca buku-buku dan majalah-majalah islamik (majalah Al-Ustaz dan Solusi adalah antara majalah islamik kegemaran saya) - so saya akan cuba kumpulkan setiap keluaran yang saya tertinggal... 

7. Berkongsi ilmu - Saya masih nak teruskan berkongsi ilmu dan buku-buku motivasi/islamik (mini giveaway) dengan pembaca blog saya... Insya Allah apa jua ilmu yang saya dapat dan bermanfaat, saya akan cuba kongsikan di blog ini...

Moga segalanya dipermudahkan Allah... Selamat tinggal segala kenangan tahun 2013... Moga 2014 dan tahun-tahun berikutnya saya dan para pembaca blog ini akan menjadi insan-insan yang dekat di sisi Allah... Amin...


Salam Tahun Baru 2014, sahabat... 
Salam sayang buat semua...


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


11 comments:

  1. InsyaAllah, marilah kita sama2 perbaiki diri..slmt tahun baru akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru Farah... :D Moga plan nak berniaga tu menjadi ya... Akak sentiasa doakan..

      Delete
  2. best nyer dapat berbual ilmiah dgn kakak ipar :)
    Banyak manfaat dari entry ni… Sambil baca dan sambil refleks dgn amalan sendiri :)
    Salam 2014 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 2014 nur... Bila sekali sekala berjumpa dan berkongsi ilmu mmg takkan habis... bila borak2 gitu, mmg terasalah, betapa jauhnya lagi diri ni dengan Yang Maha Pencipta... Moga 2014 ni yang terbaik buat kita semua... Amin... insya Allah...

      Delete
  3. selamat tahun baru kak!semoga kita sama2 berubah kearah yg lebih baik..xoxo

    ReplyDelete
  4. Sy xde azam sbb bla bgn pg, apa yg bkl sy buat hr itu, tu lah azam sy. Slmt thn br utk akk sekeluarga

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah berborak bukan kosong..azam yg perlu setiap dari kita..sama2 kita perbaiki,Insyaallah

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan utk akk. aminnnn

    ReplyDelete
  7. insyaallah niat yg baik allah permudahkan.. cuma jgn mudah sombong atau riak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...