Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, December 17, 2011

Get Well Soon, Alisya!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum &salam ziarah,

Seminggu lebih juga saya tak ber'blogwalking' ziarah rakan-rakan blogger... Rindu rasanya... Rindu nak baca entri-entri kalian yang menarik dan tutorial-tutorial yang awesome... By the way, ada sebab kenapa saya tak menziarah rakan-rakan... Saya sekeluarga ber'kampung' di KSH, sudah hampir empat hari... Ini ceritanya...

Alisya day 4
Hari ni, masuk hari ke-4 Alisya warded di Kuantan Specialist Hospital (KSH). Kesian anak mama yang seorang ni... Dah la tubuhnya kecil, bila sakit macam ni nampak lagi la kecil... Alisya dimasukkan ke sini kerana demam yang tak kebah-kebah sejak hari Jumaat yang lalu... Adakalanya demam Alisya mencecah 40!! 



Alisya dimasukkan ke KSH pada subuh hari, 14 Disember 2011, Rabu... dengan temperature 38.8! Bila kata nak masuk wad, terfikir kesian pula Alisya yang akan dicucuk untuk procedure drip dan ambil darah.. tapi fikirkan kesihatan dia, terpaksalah...

Masa kena cucuk untuk masukkan drip dan ambil darah tu, Alisya meraung... Kesian dia.. Mama yang tukang pegang ni pun rasa nak menangis sama... Kesian Alisya... Mengimbas semula apa yang berlaku sepanjang empat hari di wad 228, KSH:


Alisya day 1
Hari pertama: diberitahu bahawa keputusan dari darah Alisya yang diambil, negatif dari jangkitan denggi. Alhamdulillah!! Kemudian doktor mengambil sampel air liur di tekak dan hingus Alisya untuk mengenalpasti jenis virus yang dijangkiti... Lewat petang result yang kami terima, Alisya negatif H1N1 (diketahui dari sampel air liur) dan juga negatif sejenis lagi virus berbahaya (yang dikesan melalui hingusnya... terlupa dah nama virus tu... Aiyo! Sambil tepuk dahi...) So, doktor sahkan Alisya kena radang paru-paru dan jangkitan virus biasa yang mudah dirawat tapi mengambil masa untuk sembuh... Alhamdulillah...

Alisya day 2

Hari kedua: Alisya nampak lebih bertenaga... disebabkan kekuatan yang terserlah tu... Mama ni pun bawa la dia mandi... Punyalah seronok kawan tu mandi... (yela kan dah 2 hari tak mandi...) Lepas mandi nampak dia sangat bertenaga... Alhamdulillah... Tapi demam Alisya masih belum kebah... lewat tengah malam demamnya menjangkau 39.8... Sedih mama tengok Alisya... hm... :-(


Hari ketiga: Kami dipindahkan ke wad seorang (dua hari yang pertama kami duduk di bilik lima orang, bilik 216-2... memang sangat sesak dan makin susah la Alisya nak sembuh...) Alhamdulillah, selesa la sikit berbanding bilik yang ramai orang dan bising. Hari ketiga Alisya tak demam sangat, tapi dia start cirit birit... Risau juga... tapi mengikut kata doktor, cirit tu bagus untuk dia... sebab secara tak langsung, virus/bakteria tu keluar sekali dengan najisnya... Bagus la kalau macam tu... 


Hari keempat: Doktor dah kurangkan ubat yang diberikan pada Alisya, sebab nak bagi perut dia berehat dari memproses ubat-ubatan... Tapi yang peliknya Alisya ngantuk sokmo... bangun sekejap, main, ajak jalan-jalan luar bilik sekejap, then masuk bilik tidur lagi... Sebab masuk antibiotik ke ngantuk sampi gitu?? Hm.. tak pe la... yang penting Alisya cepat sembuh... InsyaAllah kata doktor, kalau tak de apa-apa, Alisya boleh keluar esok... Rakan-rakan blogger tolong doakan Alisya cepat sembuh ya!!




Nota kaki: Thanks sudi baca entri panjang-panjang cam gini... Sayang anda semua... Untuk anak mama yang seorang ni... Get well soon ya sayang...! Dah sembuh nanti boleh la blk rumah kita... Lama dah tak balik rumah rasanya...


Saya menulis dari bilik 228, KSH



13 comments:

  1. semoga cpt sembuh, alisya.. sedih kn kalo budak kecik2 ni skt. dulu slalu nangis tgk anak sedara umur 5 bulan masuk icu sbb jgktn paru2..

    ReplyDelete
  2. fiza doakan ank puan nora cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  3. Wani - tu la pasal... dah 5 hari berkampung di wad... pegi keje pun tak tenang... kesian...

    nuhara - Amin... tq...

    ReplyDelete
  4. moga alisya cepat sembuh. amin.

    ReplyDelete
  5. get well soon alisya...tabahkan hati ye nora...

    ReplyDelete
  6. @nora_rashid: tq... alhamdulillah alisya dah sihat.. :-)

    ReplyDelete
  7. saya doakan semoga alisya cepattt sembuh ...amin~~kuat kan semangat n byk doa ye kak..insyallah nanti sihat lah tuh :)

    ReplyDelete
  8. @RaRa: thanks... Alhamdulillah Alisya dah sembuh sekarang... Lega rasanya... :-)

    ReplyDelete
  9. semoga semuanye baik2 . smoga cepat sembuh , adik alisya .

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...