Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
"Hello",
perkataan pertama keluar dari mulut saya... Panggilan disambut ketika sedang
mengajar dalam kelas Public Speaking. (biasanya saya kan off phone ketika bagi
lecture, tapi hari ni rasa lain macam sangat...)
"Nora,
kenal Nur Farhana Syahira?" tanya pemanggil di hujung talian.
"Kenal,
mentee saya.. Kenapa kak?" setelah pasti panggilan itu dari Kak Mas (CE
SODS), jantung berdedup kencang...
"Dia
baru meninggal... tadi mak dia call Kolej," terkejut mendengar kata kak
Mas... Saya mula cemas... dan terus berlari turun dari tingkat 3 kolej ke tempat Kak
Mas.
Accident
ke? Sakit ke? Kenapa tiba-tiba meninggal? Sedangkan saya berjumpa dengan pelajar itu
dua minggu lepas... sihat walafiat je.... Tidak puas hati dgn berita yang baru
diterima, saya terus menelefon Unit Kecemasan, HTAA. Benar! Pelajar saya yang juga mentee saya telah
meninggal dunia, jam 2 pm, 17 Februari 2009.
Saya,
Kak Zimah (Kordinator Journalism) dan Niza (HEP) segera bergegas ke Unit
Kecemasan, HTAA dan berjumpa dengan doktor. Kami cuba mendapatkan report
kematian arwah.
Saya masuk ke bilik mayat bersama Niza untuk melihat mentee saya buat kali terakhir... Saya tenung wajahnya... Terasa sayu di hati... "innalillahi wa innailaihirojiun... muda lagi kamu..." detik hati saya... Kemudian saya pegang dan usap tangannya... "Sejuk! In sha Allah kamu baik-baik saja di sana" Bisik saya pada jenazah arwah. Lalu saya kucup dahinya dan berdoa, agar Allah ampunkan dosa-dosanya yang lalu... Tak sedar, air mata mengalir...
Di luar bilik mayat, ramai rakan-rakan sekelas hadir untuk melihat jenazah buat kali terakhir, ada yang nampak keliru, ada juga yang menangis... Sungguh suasana ketika itu, amat memilukan...
Arwah
meninggal dunia kerana jangkitan kuman di mulut dan rahangnya. Menurut kata ibunya, arwah
telah demam 6 hari dan hilang selera makan. Arwah kemudian dibawa oleh ibunya
ke hospital, namun semuanya telah terlambat!
Arwah
akan dikebumikan esok di kampungnya... semoga roh allahyarhamah Nur Farhana Syahira dicucuri rahmat dan
berada dalam golongan orang-orang yang beriman... Amin...
Al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment