Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, July 15, 2011

Semester Baru Telah Bermula...

Assalamualaikum...

Banyak benda yang tak dapat nak post lately... banyak cerita tapi masa sangat tidak mengizinkan... Semester baru July-December 2011 akan bermula pada 18 July ni... Persiapan?!? Carca marba...!! Sebab sepanjang semester break, banyak benda yang kena settlekan (tapi banyak juga yang belum settle... Hadoi la... rasa macam nak hantuk kepala kat dinding...) 

Quick info for rakan bloggers... Semester ni saya mengajar dua subjek baru... disebabkan perubahan structure dalam pentadbiran IKIP Diploma... By the way, ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Norzimah Kasran (bekas Kordinator Kewartawanan) kerana telah dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Program... (Clap... clap... clap..) Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada Puan Nor Aishah Hashim di atas segala bakti kepada IKIP Diploma selama 10 tahun ini...

Google Image
Disebabkan itulah, rombakan besar-besaran berlaku dalam Journalism Department... (ye la.. bos kami kena kurang hours... so bos ajar dua subjek je semester ni... satu lagi subjek kena pass pada kami) Setiap seorang dari kami telah mengambil satu subjek baru kecuali saya... (saya dpt dua subjek baru... berkorban la skit.. huhuh) Subjek-subjek baru saya adalah Feature Writing (sem 5) dan Interpersonal Communication (sem 1 & 2), selain dua subjek lama Internet for Journalistic Research (sem 4) dan Editing (sem 3)... Yang menariknya semester ini, saya mengajar semua semester.... dari semester 1- 5...

Macam mana dengan dua subjek saya yang lain?? Hm... Public Speaking & Interaction Skills dan Translation kita minta jasa baik English department untuk ambil.. Alhamdulillah... Terima kasih kepada Elena dan Shuhada (ambil subjek Public Speaking) dan Rashdan (ambil subjek Translation)... Thanks to Puan Suhaila Mukhtar sebab sudi berbincang dengan anak-anak buah dan memahami masalah kami...

Tiga tahun saya mengajar dua subjek tu... sedih juga nak lepaskan... tapi bagus juga sebab saya pun dah kehabisan idea untuk kedua-dua subjek tu... Boring?! Ada la jugak... lebih-lebih lagi Translation... (buat benda yang sama je setiap sem kita pun demotivated jugakan...) At least students pun akan jumpa ramai lecturer (selain lecturer Journalism...)

So oklah... itu je dulu cerita untuk kali ini... InsyaAllah saya akan cuba curi masa untuk menulis lagi... Moga Allah mempermudahkan segala urusan... dan memudahkan para pelajar untuk menerima apa yang saya ajar... Amin...


5 comments:

  1. so, siape koordinator del baru?? madam la tu! hehe.. ;p

    ReplyDelete
  2. ada 4 org calon kan... tunggu hitam putih dr pihak atasan la...

    ReplyDelete
  3. terima kasih madam banyak mgaja kami...hihihi...sayang madam :P

    ReplyDelete
  4. no problem shafiq... happy blogging..!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...