Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Sunday, December 22, 2013

Respon Komen Yang Ditinggalkan Fiza dan Niesa :P

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ini adalah respon (menjawab kepada persoalan) kepada komen yang ditinggalkan oleh rakan blogger dalam entri-entri Hello Kitty Town sebelum ini.

sharingiscaring-fiza.blogspot.com

http://niesa-lovecrew.blogspot.com/

Untuk info rakan-rakan blogger... Segala aktiviti yang ada di Hello Kitty Town, adalah telah termasuk dalam kos tiket masuk yang dibayar iaitu RM85/seorang.


Ini adalah aktiviti yang boleh dilakukan secara PERCUMA!
Cookie Studio... Cookie yang telah siap di deko, boleh terus di makan atau
dibawa pulang... *aktiviti ini telah termasuk dalam bayaran tiket masuk*
Jewellery Making... Gelang dan loket yang telah dipilih boleh terus dipakai pengunjung
untuk dibawa pulang...*
aktiviti ini telah termasuk dalam bayaran tiket masuk*
Costume Dress Up... Pengunjung boleh memilih satu baju daripada 4 karakter
Hello Kitty untuk dipakai dan bergambar... Jika anda membawa kamera sendiri,
tiada bayaran dikenakan untuk aktiviti ini...


Termasuklah aktiviti di Nail Studio juga FREE (kami tak buat aktiviti ni, sebab mereka menggunakan pengilat dan pewarna kuku kekal...)

Walau bagaimanapun, sepanjang anda berada di Hello Kitty Town, akan ada photographer mereka yang berkeliaran dan akan mengambil gambar anda dan family secara rawak... Gambar yang diambil oleh photographer akan disimpan di dalam tiket masuk yang dipakai di pergelangan tangan pengunjung.  

Jika anda berminat dengan gambar yang diambil oleh photographer , anda bolehlah membeli gambar tersebut di kaunter gambar yang disediakan.

Untuk rekod, sekeping gambar harganya adalah RM30 (diletakkan dalam frame Sanrio Hello Kitty Town) atau anda boleh membeli secara pakej, 3 keping gambar dengan harga RM50 (frame dan magnet).

Dalam banyak-banyak gambar yang photographer mereka ambil, kami hanya
beli yang ini buat kenangan...

Pautan ke entri berkaitan:
1. It's Hello Kitty Town
2. Hello Kitty Town (Part 2)
3. Hello Kitty Town (Part 3)
4. Hello Kitty Town (Final) 
* * *
 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


17 comments:

  1. harganya boleh tahan juga,tapi banyak aktiviti boleh buat.kira berbaloi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan la PK... bak kata encik hubby sekali seumur hidup gembirakan anak2... ahahha

      Delete
  2. ok la, kalau boleh bawa balik…. kalau kena bayar lagi, mmg cekik darah jugak… huhuhu
    Harga gambar berpakej tu dah sama dgn rate UK… kami pun selalu akan beli sebagai kenangan… tapi bila bayar GBP10, mcm tak terasa sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu mmg cekik darah la kalau kena bayar lagi nur... ouh ye ke? harga di sana pun sama? alahai... at least beli satu buat kenangan...

      Delete
  3. ouh!kira berbaloi jgak la tu...best2...boleh dh masuk dlm wishlist tmpt nk pg ni..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe berbaloi la juga niesa... kalau kena byr lagi mmg tak buat la semua aktiviti tu... huhuhu

      Delete
  4. Kira mahal jugak kan..tapi bila byk aktiviti boleh dibuat tu kira berbaloi lah..
    TQ sharing ye..boleh dijadikan panduan bila nak ke sana nti...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal dan berbaloi la... kalau kena byr lain, mmg tak buat la semua aktiviti tu...

      Delete
  5. boleh tahan jg ye harganya...kalu ank 5 rs nyer pengsan sekejap kt pintu msk tu hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh... kalau cam tu kena tunggu ada kupon offer la... huhuhu

      Delete
  6. as-salam.singgah ptg. x pna sampai lg le

    ReplyDelete
  7. Salam kenal...

    Nanti2 nak pegi juga bawak anak2 ke sini... Macam best je... :)

    ReplyDelete
  8. Jom sertai segmen bloglist 2014 nasuhanass. Syarat amat mudah.

    Segmen Bloglist 2014 NasuhaNass

    ReplyDelete
  9. alamak bestnye..dgn bayar 85..smua bnda leh main...
    selamat myambut tahun baru sis :)

    ReplyDelete
  10. mahal tp merangkumi semuanya oklah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...