Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
"The more alternatives, the
more difficult the choice."
Hm...
lama dah tak motivasikan diri sendiri rasanya dengan QUOTATION... maklumla nak baca buku motivasi bukan semudah baca
novel kisah cinta! :p Dulu masa belajar, setiap hari saya akan baca satu
quotation.. bukan setakat baca... malah akan cuba faham dan selami di sebalik
tersiratnya kata-kata itu...
Dalam
hidup kita, setiap hari akan ada "jalan" yang perlu kita pilih. Jalan yang dipilih mungkin jalan yang mudah atau mungkin juga jalan yang
penuh dengan dugaan dan cabaran atau jika tersilap pilih jalan, mungkin kita
akan temui "jalan mati".
Hakikatnya
kita perlu memilih! Biarpun membuat pilihan bukanlah perkara yang mudah. Adakalanya kita mungkin perlu berbohong atau mungkin perlu menyakiti
sesuatu/seseorang/mungkin juga diri sendiri...
Teringat
pada seorang teman lama. Seorang anak tunggal... corak kehidupannya
100 peratus ditentukan oleh kedua ibu bapanya... dari segi pemakaian, pemakanan,
pendidikan malah bakal suaminya...
Oleh
kerana terlalu sayang dan hormatkan mereka, dia sanggup berpura-pura menyukai serta mengiakan segala keputusan yang telah ditetapkan untuknya. Dia
amat meminati bidang muzik... tetapi ibu bapanya mahukannya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.
Alhamdulillah, dia berjaya
menamatkan pengajiannya... dan menghadiahkan ijazahnya itu kepada kedua ibu
bapanya... oleh kerana terlalu inginkan anaknya menjadi doktor, kedua ibu
bapanya memaksa dia melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran. Dan buat
julung-julung kalinya dia menolak permintaan mereka (kerana ketika
itu dia sedang mempelajari muzik, dia pandai bermain piano dan biola)
Namun ibu bapanya mula terasa hati... kerana dia cuba mengelak dari corak
kehidupan yang telah mereka tentukan... Sekali lagi dia meninggalkan minatnya dan menyambung pengajian dalam bidang
kedoktoran...
Oleh kerana bidang itu bukan minatnya, dia sering gagal dalam
peperiksaan... sehingga sampai satu ketika dia dibuang pengajian... marahlah kedua orang tuanya... kerana impian mereka untuk melihat anak tunggal mereka menjadi
doktor tidak kesampaian... Malah dia dihalau keluar dari rumah (kerana malu dengan jiran tetangga-tentunya mereka telah
menghebahkan kepada semua, bahawa anaknya bakal menjadi doktor)..
Itulah
kali terakhir saya berhubung dengannya... (katanya nak merantau ke negara orang-tak tahu pula ke mana perginya) saya tak
pernah dengar cerita dari dia lagi sejak itu... Walau di mana pun dia berada... saya sentiasa mendoakan
keselamatannya dan moga dia berjaya mencapai apa yang diimpikan...
Perjalanan
hidup kita, lebih mudah jika kita sendiri yang tentukan... Kerana setiap orang tahu apa kelemahan dan kemampuannya. Hargailah setiap pilihan hidup kita, dan pilihlah yang terbaik...
Harap2 saya tidak menjadi dari golongan yang sebegitu, tapi rasanya cam dah ada bunga2 camtu, macam saya ada bagi cadangan untuk anak2 pilih cita2 yang mana baik bagi pandangan saya. Tak tahulah samada baik atau tidak camtu.
ReplyDeleteMF, kita mungkin boleh dedahkan anak2 dengan bidang yang kita suka dari awal... kemudian tengok, sama ada mereka menunjukkan minat atau tidak. Jika tidak... Maka sokonglah mereka dengan apa yang diminatinya...
ReplyDelete