Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, November 29, 2004

Janji...Tapi Tak Ditepati...

Sakit rasanya bila org yg dah berjanji tapi tak nak tunaikan janjinya... kalau dah rasa susah nak tunaikan... tak payah la berjanji... buat org sakit hati/kecewa/geram je...

Fikir la... kalau diri sendiri terkena camni... sakit tak... bila org lain tak tepati janji... marah tak? marah kan??Kalau dah tau wat salah tuh...minta la maaf... AT LEAST... tapi dah lama.... baru nak minta maaf!!! tu pun nasib baik nak minta maaf.. kalau tak...?!?! mesti tak rasa bersalah... arrrrgghhh.. !!!

dah la tgh banyak keje... saja je nak kasi org "angin" satu badan... aaaarrrrggghhhh!!! tension tul!!!!

Tuesday, November 23, 2004

Bukan Mudah Buat Pilihan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

"The more alternatives, the more difficult the choice."

Hm... lama dah tak motivasikan diri sendiri rasanya dengan QUOTATION... maklumla nak baca buku motivasi bukan semudah baca novel kisah cinta! :p Dulu masa belajar, setiap hari saya akan baca satu quotation.. bukan setakat baca... malah akan cuba faham dan selami di sebalik tersiratnya kata-kata itu...

Dalam hidup kita, setiap hari akan ada "jalan" yang perlu kita pilih. Jalan yang dipilih mungkin jalan yang mudah atau mungkin juga jalan yang penuh dengan dugaan dan cabaran atau jika tersilap pilih jalan, mungkin kita akan temui "jalan mati".

Hakikatnya kita perlu memilih! Biarpun membuat pilihan bukanlah perkara yang mudah. Adakalanya kita mungkin perlu berbohong atau mungkin perlu menyakiti sesuatu/seseorang/mungkin juga diri sendiri...

Teringat pada seorang teman lama. Seorang anak tunggal... corak kehidupannya 100 peratus ditentukan oleh kedua ibu bapanya... dari segi pemakaian, pemakanan, pendidikan malah bakal suaminya...

Oleh kerana terlalu sayang dan hormatkan mereka, dia sanggup berpura-pura menyukai serta mengiakan segala keputusan yang telah ditetapkan untuknya. Dia amat meminati bidang muzik... tetapi ibu bapanya mahukannya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan. 

Alhamdulillah, dia berjaya menamatkan pengajiannya... dan menghadiahkan ijazahnya itu kepada kedua ibu bapanya... oleh kerana terlalu inginkan anaknya menjadi doktor, kedua ibu bapanya memaksa dia melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran. Dan buat julung-julung kalinya dia menolak permintaan mereka (kerana ketika itu dia sedang mempelajari muzik, dia pandai bermain piano dan biola)

Namun ibu bapanya mula terasa hati... kerana dia cuba mengelak dari corak kehidupan yang telah mereka tentukan... Sekali lagi dia meninggalkan minatnya dan menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran... 

Oleh kerana bidang itu bukan minatnya, dia sering gagal dalam peperiksaan... sehingga sampai satu ketika dia dibuang pengajian... marahlah kedua orang tuanya... kerana impian mereka untuk melihat anak tunggal mereka menjadi doktor tidak kesampaian... Malah dia dihalau keluar dari rumah (kerana malu dengan jiran tetangga-tentunya mereka telah menghebahkan kepada semua, bahawa anaknya bakal menjadi doktor)..

Itulah kali terakhir saya berhubung dengannya... (katanya nak merantau ke negara orang-tak tahu pula ke mana perginya) saya tak pernah dengar cerita  dari dia lagi sejak itu... Walau di mana pun dia berada... saya sentiasa mendoakan keselamatannya dan moga dia berjaya mencapai apa yang diimpikan...

Perjalanan hidup kita, lebih mudah jika kita sendiri yang tentukan... Kerana setiap orang tahu apa kelemahan dan kemampuannya. Hargailah setiap pilihan hidup kita, dan pilihlah yang terbaik...

Aduh.. Mood Kijer Blom Mari.. :-(

ha.. ni la dia... bila dah cuti lama sgt... mood nak wat keje pun tak de... al-maklum la mood pun...masih mood raya... tu yg payah tu... :-(

pastu start2 keje, dah kena pi staff meeting.. bosan tul... padahal menda yg sama gak yang dia ckp tetiap minggu... tu la org kata.... lain org.. lain style dan citerasenye... betul?? mmg arr..

uish... menda yg kena submit sok nie pun tak siap lagi... kalau senang tak pe gak nak cecepat..ni dah la makan masa... boleh nak esok lak... aaarrrgghhh!! tension tul... ari tu kata nak prototype dalam bentuk live... tapi sat ni ckp nak atas ketas lak... ish.. leceh tul la... tension dibuatnya... :-((

adakah usahaku ini akan menjadi kenyataan... atau bak kata org tu... "tak mendatangkan hasil!"... waaaaaaa...... :-(( sedihnya kalau tak jadi kenyataan....

Sunday, November 14, 2004

Selamat Hari Raya Aidilfitri

hmm... tak sangka nak raya dah sok... rasanya cam baru semalam posa... tup2 nak raya dah... :-) best..best..

pape pun tak leh nak tulis pepanjang...al maklum la... ketupat dan rendang masih dalam proses nak masak tuh... cuma nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN... kalau ade salah dan silap... minta maaf bebanyak...

Thursday, November 11, 2004

1 Ari 4 Jenis Kuih??!?!

ewah...ewah..mentang2 la nak dekat raya nie... memacam plannye... ari tu ade la surf internet... tetgk resepi biskut raya... :-) cari punye cari... terbekenan la nak wat biskut nestum ngan biskut nescafe... (ewah2 hantu nescafe la katakan :-P)

memula tuh, kakak2 plan wat biskut sarang semut (mmg kuih raya tradisi family kitaorg...) ngan muffin je... tapi org berkeras gak nak wat biskut nestum & nescafe...tapi tak disangka la... dalam 1 hari mak suruh wat sume jenis kuih tuh...

bayangkan la...wat 4 jenis biskut....cam org meniaga lak... :-P start wat pas sahur... sampaila kul 12 tgh malam... mmg letih aaa... tapi alhamdulillah sume biskut tu menjadi.. tak de lah sampai kena baling ke dinding... hahahha :-P

apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir & Batin...


Saturday, November 06, 2004

Jom reramai tgk Shark Tale

mari... mari.... waaaahhh... ade cite baru kat panggung la nie... apa lagi cite yg tgh hangat...?!?!? mesti la cite animasi kesukaan org.. :P SHARK TALE..... waaa...mmg best... rugi kalau tak tgk... klakar...

cerita ni mengisahkan seekor ikan, iaitu oskar (lakonan will smith) yang mempunyai impian yang tinggi... oskar ingin menduduki terumbu karang (tempat tinggal org kaya & ternama) dan menjalani kehidupan yang mewah dan dikenali ramai...

terjadi satu incident di mana oscar tidak dapat melangsaikan hutangnya kepada sykes (lakonan martin scorsese) sebanyak $5k... maka, sykes mengarahkan ernie (lakonan ziggy marley) dan bernie (lakonan doug e. doug) mengikat dan meninggalkan oscar di kawasan yang sering didatangi shark...

kebetulan ketika itu, frankie (lakonan michael imperioli) sedang mencari mangsa (makanan) untuk adiknya, lenny (lakonan Jack black) . sedangkan lenny adalah seekor shark yg hanya memakan sayur2an..!!! mmg pelik.. tapi ianya tak mustahilkan?? :-))

haaa....untuk mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut, jgn lupa... tontoninya di pawagam.... tak best la kalau org tulis kesimpulan cite ni kat sini kan...?!?! lagi best kalau pi tgk sendiri... apa yg penting ada juga aksi yg mendebarkan, humor dan yg paling penting... ada moralnya... so jgn lupa... tonton jgn tak tonton :P



Wednesday, November 03, 2004

Hari Yang Membosankan!!

tak tau la nape...ari ni rasa teramatlah bosannyer....kat luar ujan lebat lak tuh...dok bukak internet, tapi tak tau nak surf ape.... ingat nak beli topup online kat maybank2u....tapi system down lak... aarrrgghhh!!

org tgh dok nak draft surat rasmi untuk dihantar ke sekolah2... untuk minta kejesama dorang dalam membangunkan portal pendidikan yg org tgh wat nie....tapi bila pikir2 blk... minggu depan bebudak dah start cuti sekolah....tu yg tetiba jadi malas nak wat tuh... ish... bulan2 posa ni tak tau la nape.... rasa "berat" je nak wat keje... tak agresif langsung!! ish.. wake up!! wake up!! wat keje...!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...